Rabu, 14 September 2011

"Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya" - Pak Majid



IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". 
"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".
 
Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan oleh Inggeris selama tujuh tahun.
Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung,
Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM.
Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.
Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.
"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.
Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.
Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.
"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.
Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.
"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.
"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.
Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.
Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.- BGM

MINTA MAAF - SATU KESILAPAN BESAR


CIK SITi PUAN ROSMAH



nota:
sedang kyusuk dan terdudoq
waduk melikok likok
tandan umalok yang sikok
kok kok kok



CIK SITI PUAN ROSMAH

Kita baru sahaja berhari raya. Masa saya kecik-kecik dulu raya – kami kanak-kanak menganggp hari raya ini satu bulan. Dari lojik kanak-kanak kalau kita berpuasa sebulan maka berhari raya pun wajib satu bulan juga. Jadi, minggu ini saya harapkan kita semua masih lagi berhari raya. Lalu, dihari baik bulan baik ini biarlah saya meminta maaf dari para pembaca sekelian.

Saya meminta maaf ini bukan kerana saya buang tabiat. Atau saya dapat seru untuk memulakan perjalanan ke Mekah. Juga bukan kerana saya ternampak Hantu Kopek ketika main mercun pada malam raya dahulu. Saya minta maaf ini kerana saya telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Memang besar kesilapan saya ini.

Ceritanya bagini : selama satu bulan – dibulan puasa – saya selalu mengidam hendak berbuka puasa dengan Rosmah berendam ...oopsss maaf dengan badak berendam sambil minum air tuak. Idaman saya ini gagal. Kerana kegagalan ini maka munculah kesedaran kepada saya bahawa selama ini saya telah silap kerana sebenarnya badak berendam...opps maaf ... sebenarnya Cik Siti Puan Rosmah Mansor bukan musuh. Kesilapan besar saya ialah menganggap Rosmah sebagai musuh. Ini silap yang betul betul silap. 

Saya sedar - habis sahaja para pembaca membaca ayat diatas maka pastilah ramai yang akan menuduh bahawa saya telah belot. Atau saya telah dibeli. Atau saya telah bertaubat. Wahai pembaca yang budiman. Sabar dahulu biar saya terangkan kenapa saya tidak lagi menganggap Rosmah Mansor sebagai musuh.

Kesahnya bermula sebelum bulan puasa lagi. Saya mula mendengar cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Dari hari ke minggu dari minggu ke bulan - cerita ini semakin kuat saya dengar. Mula-mulanya saya hanya terbaca dari laman dan blog yang terkenal sebagai laman fitnah dan tohmah. Tetapi bila saya lakukan kaji selidik maka saya dapati cerita dari Haji Desus ini bukan lagi desas desus tetapi telah menjadi fakta.

Mula-mula dahulu saya mendengar bahawa Munyiddin Yassin amat marah kepada Cik Siti Puan Rosmah kerana beberapa kali Rosmah Mansor telah mengambil tempat dan kedudukan resmi Muhyiddin dalam hal pembelajaran. Rosmah seakan-akan telah menjadi Menteri Pelajaran. Telinga saya sendiri telah mendengar dari tim Muhyiddin tentang bagaimana Muhyiddin menyinga marah terhadap Cik Siti Puan Rosmah.

Kemudian muncul pula berita tentang Cik Siti Pun Rosmah kita ini pergi ke Kazakhtan untuk meminang. Memang pelik - bak kata orang Melayu ini macam perigi mencari timba. Atau lebih tepat lagi macam lesong mencari antan. Ini bukan kerana anak perempuan Rosmah ini memiliki mulut seluas lubang lesong atau bakal menantu Rosmah ini memiliki anu sebesar antan. Ini tanda kehebatan pepatah Melayu – tepat lagi erotik

Semua kesah-kesah ini cuba memburukkan Rosmah Mansor. Tak cukup dengan kesah lubang mencari antan tetiba timbul pula kesah besan Rosmah ini rupa-rupanya ada kaitan dengan Marlon Brando oopps...salah... bukan dengan Godfather Itali tetapi dengan mafia Russia. Tidak diketahui bagaimana berita ini terbocor dalam akhbar Kompas – harian terbesar di Indonesia. Nampaknya kempen membenci Cik Siti Puan Rosmah ini telah menular ke seberang.

Kesah ini rupa-rupa tidak berhenti disini sahaja. Tup tup terbarai pula berita Cik Siti kita ini telah membeli sebentuk cincin berlian dari New York. Untuk saya berita cincin ini tak masuk akal. Cuba para pembaca renung dan fikirkan - munusabah kah Cik Puan kita yang berat badannya 143 kilo 75 gram ini mahu menambah setengah kilo lagi berat cincin ditangan? Mustahil.

Dengan melihat semua ini, saya mengambil rumusan bahawa telah wujud satu perancangan yang licik lagi rapi untuk memburuk-burukkan Rosmah Mansor. Telah ada ajenda yang tersusun untuk memastikan Rosmah kita ini tidak tidur lena. Semua berita dan kesah-kesah ini adalah gangguan yang menjadikan Rosmahr tidak nyenyak tidur. Apabila Cik Siti Puan Rosmah kurang tidur maka berat badannya akan menurun. Inilah strateji jahat puak puak ini. Apabila Rosmah kehilangan berat badan pastilah rakyat jelata satu Malaysia tidak dapat mengenal mukanya lagi. Anak-anak yatim piatu yang selalu berteduh dibawah dagu Rosmah akan mencari kopek yang baru untuk berteduh.

Kemudian - dua minggu sebelum berhari raya saya terbaca berita yang amat menakutkan. Berita ini melaporkan tentang bekas balaci Mahathir telah mula mengumpulkan satu pasokan politikus pencen untuk meminta Najib berundur. Kumpulan yang memanggil diri mereka Penawar Kaseh ini telah menerangkan bahawa salah satu dari kesilapan Najib Razak ialah Najib tidak ada keupayan untuk mengawal tingkah laku Rosmah Mansor. 

Apabila saya kumpulkan semua berita dan kesah kesah ini maka barulah saya sedar bahawa Cik Siti Puan Rosmah ini bukan seorang musuh. Cik Siti Puan Rosmah ini adalah sahabat baik kita yang perlu kita sokong. Para pembaca yang budiman kita tidak harus terikut-ikut dengan politik semasa. Jangan sesekali terpengaruh dengan jalur pemikiran yang menuduh Cik Siti Puan Rosmah kita ini seorang Mak Janda yang menggunakan khidmat bomoh kerana gila kuasa. Kesah kesah Nasi Kang Kang yang mula tersebar luas dikalangan Mak Cik Felda itu adalah fitnah semata-mata. Saya sendri tahu bahawa Cik Siti Puan Rosmah tidak meminati Nasi Kang Kang. Cik Siti kita ini adakah peminat setia Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.

Haji Desas bin Lebai Desus selalu bercerita tentang Rosmah Mansor ini adalah seorang Mak Janda Ligat sebelum berkahwin dengan Najib. Ini juga berita palsu. Ini berita fitnah yang cuba melukakan hati Cik Situ Puan Rosmah. Adalah fakta sejarah yang tidak boleh diubah-ubah bahawa ketika berkahwin dengan Najib dahulu Rosmah Mansor ini masih seorang anak dara. Istilah anak dara disini bermakna - 300 lelaki yang terawal itu tidak akan diambil kira.

Setelah para pembaca membaca dan faham apa yang saya tuliskan diatas – kini saya ingin membawa para pembaca sekelian ke satu babak dalam sejarah Eropah. Babak ini berlaku dalam kancah politik Revolusi Peranchis. Pada zaman ini ditakdirkan ada seorang perempuan bernama Marie Antoinette yang telah menjadi pemaisuri kepada Raja Louis Ke14. Marie Antoinette ini juga mengakui dirinya sebagai First Lady of France. Perempuan ini juga amat suka memiliki intan berlian dan selalu mengadakan ‘soiree’ dengan para artist. Ketika ini Sharukh Khan dan Bollywood belum wujud maka artis yang dijemput datang dari Sepanyol dan Austria.

Sebelum Revolusi Peranchis berjaya pada tahun 1789 banyak kesah dan cerita Marie Antoinette telah tersebar. Marie Antoinette dikatakan seorang perempuan yang gila mengumpul harta, gila intan berlian, gila beg kulit dan suka memakai bomoh. Cerita ini tersebar luas untuk warga kota Peranchis mendengar. Warga Paris pada ketika ini amat meluat dengan tingkah laku Marie Antoinete. Tetapi ketika ini belum ada blog dan laman fb maka warga kota Paris hanya menunggu masa untuk memancung kapala betina ini.

Mungkin ada pembaca kurang faham kesah Marie Antoinette kerana berlaku ratusan tahun dahulu. Maka biar saya buka kesah baru yang dekat dengan kita.. Malah perempuan yang hendak saya kesahkan ini masih hidup lagi. Nama perempuan ini ialah Imelda. Cik Puan Imelda adalah bekas ratu cantik dan juga seorang pelacur. Dengan menggunakan khidmat bomoh Puan Imelda telah dapat berkahwin dengan Marcos yang kemudian menjadi Presiden Filipina.

Puan Imelda ini juga telah menggelarkan dirinya FLOP – first lady of the Philipines. Puan Imelda amat suka pergi berkonferensi dimerata dunia. Pekara paling disukai oleh Cik Siti Puan Imelda ialah melihat mukanya keluar di kaca tv tiap tiap malam. Malah Cik Siti Puan Imelda ini akan menalipon ketua pengarang semua akhbar untuk memastikan ada laporan berita tentang diri dalam akhbar setiap hari.

Rakyat Fililipa amat menyampah dan meluat melihat kerenah Ilmeda Marcos ini. Bertahun tahun rakyat Filipina mememdam rasa. Mereka menyusun. Mereka mengumpul kekuatan. Imej Imelda Marcos telah menjadi ikon yang mengumpulkan kemarahan rakyat Filipina. Kemarahan ini meluap-luap. Akhirnya rakyat Filipina seperti rakyat di Peranchis 300 tahun dahulu telah turun ke jalan raya. Kalau di Paris kepala Marie Antoinete telah dipenggal, di Manila Cik Siti Paun Imelda sempat lari dengan suaminya Ferdinand Marcos ke Hawaii.

Justeru, saya meminta para pembaca yang budiman jangan sesekali menganggap Cik Siti Puan Rosmah sebagai musuh. Rosmah Mansor sebenarnya sedang membantu kita untuk menaikkan rasa kebencian rakyat. Dengan adanya Rosmah Mansor dikaca tv tiap-tiap malam orang ramai semakin meluat. Kerana itu gerakan anti Rosmah ini sebenarnya ialah gerakan untuk menyelamat United Malay National Organisation.

Ramai pemimpin United Malay National Organisation melihat Rosmah sebagai biawak hidup yang sedang dipikul oleh United Malay National Organisation. Mengikut kumpulan anti Rosmah ini jika Rosmah dapat dinyahkan maka keyakian rakyat terhadap United Malay National Organisation akan kembali. Yang dibenci orang ramai bukan United Malay national Organisation tetapi Rosmah Mansor.

Dengan ini saya berdoa agar Cik Siti Puan Rosmah akan lebih lama duduk di Putrajaya. Kalau tahun ini Yang Di Pertuan Agong sendiri telah tidak menyampaikan ucapan Hari Raya – hanya Rosmah seorang yang berucap – ini adalah tanda yang baik. Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalu boleh membaca khutubah.

Kita jangan sesekali bersetuju untuk menghumbankan Rosmah. Spesie Rosmah ini hanya datang ke Tanah Melayu seribu tahun sekali. Kita jangan tergopoh gapah. Pada hemat saya masa dan ketikanya belum ranum. Kita tunggu ke tahap kebencian orang ramai terhadap Rosmah Mansor masak ranum seperti kebencian terhadap Mahathir. Bila ini terjadi maka amat senang untuk kita menghumbankan Rosmah Mansor walau pun berat badannya 400 kilo.(TT)

Selasa, 13 September 2011

Antara Kita Adalah Anjing, Kucing & Rimau


BUDAYA dan sikap yang tidak direnungi dan dipelajari dengan tekun oleh orang Melayu ialah bagaimana tindakan rimau apabila kucing dan anjing bergaduh dan bergomol merebut tulang. Sang rimau memerhati kedua pergaduhan itu penuh minat dan akan bertindak apabila keduanya sudah sakit dan tercedera. Rimau sama sekali tidak akan menegur jauh untuk menghalang supaya pergaduhan itu dihentikan kerana ia ada agenda di sebaliknya.
Bagi rimau menghentikan pergaduhan anjing dan kucing satu kesilapan dan kebodohan yang dilarang oleh datuk nenek mereka.
Apabila kedua haiwan itu letih dan sakit, rimau akan membaham kedua-duanya sekali. Keduanya akan menjadi mangsa rimau tanpa ada simpati. Inilah dikatakan kebijaksanaan dan ilmu yang ada kepada rimau. Sebab itulah rimau selalu kenyang dan menjadi raja di hutan maya ini.
Semasa kucing dan anjing bergomol, mereka tidak mengira yang rimau sedang memerhati lagak mereka. Inilah satu kesilapan berterusan dilakukan kucing dan anjing. Paling malang dan sedihnya mereka menyangka persengketaan mereka itu tidak pun dipedulikan oleh rimau.
Walhal rimau sebagai pemangsa tetap tidak akan lepas peluang dan menunggu mangsanya itu letih atau kunyai. Saat itu ia akan membaham kedua haiwan bodoh itu. Rimau akan senang mendapatnya tanpa mengejar dan membuang masa, memburunya. Rezekinya bergolek didepan mulutnya.
Begitulah yang boleh dianologikan apa yang berlaku di antara dua kumpulan Melayu hari ini, Pas dan Umno campur sikit dalam PKR. Mereka bergaduh macam nak rak untuk menegakkan benda-benda remeh untuk kepentingan politik dinihari. Mereka akan bertengkar dan bersengketa mati-matian terhadap perkara itu yang tidak pun membawa erti dan makna besar kepada mereka. Mereka sebenarnya terpedaya dengan ilusi sedang merebut tulang yang disangkakan merebut gunung emas.
Tenguk isu yang hangat hari ini, macam mana Pas dan Umno bergomol sesama sendiri mengenai persoalan apakah Mat Indera hero atau komunis. Memalukan lagi pergomolan itu di tayang dalam tv dan surat khabar. Di tunjuk kepada umum dan seluruh binatang politik dunia menenguknya.
Pas mempertahankan Mat Indera sebagai hero manakala Umno kata tidak, Mat Indera adalah komunis. Itu saja isunya. Kalaupun jawaban ditemui pada persoalan itu ia tidak memberi apa-apa kesan dan laba banyak kepada kedua pihak pun. Pas belum tentu menang besar dalam pilihan raya, begitu juga Umno belum tentu dapat mempertahankan kerusi dengan isu sejemput dan sudah reput itu.
Sebelum ini isu sebuah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke gereja di Damansara Utama juga menjadi polimek dan sengketa di antara dua puak ini. Sesetengah pemimpin Pas menyalahkan tindakan Jais. Manakala sesetengah pemimpin Umno pula menyokong tindakan itu. Panjang juga rally perdebatan itu. Tetapi apa kesudahannya? Ia senyap sunyi hari ini apabila topik baru dibahaskan iaini Mat Indera dan komunis.
Begitu juga dengan nasib isu Mat Indera ini akan senyap bila timbul pula topik lain. Jadi mereka bergomol dan berbahas bukan hendak mencari konklusi tetapi nak tunjuk jambul siapa panjang, itu saja.
Pergaduhan dan pergomolan antara Melayu Umno dan Pas atas isu yang remeh ini bukan baru. Ia mentradisi. Satu masa dulu mereka bergaduh dan berbahas mencari siapa lebih Islamik di antara keduanya. Pas menuduh Umno kafir, Umno memalingkan tuduhan itu Pas yang kafir. Pergaduhan hampir membawa kepada perdebatan di dalam tv. Akhirnya apa jadi kepada isu berkenaan? Tidak ada kesudahan dan fatwa konkrit mengenainya. Keduanya letih jadilah Pas pun kapir Umno juga kafir atau sebaliknya.
Anihnya di sepanjang perdebatan isu-isu itu, terbaru Mat Indera ini orang Cina diam membisu. Mereka tidak pun bercakap seolah mereka tidak ada hak. DAP tidak bercakap, MCA, Gerakan juga tidak bercakap. MIC yang selalunya macam ibu ayam menjampuk juga turut mendiamkan diri.
Mungkin Pas dan Umno merasakan begitu. Sebenarnya tidak begitu, orang Cina cerdik dan pintar macam rimau itu. Mereka suka kalau Pas dan Umno bergaduh. Bergasaklah sampai berasap atau patah taring aku apa peduli. Bagi Cina mereka akan untung kalau Pas dan Umno bergaduh. Macam sifat rimau yang seronok melihat anjing dan kucing bergaduh. Bila mereka letih, rimau boleh baham keduanya bukan itu saja rimau boleh main telor atau pantak sekali.
Nah demikian dengan pergaduhan Pas dengan Umno yang merebut tulang hari ini. Orang Cina dan bukan Melayu sangat suka. Mereka bertepuk tangan dalam kelambu. Kenapa kerana bila Melayu berpecah kuasa politik Melayu akan renggas, dan mengecil. Orang Melayu akan hilang majoriti. Bila Melayu hilang majoriti maka saat ini orang Cina akan mengambil tempat menjadi parti majoriti. Rimau akan naik atas pusu jadi raja.
Teorinya senang saja. Kerusi Parlimen ada 222 kerusi. Katakan dengan kerencaman politik ini, perbalahan orang Melayu Umno akan menang disekitar 40 atau 45 kerusi saja manakala Pas pula akan menang 30 hingga 35 kerusi dicampur dengan kerusi Melayu PKR 30 hingga 40 kerusi. Kerusi Melayu akan jadi (secara purata) sekitar 100 hingga 120 saja, manakala kerusi Cina atau bukan Melayu akan jadi 102 kerusi. Dengan kedudukan itu Melayu sudah tidak memperolehi dua pertiga lagi.
Keparahan persengketaan dan pengomolan ini boleh menyebabkan kerusi Melayu lebih rendah dari itu. Manakala dengan kekuatan memiliki lebih 100 kerusi orang Cina boleh goreng orang Melayu. Orang Cina boleh menggunakan kuasa itu untuk menjadi beginning power, atau pun kuasa penentu dan tawar menawar.
Mereka boleh tawar dan pilih dengan Melayu mana mereka nak kongsikan kuasa, Melayu Umno atau Melayu Pas + PKR. Saat inilah Cina akan menggunakan kerusi itu menuntut haknya selama ini. Orang Cina boleh pilih Melayu mana yang banyak atau bersedia memberi keuntungan kepada mereka. Kalau Melayu Umno sedia memenuhi harapan mereka, mereka akan bergabung dengan Umno menerusi BN.
Sebaliknya kalau mereka merasakan Pas + PKR dapat memberi laba lebih mereka akan bergabung dengan Pas + PKR menerusi Pakatan Rakyat. Situasi ini jangan dirasakan mustahil. Di dalam politik tidak ada apa yang mustahil ianya serba mungkin.
Adalah silap kalau orang Melayu merasakan ada keikhlasan di dalam hati orang Cina. Mana-mana bangsa dan kaum yang berpolitik tidak boleh dipercayai. Demikian juga orang Cina ke atas orang Melayu mereka tidak meletakan keyakinan seratus peratus kepada Melayu. Dalam politik hatta orang Melayu sendiri boleh kencing kawan dan tinggal gu untuk bersekongkol dengan musuh. Sudah ada enam ekor Melayu yang telah berbuat begitu sebelum ini. Itu adalah contoh terhampir dengan mata kita.
Apa juga yang kena disedari orang Cina mempunyai banyak duit. Lebih banyak dari duit orang Melayu. Mereka boleh beli sesiapa saja. Orang Melayu pula kebetulan pelahap duit dan kurang percaya kepada Tuhan. Pantang nampak duit dan lubang akan diterkam. Apa lagi kalau mereka terdidik dalam politik sekular yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara.
Sore ini saya tidak mahu melarang lagi dan meminta agar anjing dan kucing jangan bergomol. Saya suka melihat rimau memakan kedua-duanya kerana selagi mereka wujud atas muka bumi ini mereka tetap bergaduh kerana mereka disyariatkan atas dunia untuk berdengki, bergaduh, mencemuh sesama sendiri hatta membunuh sesama sendiri. Biarlah Melayu merana dengan kebodohannya.[wm.kl.7:00 pm 10/08/11]

Hanya Umno yang kenali komunis baik atau bahaya

ULASAN Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

najib tun razakKata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

NONEBukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.
Kena tanya Umno, MPN

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

china and malaysia relations 110405 tun razak and maoDan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. 

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

NONECuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. 

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.

Khamis, 8 September 2011

AIDILFITRI DI KAMPUNG KOMUNIS


Kampung Perdamaian Sukhirin - 30 Ogos 2011 : Pemimpin dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin menyambut hari lebaran Aidilfitri dengan menunaikan sembahyang raya di Masjid Darul Aman. Mereka disifatkan oleh Kerajaan Malaysia (UMNO - BN) sebagai "pengganas komunis" dan "tidak beragama". Dalam dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional," (baca sini)
Abdullah C.D. yang menjadi penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 pernah menjadi Setiausaha Cawangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) Lambor dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebelum penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat mengharamkan PKMM dan PKM pada tahun 1948.






Abadullah C.D. (kiri) dan Awang Yaakob (kanan) yang merupakan seorang komander kompeni Rejimen Ke-10


Anak-anak bekas perajurit menerima wang hari raya


Sebagaimana setiap hari raya, rumah Abullah C.D. dikunjungi rakan seperjuangan dan keluarga masing-masing


Abdullah C.D. bergambar dengan rakan seperjuangannya setelah selesai solat Aidilfitri

EMBONG - DARI AWAS KE REJIMEN KE-10



Embong Zamiah dan anak-anak serta cucu-cucunya turut berhari raya di rumah saya pagi ini. Beliau cukup sihat dan susuk badannya langsung tidak merupakan seorang yang sudah lama melepasi umur 80 tahun.

Siapakah Embong Zamiah? Dia adalah anak kepada Mak Ngah Minah. Siapa pula Mak Ngah Minah? Beliau adalah seorang anggota AWAS dari Kg Lubok Kawah. Apabila Awas diharamkan beliau mempunyai 2 pilihan. Berjuang bersama rakan-rakan yang sudah pun menyertai gerakan gerila menentang Penjajah Inggeris atau ditangkap oleh Inggeris dan terus disumbatkan di kem-kem tahanan tanpa sebarang bicara.

Mak Ngah memilih jalan pertama iaitu menyertai gerakan bawah tanah dan menentang Penjajah Inggeris secara bersenjata.

Beliau dikepong didalam sebuah rumah bersama rakan-rakannya oleh tentera upahan Inggeris, ditangkap dengan mempunyai senjata di tangan. Beliau telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan jika didapati berslah akan digantung sampai mati.

Didalam Mahkamah dia tidak mahu tunduk kepada Mahkamah Penjajah Inggeris, dia tidak bangun semasa Hakim memasuki Mahkamah. Beliau dipaksa oleh Polis Mahkamah supaya bangun berdiri memberi hormat kepada Hakim, dan jawapan Mak Ngah adalah mudah: "Engkau orang yang hisap buntut Penjajah berdirilah, Hakim tu wakil penjajah, aku takkan beri hormat kepadanya."

Didalam Mahkamah, Mak Ngah menyatakan beliau tidak bersalah kerana beliau menentang Penjajah Inggeris dan beliau rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan Penjajah.

Dia enggan bekerjasama di Mahkamah, dia nekad bahawa kalau dijatuhkan hukuman mati, beliau mati sebagai seorang pejuang.

Mahkamah mendapati beliau bersalah dan dihukum penjara seumur hidup, bagaimana pun setelah beberapa tahun didalam Penjara, beliau telah dibebaskan dan kembalilah Mak Ngah ke kampong perjuangan iaitu Kampong Lubok Kawah, Temerloh, Pahang.

Embong atau Kak Zamiah adalah anak kepada Mak Ngah Minah. Sebagai anggota muda AWAS, beliau juga turut menyertai perang gerila terhadap Penjajah Inggeris. Akhirnnya, beliau menyertai Rejimen ke-10 dan meneruskan perjuangann menentang Inggeris.

