Sabtu, 2 Julai 2011

KUNING & “BERSIH” TAKUTKAN UMNO,POLIS


Perhimpunan  BERSIH yang bakal menjadi kenyataan pada 9 Julai ini,  dianjur oleh badan-badan NGO serta disokong oleh parti-parti  politik. Niat dan matlamat “BERSIH”  adalah jelas, ikhlas dan murni,  semata untuk kepentingan seluruh rakyat.. 

Sebagaimana yang telah diketahui umum, “BERSIH”  menuntut lapan  perkara utama, supaya SPR (Suruhan Raya Pilihanrara) melaksanakan proses pilihanraya dengan  sebenar-benar  BERSIH, adil,  telus dan tidak perpihak kepada parti pemerintah !  SPR mesti bersikap berkecuali !
Selama ini terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan telah berlaku di pihak kerajaan dan SPR. Ia  perlu segera diperbetulkan  Pihak SPR dan kerajaan sendiri perlu membuang sikap degil, tamak dan berat sebelah mereka.  Rakyat sudah bosan dengan sikap SPR yang selama ini selalu berpihak kepada UMNO/BN.  

TENTANG “KUNING” dan “BERSIH”
Tidak ada siapa di atas muka bumi ini yang takut kepada warna KUNING, tetapi entah kenapa tiba-tiba   UMNO dan PDRM  amat fobia sekali dengan warna tersebut!  Sesiapa saja yang memakai baju warna kuning akan  ditangkap dan dah ramai pun yang kena tangkap!  Kesian polis !  Mereka terpaksa atau dipaksa membuat kerja bodoh – menangkap orang tak bersalah !!

Seperkara lagi,…  Semua manusia suka kepada  “kebersihan” !   Semua orang mahukan yang bersih,  ini termasuk lah makanan, diri, pakaian, tempat tinggal ! dan apa saja !  Setiap manusia yang waras sudah tentu menyukai  perkara-perkara yang bersih ! melainkan mereka yang berhati gelap lagi hitam !

Namun  apa yang berlaku di bumi Malaysia hari ini amat berlainan sekali. Sungguh mengejutkan !  apabila  UMNO dan PDRM  tak suka yang “BERSIH”  sebab itu mereka menentang Perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai nanti . Belum pun tiba hari perhimpunan tersebut mana-mana individu  yang memakai baju bercetak  “BERSIH”  ramai yang dah kena tangkap !!  Tak mustahil selepas ini mungkin ramai lagi yang akan kena gari. Begitulah takutnya PDRM dengan warna kuning dan slogan BERSIH!  Dah gila agaknya!  polis Malaysia ni!

Apa-apa pun, kita tidak menyalahkan  pihak polis seratus peratus. Polis hanya melaksanakan arahan pemimpin atasan UMNO. Yang kita kesal tentang polis ni  ialah kesanggupan mereka diperbodoh dan diperalat oleh UMNO. Kenapa mereka sanggup ya!?  Adakah pemimpin tertinggi PDRM bengap-bengap belaka?

Kenapa PDRM atau UMNO tak suka BERSIH ?   Jawapan mudah !! …UMNO sudah sebati dengan yang KOTOR !, seperti politik kotor!, tuduhan liwat yang kotor, komik lucah yang kotor, video lucah yang kotor,  rasuah kotor dan banyak lagi.  Sampai bila orang ramai nak dijamu dengan aksi dan perbuatan-perbuatan kotor itu ? wallahhu’alam!! Semoga PRU ke-13  boleh mengubahnya !  .

Nasihat buat PDRM :   Sedarlah wahai seluruh anggota polis!  Tindakan menangkap rakyat yang tak bersalah dengan alasan yang dangkal lagi lucu itu sesuatu yang memalukan, dan memperlihatkan kebodohan polis sendiri.  Bukankah Polis Di RajaMalaysia (PDRM) merupakan jawatan mulia yang bernaung di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu.? Hormati dan lindungilah maruah Raja-Raja kita ! 

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan