Second Layer Kecewa!
Menjelang tengah malam ini sekurang-kurangnya dua maklumat mengenai kedudukan dan masa depan politik Najib Razak yang masuk ke dalam telinga dan kepala saya sungguh kurang menyenangkan. Entahlah kenapa terjadi demikian pula. Hampir serentak pula maklumat ini saya perolehi. Kerana sumber yang menyampaikan sangat boleh dipecayai dan tidak mudah untuk menyangka ianya satu provokasi menjadikan saya tetanya-tanya sendiri, apa jadi dengan Najib?
Saya merasakan ia benar dan sangat boleh diyakini. Isu nya bukan soal cincing permata berlian bernilai RM24 juta. Saya tidak berminat pun untuk bercakap soal cincing. Bagi saya apalah nak hairankan sangat dengan cicing permata berlian sebesar kepala lutut budak baru lahir.
RM24 juta apalah sangat kepada orang kaya. Selalunya orang miskin dan papa saja mempersoalkan dan rasa pelik dengan cincing semahal itu. Bagi orang kaya atau ada hubungan dengan orang kaya dan ada kuasa boleh bertindak ia tidak sedikitpun menghairankan.
Usahkan cincing berharga RM24 juta, lebih mahal dari itu pun mampu dan boleh dimilikinya. Bukan saja arnab sebesar betis, arnab sebesar kerbau pun boleh dibelinya. Kita tidak pun perlu mengeluarkan wang sendiri atau korek dari tabung Tabung Haji, tidak perlu, kalau kita ada kuasa dan mempunyai pengaruh ia boleh didapati dengan cara lain. Misalnya ada orang yang tolong belikan untuk kita sebagai hadiah.
Jadi isu yang hendak saya selongkarkan ini ianya bukan masalah cincing permata belian yang sebesar kepala lutut yang kalut diperkatakan oleh sesetengah orang hari ini.
Ianya masalah lain. Bersangkutan dengan pentadbiran dan kepimpinan Najib. Mengenai keupayaan Najib untuk mencapai keberhasilan sebagai PM. Elok saya dedahkan agar ia menjadi pengetahuan Najib. Mudah-mudahan dengan beliau tahu perkara ini beliau bertindak lekas. Kalau nasib baik tindakan itu boleh membendung masalah yang akan menimpa dirinya bagi memperpanjangkan masanya sebagai PM.
Pertama, ialah mengenai kajian yang dibuat oleh sebuah NGO yang terdiri daripada bekas-bekas ahli Parlimen Malaysia yang menunjukkan kedudukan Najib khasnya dan UBN waktu ini tidak begitu baik. Dalam mesyurat ahli badan itu semalam, orang penting masing-masing menyatakan kebimbangan kepada kedudukan UBN. Masing-masing tidak yakin yang UBN akan terus menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-1.
Rasa tidak yakin ini banyak dan bercampur-campur. Salah satu ialah sokongan orang Cina yang semakin kuat kepada Pakatan Rakyat. Dalam masa sama orang India yang sebelu ini nampak memperlahankan jeritan mereka menentang kerajaan, sudah memalingkan muka semula kepada Pakatan Rakyat.
Lantaran itu perkembangan ini menyebabkan mereka tidak yakin Najib mampu mempertahankan legasi kekuasaan UBN. Kepimpinan Najib yang pada mulanya dilihat ada kekuatan sedikit berbanding dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ternyata meleset.
Sehari ke sehari Najib semakin lemah dan tidak mampu membuktikan keupayaannya selaku pemimpin nombor satu negara ini. Selain itu Najib juga dibelit dengan masalah-masalah lain yang menjejaskan dirinya sebagai PM. Segala macam slogan laungan dan ikrar yang dilapazkan sebagai menggambarkan Najib hebat, menurut sumber itu ia hanya palsu semata-mata. Semuanya dilakukan dengan da baksis dan bukan ikhls yang keluar dari hati nurani rakyat.
Lantaran itu sesuatu hendak dilakukan oleh Najib. Paling berat kata NGO itu sekiranya Najib gagal memulihkan diri dan maruah kepimpinannya dalam masa terdekat Najib perlu berhenti sekiranya Umno dan BN hendak diselamatkan. Kalau tindakan drastik ini tidak dibuat UBN akan bermasalah besar. Mereka juga merumuskan sambutan atau pun tepuk sorak yang diberikan kepada Najib kinibukan asli tetapi ia adalah rakaman yang akan dimainkan ke mana saja Najib turun.
Perkara ini khabarnya serius. Ia disuarakan sendiri oleh individu-individu yang berpengaruh dalam kerajaan malah satu masa dulu merekalah menjadi penasihat kepada bekas PM. Pandangan dan juga analisis yang dibuat oleh mereka ini sebelum ini hampir semua menjadi kenyataan. Misalnya mereka pernah meramalkan yang UBN akan kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum lalu, ternyata tepat.
Menurut sumber itu beliau sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh NGO berkenaan. Katanya NGO itu akan menemui Najib dalam masa terdekat dan akan memberi kata dua. Sekiranya Najib enggan mematuhi Ngo itu akan mengambil tindakan yang bakal merosakkan kredibiliti Najib sebagai PM. Kegagalan Najih membaikpulih imenya dan menjadi UBN menang akan membawa kepada tuntutan supaya Najib berundur!
Saya tanya bebeapa kali sumber itu adakah ini ada kena mengena dengan cincing permata berlian sebesar kepada lutu, jawabnya tidak.
Perkara kedua ialah mengenai rasa kurang selesa pendokong Najib yang dikenali dengan pasukan second layer - barisan kedua yang menjadi pesukan pertahanan kepada Najib.Second layer ini berfungsi menjadi menjaga dan mengawal pengaruh Najib di negeri-negeri. Pasukan ini betindak menjadi pemantau, double chek terhadap apa-apa menenai perkembangan dan kedudukan Najib. Dalam masa sama ia menjadi penasihat kepada politik Najib dan mengatur strategi politiknya.
Pasukan ini diwujud untuk memastikan Najib berada dalam keadaan baik dan memberi maklumat tambahan kepada Najib. Pasukan second layer ini bukan terdiri dari pemimpin Umno yang kuat membodek, memberi maklumat menggembirakan Najib, sebaliknya bersikap kritis. Dalam kata lain pasukan ini bertindak sebagai pengkritik Najib.
Pasukan second layer ini diketui oleh seorang General yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno di PWTC yang menjadi penasihat politik Najib dan juga yang menggerak perang sraaf untuk Umno.
Akhir-akhir ini katanya pasukan ini sudah tidak senang dan betah lagi dengan sikap dan perkembangan diri Najib. Pandangan dan nasihat yang mereka berikan tidak lagi dipakai oleh Najib. Ini menyebabkan pasukan second layer ini kecewa dan mulai mual dengan Najib.
Maklumat ini diberikan oleh sumber lain bukan dari Ngo bekas-bekas ahli Parlimen BN tadi. Ia datang dari dalam ibu pejabat Umno sendiri. Menurut sumber itu tindakan ini akan diambil sehari dua ini. Katanya sekiranya Najib tidak mahu peduli atau menerima segala nasihat dan rumus dibuat oleh second layer ini, menyebabkan pasukan ini akan dibubarkan. Mereka tidak lagi akan jadi badan pemantau dan pengawal politik Najib.
Nampaknya sehari ke sehari masalah dihadapi Najib semakin bertambah. Selain dari masalah yang ditimbulkan oleh isterinya baik berkaitan dengan cincing, soal queen controldan sebagainya ia juga turut di longgopi oleh masalah-masalah hilangan kepercayaan oleh para pengawal dan penasihatnya sendiri. Perkembangan ini semua menunjukkan Najib sedang dirundung masalah dan bermasalah.
Apakah dengan segala macam masalah yang melingukunginya kini Najib berani untuk membubarkan Parlimen? Atau beliau terpaksa membubar Parlimen untuk menghalalkan kelemahan beliau sebagai pemimpin? Hujan! [wm.kl.8:40 am 30/07/11]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan