Sabtu, 23 Julai 2011

Biometerik: Najib Menyuluh Apa Yang Sudah Terang

SELEPAS kembali dari berjumpa dengan Pope Benedict, Najib Razak sekonyang-konyang memberi tahu dunia Malaysia yang kerajaan setuju Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan sistem biometerik dalam mengesah pengundi yang sah pada pilihan raya akan datang. Katanya peruntukan untuk tujuan itu akan disediakan. Berapa?

Sekali pandangan persetujuan kerajaan itu seolah-olah ia memberi reaksi ke atas tuntutan Bersih untuk membaikipulihkan sistem pilihan raya negara ini akan berjalan secara bersik, adil dan telus. Persetujuan itu menggembarkan perdana menteri prihatin atas desakan umum. Tetapi sebenarnya sistem biometerik itu bukan termasuk dalam lapan tuntutan Bersih.

Apa yang Bersih tuntutan ialah antara lain akses media yang adil, penggunaan dakwat kekal kepada pengundi, membersihkan pendaftaran yang bertindah dan bertindang dan sebagainya. Adapun pengenalan biometerik yang dipersetujui Najib itu tidak pun termasuk dalam tuntutan itu. Kenapa Najib bermurah hati membenarkan atau memperkenalan sesutau yang tidak dituntut? Tentu ada motifnya. Selalunya beruk tidak akan hingguk 'selongennya' kalau tidak ada mengada.

Jadi rakyat jangan terkeliru dengan kemurahan hati Najib itu. Walaupun dia baru berjumpa dengan orang paling suci dalam agama Kristian, Pope Benedict tetapi persetujuan memberikan SPR menggunakan sistem biometerik itu tidak menggambarkan kesucian dan kekudusan hati Najib. Ia ada undang di sebalik batu di sebalik kesediaan untuk memenuhi tuntutan. Kebenaran atau pengenalan sistem itu adalah untuk keuntungan UBN dalam pilihan raya. Harus difaham UBN tidak akan melalu sesuatu yang melabakan pembangkang, hatta apa yang dilakukan itu afalah tuntutan dan kehendak undang-undang. Sebaliknya demi menghalangkan pembangkan UBN sedia merogol dan meliwat apa saja undang-undang.

UBN terpaksa melakukan itu kerana keadaan waktu ini sangat terdesak.

Saya kira Najib tidak ikhlas untuk membersihkan pilihan raya negara ini. Najib dan sukusakatnya termasuk Mahathir Mohamad tahu kalau pilihan raya ini dijalankan dengan bersih, telus dan adil UBN sudah lama bungkus dan hanyut. Tidak payahlah Najib bersumpah laknat untuk mengatakan pilihan raya ini bersih, adil dan telus. Mungkin dia boleh menipu mereka yang kahil maklumat ataupun sudah kabur mata kerana taksub kepada pemimpin kerajaan.

Kenapa Najib mudah bersetuju memberi kebenaran kepada SPR menggunakan sistem berkenaan? Kita akan denga ulasan daripada pemimpin-pemimpin politik pembangkang selepas ini. Esok mungkin ramai yang memberi pandangan terhadap isu ini. Tetapi apa yang saya nampak kerana sistem itu akan mengguntungkan UBN sebab itulah ia diperkenalkan. Menerusi sistem ini UBN akan mendapat pengundi 'hantu'. Pengundi hantu ini terlebih dahulu didaftarkan atau melalui sistem berkenaan.

Tidak syak lagi sistem biometerik yang bakal menelan ratusan juta ringgit itu adalah tali hayat terakhir UBN sebelum tersembam.

Beberapa minggu lalu timbalan perdana menteri, Udin anak Yassin mengumumkan kerajaan akan melakukan pemutihan terhadap Pendatang Tanpa Izin (Pati) di negara ini. Salah satu syarat yang perlu dilakukan ialah Pati dikenakan pemeriksaan biometerik atau dalam erti kata lain identiti mereka disimpan dalam data khas. Data itu juga menghuraikan akan status dan juga latar belakang mereka.

Bila mereka melalui sistem ini bermakna identiti mereka akan disimpan dalam data khas. Apa kena mengena sistem biometerik ini dengan pilihan raya? Bagaimana mereka akan digunakan untuk membantu UBN dalam pilihan raya? Sebelum mengundi - dan proses itu kini sedang berjalan mereka akan diberikan kad pengenalan sementara yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Selepas mereka melalui sistem biometerik ini mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik.

Proses ini sedang berlaku sekarang ini. Tanya kepada 300 agensi yang diberi tanggungjawab (berbayar) melakukan pemutihan ini, ada yang jujur menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Misalnya satu keluarga Pati dari Indonesia yang menjadi rakan kepada seorang rakan saya dengan bangga menceritakan yang beliau sudah mendapat kad pengenalan biru negara ini. Apakah erti semua ini.

Jadi apabila mereka diberikan kad pengenalan mereka akan mempunyai suara untuk mengundi. Bila sistem biometerik digunakan pada hari mengundi tidak memberi apa-apa masalah kepada mereka kerana data peribadi mereka sudah pun dimasukan dalam sistem bimeteri berkenaan. Sebaliknya apa yang akan menjadi masalah ialah kepada pengundi asal yang lahir dan membesar di negara ini yang beberapa kali pernah mengundi. Tidak mustahil apabila sistem biometerik digunakan nanti mereka tidak dapat mengundi kerana ditunjukkan oleh sistem itu sebagai tidak sah. Sistem tali hayat UBN ini boleh menggelapkan mana-mana pengundi yang dikenal sebagai pengundi tegar oposisi.

Penggunaan sistem biomterik ini adalah tektik dan strategi terbaru UBN untuk menang dan memastikan kuasanya yang sudah meniru itu kekal. Sebenarnya pengumuman Najib hari ini adalah tidak ubah seperti lagak orang yang senganja mendedahkan apa yang sudah berada dalam terang. Protes terhadap pendaftaran Pati ini sudah pun kecoh dan kecur sebelum ini. Beberapa pendedahan telah pun dibuat berhubung kerja jahat UBN ini. Tetapi ia dinafikan hidup-hidup oleh SPR dan juga UBN.

Saya rasa sekiranya SPR bersetuju dan akur dengan tawaran Najib itu ia akan mendatangkan bala besar kepada pembangkang. Usah bersih untuk mewujudkan pengundian bersih dan adil bukan saja tidak tercapai tetapi akan jadi lebih kotor dan hampak dari yang ada sekarang ini.

Nah, baik Bersih, parti-parti pembangkang perlu memastikan sistem biometerik - yang akan menjadi 'berukmeterik' ini tidak dilaksanakan. Kalau ia dilaksana saya bolehlah menganggap usaha itu sebagai rampasan kuasa oleh UBN ke atas negara ini melalui sistem atau tidakan haram yang dihalalkan. Biometeri adalah berukmeterik. [wm.kl.9:00 pm 23/07/11]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan