Selasa, 28 Disember 2010

Untungnya ade PRK

Untungnya bile ade PRK, macam-macam gula-gula dapat. UMNO Bn mesti tabur banyak-banyak sebab dia nak menang majoriti besar. Kalau nak menang memang boleh menang, sebab undi kat Johor kalau letak batang pisang calon UMNO BN, mesti menang. Tapi PRK kali ni najib nak majoriti besar, sebab PRK kali ini banch mark untuk PRU 13 nanti..Kalau menang majoriti maknanya kena tangguh le PRU 13........sebab undi cina dan India belum balik kat BN. Mak CCik-Mak Cik Felda tentu bagi undi kat UMno........kih,kih......Sebab tu gula-gula mesti banyak kena tabur........katenya ade yang dapat peruntukan betulkan rumah, KJ lagiturun sama- sama. Budak-budak sekolah dapat bag........kih,kih macam-macam...

Ahad, 26 Disember 2010

Tahniah Malaysia

Tahniah kepada pemain bola sepak Malaysia atas kejayaan mengalahkan Team Indon 3-0.
Sebelah tangan piala AFF ditangan kite..........kita berharap team Malaysia boleh meneruskan kecemerlangan di Gelora Bong Karno...........

Isu-Isu Panas Di Chemplak part 2

Dengo-dengo cerete Pengurusan Felda uge kena tempias PRK kali ni. Dengo cerete dia orang nak pindahkan Mat Sallah. Sebab Mat Sallah tak dapat selesaikan macam-macam masalah kat Chemplak. Contoh Isu Dewan, tak selesai-selesai........,jalan kebun yang teruk dan isu koperasi yang tak pernah untung.
Lagi satu isu kes abang main adik ( sumbang Mahram ). Dego cerete Pihak Pimpinan Masyarakat kat sini tak amik ape-ape tindaklan pun. Tengok Abang dan adik tu masih duduk didalam rumah yang sama.
Yang ni uge agak panas....Kes rumah mesra rakyat......dah le dulu dengo nak amik borang banyak cengkadaknya.....Tempat lain dah berpuluh-puluh rumah mesra rakyat didirikan.....Felcra pun dah banyak rumah Mesra rakyat didirikan........Sri Ledang, Sri Jya dan felda Lenga jangan cakap........kat Chemplak tiang pun tak nampak......kih,kih....dimana UMNO kuat disitu ada Melayu merempat........kah,kah.........

Sabtu, 25 Disember 2010

Spy bersepah-sepah kat Chemplak

Ramai muka pelik-pelik ade kat chemplak sekarang. Tak pernah nampak pun selama ni. Ade bawak fail interview orang kampung. Tanya soalan macam-macam........Ade yang kena interview tanya isu-isu kampong. Katanya laporan ni terus ke naib , fuh dahsyat betul..........kalu gerombolan kalah tak tahu le..........

Gerombolan dah mula gelabah

Dego cerite pagi tadi satu rombongan Felda berdialog dengan Gen 2. Dego cerete banyak isu yang berbangkit dibankitkan. Tapi isu yang paling utama ialah mengenai tapak rumah Gen 2 yang belum dapat. Dengo ade yang mintak tanah Plantation tu dibagi kepada anak peneroka dan macam-macam lagi. Dah berape banyak dialog dibuat, tapi tak de keputusan. Jangan pecaye kepada Gerombolan ni, depa dah terdesak la tu.......Mereka takut undi kat chemplak merosot kat gerombolan. Waktu sekarang bukan lagi untuk berdialog, masa sekarang masa untuk bertindak atas maklumat........kih,kih. Kalau undi pembangkang meningkat di chemplak tentu mereka semua kan ditiau oleh najib.............

Gula-gula sudah turunn kat chemplak

Hari ini ketua Pemuda Malaysia akan memberi bag sekolah kat orang kampung. Dia beri amik jangan tak amik. Inile untungnya kalu ade PRK, macam-macam ade. Ini baru permulaan lepas ni banyak lagi kita tunggu dan lihat saje.....kih,kih........angan lupa pegi Dewan pukul 8.00 pagi untuk dengo kempen UMNO....kih,kih

Khamis, 23 Disember 2010

Isu-isu panas Kat Chemplak

Orang kampung memang dah lama tak suka dengan Ketua Kampung. Manakan tidak kalau dia ngateh satu orang puntak nak duduk kat meja dia. Inilah masa yang ditunggu oleh penduduk Chemplak untuk menjatuhkan ketua kampung iaitu dengan kita pangkah pembangkang. Sebab dengan politik saja kita boleh jatuhkan ketua kampung. Macamana kata penghulu semasa program dialog dengan Chua Tee Yong baru-baru ini. Kalau Tok penghulu pun tak berani nak menegur ketua kampung sebab kuasa politik dibelakang ketua kampung so inilah masa yang sesuai untuk kita gunakan kuasa kita untuk menjatuhkan ketua kampung. Ada asas orang kampung tak suka, masing-masing dah faham.......................Jadi ketua kampung pun tak pernah istiharkan ...............ade orang kampung tak tahu sape ketua kampung. Dah le payah nak jumpe hari-hari balik pukul 2.00pagi kalu tak percaya tengok buku rekod srs.........Menteri pun tak sibuk macam tu........................



Baru-baru ni ada isu kontroversi pulak ketua kampung diUMNO bahagian. Bukan saje orang kampung tak suke UMNO bahagian pun tak suka. Ini tentang surat layang yang dihantar oleh orang UMNo bahagian sendiri ke semua cawangan di Bahagian Labis. Tak tahu selama ni ade pertubuhan Kebangsaan Labis. Ini pertubuhan ape.Pertubuhan ini memperjuangkan ape. Tapi boleh tanya SU nya iaitu ketua kampung. Untuk Pertubuhan ni dapat peruntukan RM 38,500.00 dari YB. Syed Khan karpet tu tumpang tui 10%. Senang aje nak duit, buat tuntutan palsu, yang kelakarnya orang UMNO Bahagian juga le yang kasi tahu ini cerite.

Kemudian isu cek RM5000.00 , kate masuk dalam akaun kampong, lepas tu keluarkan duit masuk poket sendiri. Duit dari mane tu, kena guna akaun kampong. Faham-faham aje......yang beritau orang UMNo juge....kih-kih.........Hidup UMNO ........Habih kita kena klentongnya.


Tup-tup lepas tu meletup pulak kes Ketua Kampong kena tangkap khalwat. Mas dia berucap majlis makan SRS dia beritau orang kampong kate dia dah kawin lain. Dia kate dia tak kahwin, bukan kahwin yang orang cakap, tapi kes Tangkap Khalwat. Budak srs jagele sampai pagi tiap-tiap malam untuk cegah benda-benda berlaku kat kampung tu-tup ketua kampong sendiri buat hal kena tangkap kat luar.......kih...kih.

Isu yang paling hangat sekali ialah isu tapak rumah gen 2 yang belum dapat lagi. Kesian mereka-mereka ni yang telah dikianat oleh ketua kampong. Ialah masa tukan ketua kampong SU bahagian, jadi final dicision ditangan dia. ape saje keputusan dia yang buat, so mana bebudak yang dia tak suke habih dicantasnya. Termasuk le abang tu bekas askar, dia pun kena cantas....kalu tak faham-faham lagi tak tahu le.............kalu dia nak selesaikan senang ajr....sebab pisau ditangan dia, mentimun juge ditangan dia. Yang pelik ada kroni boleh dapat satu keluarga dua tapak tanah, ya le kroni didahulukan.

Isu saham Felcra Pogoh, dengo ade le orang tu name dia dah naik, kalu tengok dari segi fizikal memangle orang tu layak dapat, tapi tup-tup name dia kena tukar dengan orang lain....kesian-kesian. Kita boleh cek nama-nama orang bahagian Labis yang dapat Felcra pogoh......







Surat geran yang ke-2

Abd.Razak b. Rashid
Setiausaha Pertubuhan
Kebangsaan Labis
No 61 Tingkat Atas,
Taman Orkid Baru,
Jalan Segamat,
85300, Labis, Johor


H/p 019-7857619

______________________________________________________________
Tarikh : 26 Oktober 2009



Kepada

YB Datuk Sulaiman b. Hj.Taha
Adun kawasan Tenang
No 61 Tingkat Atas
Taman Orkid Baru
Jalan Segamat,
85300, Labis, Segamat



Yang Berhormat Datuk,

WARAN PERUNTUKAN MENTERI BESAR JOHOR 2009
NO WARAN W0100451, BIL 27

Saya dahulu surat ini dengan doa semoga Yang Berhormat Datuk berada didalam keadaan sihat sejahtera.
Perkara diatas dengan hormatnya dirujuk

2. Saya bagi pihak Yang Dipertua Pertubuhan dan Ahli Jawatankuasa merakamkan setinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk kerana berusaha mendapatkan peruntukan untuk pertubuhan kami sebagaimana berikut>

2.1 Membekalkan Perlatan Pejabat berjumlah RM 19,500.00

3. Sehubungan itu saya mohon untuk menamakan syarikat berikut untuk membekalkan peralatan tersebut kerana mutu kerja yang baik serta menepati masa dan barang yang dibekalkan berkualiti dipercayai telus dan berintergriti

3.1 Nama Syarikat : IT Vision Technology Computer
No 8, Jalan Bistari 4/10
Taman Yayasan,
85000, Segamat, Johor

Sekian, Terima Kasih

~ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA~


(Abd.Razak b. Rahsid)

Setiausaha
Pertubuhan Kebangsaan Labis

Rabu, 22 Disember 2010

Surat layang tadi dengan surat Geran

Abd.Razak b. Rahsid
Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Labis
No 61, Tingkat Atas
Taman orkid Baru
Jalan segamat
85300, Labis, Johor.



H/P 0197857619

____________________________________________________________
Tarikh : 18 Oktober 2009



Kepada

Y Datuk Sulaiman b. Hj.Taha
Adun Kawasan Tenang
No 61, Tingkat Atas
Taman Orkid Baru
Jalan Segamat
85300, Labis, Johor.



Yang BerHormat Datuk,

WARAN PERUNTUKAN MENTERI BESAR JOHOR 2009
NO WARAN W0100451, BIL 28

Saya dahului surat ini dengan doa semoga Yang Berhormat Datuk berada didalam keadaan sihat sejahtera.

Perkara diatas dengan segala hormatnya dirujuk

2. Saya bagi pihak Yang di Pertua Pertubuhan dan Ahli Jawatankuasa merakamkan setinggi terima kasih kepada Yang Berhormat datuk kerana berusaha mendapatkan peruntukan untuk pertubuhan kami sebagaimana berikut:
2.1 Membekalkan pakaian seragam RM 19,000.00

3. Sehubungan dengan itu, saya mohon untuk menamakan syarikatberikut untuk membekalkan peralatan tersebut.
3.1 Nama syarikat : Said Khan Sdn. Bhd
No 10, Jalan makmur
Taman Sri Aman
85300, Labis, Johor

Sekian Terima Kasih

~Berkhidmat untuk Negara~

( ABD.RAZAK B. RAHSID)

Setiausaha

Pertubuhan Kebangsaan Labis

Senang aje orang UMNO nak buat duit, buat tuntutan palsu dapat RM 19,000.00 beb, bukan sikit. Biase le yang ni baru bilis, kalau jerung main-main juta-juta. Macam ni pun masih orang Labis nak mengundi UMNO... Tak tahu le perompak Harta rakyat......tapi kesian kat Razak dah patah tempat bergantung. Adakah selepas ini dia masih SU ....Kah,kah,.......Lepas ni ade lagi satu surat lagi.

Selasa, 21 Disember 2010

Surat Layang UMNO Labis

Kepada semua Ketua Cawangan UMNO ,

Dalam Bahagian labis,



Tuan/Puan



Bersama2 surat ini disertakan salinan surat SU UMNO Bahagian Labis.

Sila buat penilaian sendiri !

1. Ujudkah PKL Labis ?

2. Siapakah YDP Pertubuhan ?

3. Siapa siapakah AJK Pertubuhan tersebut?

4. Wang peruntukan adalah wang rakyat, mengapakah wang tersebut disalurakan kepada poket SU ? ( Sila rujuk kepada geran MB sebagaimana tertera didalam surat lampiran)



Orang2 Melayu di kawasan DUN Tenang dan UMNO Bahagian Labis, sedang memerhatikan apakah tindakan selanjutnya selepas pendedahan ini!

Kepada penduduk Cempelak! behati2lah kerana Ketua Kampung anda adalah LANUN DARAT yang sanggup merompak WANG RAKYAT!





s.k MB Johor

SPRM Putrajaya


Inilah surat yang diedarkan kepada ketua Cawangan dan SU Cawangan UMNO Bahagian Labis. Surat ini ada disertakan geran tututan yang akan disiarkan nanti. Kita boleh lihat apa pemimpin UMNO buat dan bagaimana orang UMNO yang tak dapat buat. Bila tak dapat share dia akan dedahkan tapi kalu ade share tentu depa senyap aje. Ini kita nak bagi undi kat UMNO, sama-sama kita fikirkan........tunggu sambungan surat geran. ( Tak tahu nak copy scan la....)

