Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Najib Razak pada 4 Julai 2011 yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman BERSIH2.0 di stadium.
Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihanraya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut. Proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan BERSIH 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman BERSIH 2.0.
Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini. Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana BERSIH2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.
*Kenyataan bersama oleh Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS), Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden KEADILAN) dan Teresa Kok Suh Sim (Setiausaha Organisasi Kebangsaan D

Tiada ulasan:
Catat Ulasan