Borak-borak PRK

Patut ke kita sokong UMNO kat Labis. Aku nak bagi sebab kenapa kita wajib mengundi pembangkang pada PRK kali ini.

1. Sebenonya orang UMNO ni dia tak buat ape pun kat Labis, dia lebih menjaga periuk nasi dia orang. Dulu kononya ade team la, satu team Aruah Dato Leman dan satu team Dato Rahman. Tup-tup team Dato Rahman bergabung semula dengan Dato Leman. Inilah kejo dia orang nak rebut Ketua bahagian aje. sebab kat situ Lubuk duit. Dia orang tak habis bercakaran untuk dapat jawatan kite yang kat bawah ni jadi bodoh naik kan dia.

2. Ade nampak projek yang boleh dibanggakan kat Labis, ape benda ade, universiti, kolej sekolah asrama penuh pun tak ade.

3. Bila dah jadi ketua Bahagian sombong, angkuh, dia aje yang betul.

Kenape Gen 2 Tolak UMNO BN

Sejarah yang berlaku didepan mata mengajar kita erti perjuangan. Bapak kita dulu masuk Felda bukan dengan Free, semuanya hutang. Kalau nak kira susah jangan cakap le...Emak aku cerete dia mengandung adik aku pergi noreh jalan kaki, kebun aku sikit punya le jauh. kalau sekarang upah RM 100 suruh aku jalan kaki pegi kekebun pun aku tak nak. Abang aku terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tak mampu dan abang aku kena tolong ayah aku noreh getah. Masa tu aku masih kecik lagi. Kalau nak cerete susah ni tak habis satu hari satu malam. Jadi sekarang ni kalau ade orang bercakap orang Felda tak bersyukur, gen 2 tak bersyukur dengan kerajaan, orang tu sebenarnya buta sejarah Felda. Dia tak faham tapi nak bercakap tentang Felda....
Sebab tu sekarang ramai Gen 2 dah mula berjinak dengan pembangkang, kerana Felda ni pun satu hal....banyak dia punya cenkadaknya. Manakan tidak perahan minyak pun dia boleh manipulasikan. Bertahun- tahun orang chemplak teranayia dengan 16% perahan minyak. Apa yang boleh buat hanya bercakap kat warong aje, tak sampai kemana pun. Lagi satu benih sawit peringkat 1 dan 2, dengo benih reject. Ade ke patut.......sebab tu kebun lapan ekar nak dapat 3 tan pun sakit. Sebenonya dia ade berkaitan dengan pemimpin Chemplak juge. Bila sebut pemimpin tu sudah barang tentu mereka juga orang kuat UMNO. Mereka dipilih oleh bapak-bapak kita yang tak sekolah tinggi sebab mereka ni nampak macam boleh baca punya orang. Boleh buat surat, boleh bercakap agaknya. Tetapi ape yang kite bengang mereka ni telah menggunakan jawatan mereka untuk mengenakan peneroka. Contoh macam tadi tu, benih yang dah reject dia amik. Boleh sebut pemimpin Chemplak semua ade kepentingan sendiri. Kenape kebun 2 ekar kita lebih jauh daripada orang Chemplak Barat, sedangkan kebun tu sama masa kita dapat. Ade sebabnya, kalau nak tahu kat sini aku bagi tau. Pemimpin-pemimpin ni mintak kebun 2 ekar tu jauh supaya mereka boleh buat mini estet. Maknanya kebun 2 ekar tu kita serah kat dia orang, dia orang akan uruskan. Peneroka nanti akan di bagila sikit dari keuntungan...Porah . nasib baik bapak kita sepakat tak nak serah kat dia orang kalau tidak sesen pun kita tak dapat.

Sabtu, 18 Disember 2010

Senarai pendek calon UMNO

Dengo cerite UMNO dah mula buat senarai pendek calon YB. Antaranya sudah tentu Cegu Rosdin. Yang lain tu katenya Cegu Mail, Cegu Bahrudin, Ketua Wanita , Harun Salleh dan tak disangka-sangka nama naik HJ.Adam....kih,kih. Bagi den yang syoknya ade tiga nama dari Chemplak. Mungkin satu sejarah baru akan tercipta YB datang dari chemplak, tapi kalu UMNO BN menang. Nampak macam sakit UMNO BN nak menang...kalu PR pandai main isu. Setiap calon diatas tu banyak isu yang boleh dimanupulasikan. PR jangan gentar untuk terus berjuang sebab UMNO Labis tak sekuat mana pun. Banyak kepincangan semasa Ketua Bahagian yang lepas boleh dijadikan isu. Banyak isu panas setempat kalau dipakai tentu mengelopor UMNO dibuatnya. SeLamat Berjuang PR.................................

Selamat datang PRK Tenang

Peristiwa yang paling ditunggu oleh orang Labis. Selama ni hanya dengo cerete PRK ditempat lain. Kemeriahan dan kehangatan PRK Tenang pasti dinantikan. Projek mencurah-curah datang. Orang Labis akan menerima gula-gula dari UMNO BN. Yang syoknya ialah ceramah-ceramah politik yang dinantikan oleh orang Labis. UMNO BN jangan fikir Labis kubu kuat mereka. Banyak dendam yang harus dibayar oleh pihak UMNO BN kepada orang Labis. Dari perangai YB lepas hinggalah kunco-kunconya. Kepada pembangkang undi dibandar tentu berpihak kepada anda. Jika dilihat trend yang lepas tak de satu saluran dibandar yang dimenangi oleh UMNO BN. Yang bagi menang UMNO BN ialah Pak Cik dan Mak Cik Felda terutamanya Chemplak,Chemplak Barat dan Tenang. Tapi harus diingat Pak Cik dan Mak Cik dah ramai yang balik...........yang tinggal Gen 2 yang lebih terbuka pemikirannya. Jangan terkejut majoriti kali ini akan berkurangan atau UMNO BN terus KO buat pertama kalinya di Labis. Jika diteliti tentang polimek di Chemplak pembangkang kena ambil advantage tentang pekara ini. Apakah tidaknya peneroka Chemplak masih lagi bergelut dengan pihak pengurusan Felda yang mana pekara ini tidak dapat diselesaikan oleh YB yang lepas. Seolah-olah YB lepas tidak ambil pusing tentang permasalahan orang Chemplak. Dah la tu dulu masa lantik ketua Kampung , orang Chemplak tak suka dengan Cegu Razak tapi YB dengan kuasa vetonya telah lantik Razak. Tapi Yb tak mengaku dia yang lantik katenya pihak MB yang lantik,l agi sekali YB nak bodohkan orang Chemplak berkata macam tu masa majlis bersama pemimpin yang lepas. Ini point yang penting seharusnya pihak Pembangkang gunakan supaya sentimen membenci KK cegu ini akan memakan UMNO BN . Rata-rata orang kampung tak suka tapi YB degan sombong melantik KK cegu sebagai Ketua kampung disebabkan dia SU Bahagian.

Masih ingat lagi YB lepas berucap, pelik tengok orang Chemplak dah bagi macam-macam masih ade 500 orang yang mengundi pembangkang. Sebenonya Gen 2 banyak perkara yang tak puas hati dengan UMNO. Salah satunya orang kanan YB, yang banyak mengampu YB sebab nak jage jawatan. Ya lah adam dapat nkejo JASA, Man tabo dapat Kejo Koperasi, KU2 dapat sakinah dan SU bahagian dapat Ketua kampung. Jadi mereka nak jage jawatan beritau kat YB semuanya OK. Apa rintihan penduduk Chemplak mereka tak ambil pot, bagi mereka janjim ade masuuuk. Kalau KKCegu kat Chemplak orang dah tak terima kasihan tengok kalau ngateh kat warong tak de orang duduk kat dia, kalau macam tu macamana nak jadi Ketua Kampung.

Leman Taha Meninggal

Leman Taha meninggal pada 11 muharam bersamaan 17hb Dis 2010 pada hari Jumaat pada pukul 1.10 pagi. Jenazahnya dikebumikan sebelum sembahyang jumaat.Bermulalah episod UMNO labis berebut siape nak jadi YB. Rusdin tentu berminat kerana inilah masa yang ditunggu-tunggu selama ini. Ibarat kata orang tua-tua pucuk dicipta ulam mendatang. Tapi bodoh orang Labis Kalau pilih Mamat ni sebab dia ni bukan anak orang tempatan. Tak de orang lain ke asyik-asyik orang nogeri aje..........Kah,kah Datuk Rahman macam mane, anak murid dah pergi Tok guru tak mahu cube ke.......he,he......Kita tengok le nanti berawok UMNO bahagian Labis..........Jaim jauh sekali,.....Cikgu Hashim .......dah tua tak payah le............

Selasa, 30 November 2010

Leman Taha masuk ICU

Dego baru-baru ni YB Leman masuk ICU. Ramai kat warong mintak ........supaya ade PRK. Macam ni barulah pengor banan untuk rakyat sebab bila ade PRK nanti banyak orang chemplak dapat projek......kih,kih......Dulu garang, cakap kalau goreng tahi bagi orang labis makan, orang labis makan............bodoh orang Labis pilih orang negori..........

Ahad, 3 Oktober 2010

Buah Kena rembat

Dego cerete buah Wak Dalhi kena rembat lebih kurang 2 tan. Banyak tu kalau kita tukar dengan duit lebih seribu. Nasib malang Mamat yang kena tangkap tu, dego masuk lokap 2 hari. Buah kena rembat senario biasa kat chmplk, macam cara dia orang rembat buah. habih buat mak janda kena rembat kesian. Ade tu muka sikit punya baik, risik-risik rupanya kaki rembat buah orang. Kalu tengok hidup dia orang ni tak le semewah manapun, bagi duit haram makan anak bini. Kita tengok sampai bile mamat lori ni rembat buah Mak janda, mudah-mudahan kat dunia kita nak tengok balasanya...........macam mereka yang dulu kaki rembat buah...

Sabtu, 2 Oktober 2010

kk cegu kena tangkap

Dego cerite Kk cegu kena tangkap khalwat bertul ke...... Dego dengan budak segamat. patut le hari-hari balik 2.00 pagi tiap-tiap hari. Bila kat warong selalu calling-calling. Banyak geng calling... syoh tengok gelagat dia orang yang berjawatan......

Khamis, 30 September 2010

Cegu kk songlap duit kg RM5000

Dego cerite kk cegu masuk cek kat akaun kg. Lepas tu dia keluarkan duit tu atas nama dia. Jangan pelik duit tu dari kontraktor gelanggang Futsal yang baru siap. Biase le kontraktor bagi duit sumbangan sepatutnya digunakan untuk kampong. Tapi KKcegu

Khamis, 23 September 2010

KK cegu bengang dengan SRS

Dego cerite KK cegu bengang dengan budak SRS kerana tubuhkan Srs tidak beritau dia. Dego bila budak SRS jage KK cegu balik malam pukul 2.00 pagi langsung tak tegur budak SRS yang jage. Lagi bertambah bengang budak SRS.

Khamis, 20 Mei 2010

Melobi jadi YB

Rosdin Mahmud Timblan Ketua UMNO Bahagian Labis melawat Masjid Chemplak berseorangan diri. Beliau telah sama-sama berjemaah Magrib. Lawatan ini mungkin sebagai persediaan untuk mengambil alih jawatan ketua Bahagian Labis. Salah satu cara mempromosi diri kepada orang Chemplak dimana kekuatan UMNO di Labis salah satunya di Chemplak. PRU 12 lalu oarang Chemplak telah memberi kemenangan kepada Leman Taha, harap undi bandar Hampeh.
KAH,KAH......Tidak Ade seorang pun KC , AJK Cawangan yang menyambut...KAH,KAH...
tapi besok kalu dah jadi YB, barulah mereka datang dengan songkok tinggi ......KAH,KAH....
HIH,HIH,.....Takut tak sempat jadi YB, sebab UMNO dah kecundang....HIH,HIH.......
Salah satu cara nak menipu melayu labis..........HIH,HIH....... Orang Melayu Labis jangan tertipu lagi dengan gerombolan ini.....KIH,KIH. Tak kan sekali kena tipu tak serik-serik, tak de ke anak jati Labis yang boleh kedepan.....KIH,KIH.

RUMAH TAK MESRA RAKYAT

Rumah idaman kebanyakan G2 di Felda Chemplak. Tanah dah dapat, tapi yang jadi masalah duit nak buat rumah. Kalu kat Felda Lenga ,Sri Ledang, Sri Jaya depa senang aje dapat rumah mesra rakyat, sebab kawasan Muhidin kot. Tapi kat Chemplak dego borang pun susah, depa bagi kat kroni .

KAH,KAH,.......Mari kita main teka -teki............KAH,KAH,...........................
KAH,KAH.............Sape kah yang mula dapat rumah mesra rakyat...KAH,KAH............
HIH,HIH.............M*N T*BO, J*N, U*T*Z*H..............HIH,HIH......................
KUANG,KUANG.......Kroni didulukan,Komisen diutamakan........KUANG,KUANG........
SAPE YANG TEKA DENGAN TEPAT AKAN DAPAT..............MELANCONG KEINDON..........