Kini beliau telah kembali ke Tanah Air setelah diadakan Perjanjian diantara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya. Embong Miah tetap menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyerah diri tetapi hasil dari Perjanjian itu, beliau memilih untuk kembali ke kampongnya, Kg Lubok Kawah.

Zamiah adalah pupu saya, dan Mak Ngah Minah, ibunya, adalah bapa saudara saya. Saya kagum dengan kekentalan perjuangan mereka. Benar, perjuangan mereka tidak mencapai kemenangan, tetapi sesuatu perjuangan itu diukur akan kebenaranya bukan sekadar dengan kemenangan tetapi diukur kerana landasan dan prinsip yang benar, iaitu menegakkan perjuangann rakyat menghalau Penjajah dari bumi bertuah ini.

Embong saya memeluk saya dengan erat dan membisikkan kepada saya: "Mi, dalam perjuangan ini tidak ada kalah, teruskan perjuangan, pasti akan disambung oleh generasi akan datang."

PEJUANG ANGKATAN BAHAMAN TIDAK PERCAYA KEPADA UMNO


 Perajurit dari Perang Bahaman tidak percaya kepada UMNO. Dengan berpesan “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu" bererti jangan percaya kepada UMNO. Kerana mereka nampak jelas bahawa ketika perang Bahaman berlangsung, pembesar-pembesar Melayu ketika itu sudah bersuhabat dengan penjajah British untuk menggagalkan perang tersebut. Akan tetapi, rakyat bawahan terutama di kawasan-kawan Datok Bahaman menyokong perang tersebut dengan sepenuh hati.
 
Pada tahun 1949, di Kuala Krau terdapat seorang tua yang telah berumur dalam lengkongan 75 tahun, pernah turut serta dalam perang Bahaman melawan British. Dia juga adalah penyokong setia Pak Sako. Bila mendengar Rejimen Ke-10 telah melancarkan peperangan terhadap penjajah British, pejuang veteran itu dengan serta merta menjadi segar dan gagah, tubuh badannya menjadi ringan. Dia memanggil wakil Rejimen Ke-10 datang ke rumahnya. Dalam pertemuan itu, dia menerangkan pengalaman-pengalamannya sewaktu berperang melawan penjajah bersama Datok Bahaman dahulu.Sebagai amanat, katanya: “sebagai seorang yang pernah turut di dalam peperangan rakyat begitu, saya faham betul segala macam kesukaran yang akan ditempuh”. Dia berkali-kali menegaskan “jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” Dia berpesan lagi: “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”.
Pada hari itu juga dia menyuruh semua anak cucunya berkumpul. Dia berpesan : “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya."
Begitulah semangat peperangan di zaman Bahaman telah menjadi kebanggaan kepada generasi-generasi muda yang mewarisi tradisi mulia revolusioner itu.
Begitulah juga dalam praktiknya, Rejimen Ke-10 tak pernah terlintas akan menyerah diri kepada penjajah British dan anjing-anjing buruannya. Pada awal tahun-tahun 60-an, awan mendung menyelubugi revolusi Malaya, pihak Jawatankuasa Pusat PKM pernah mengeluarkan tawaran pengunduran diri dari perjuangan kepada sesiapa yang uzur, lanjut usia atau yang tidak mahu meneruskan perjuangan lagi. Tawaran itu dijawab sebagai “Walaupun terpaksa mati dipangkal banir, perjuangan akan diteruskan!

ABDULLAH C.D.: SEJARAH PENUBUHAN PKM




Mengkaji Sejarah Penubuhan PKM


Pada masa yang sama, saya juga cuba mengkaji sejarah penubuhan PKM di Negeri Sembilan. Mengikut catatan sejarah, PKM ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Oleh itu saya menganggap Negeri Sembilan sebagai negeri yang bersejarah dan penting bagi gerakan kemerdekaan nasional dan gerakan patriotik-demokratik. Apabila saya tiba di Negeri Sembilan pada tahun 1946, saya berusaha menyingkap kembali sejarah penting yang berlaku 16 tahun sebelum itu.

Zahid yang saya lantik sebagai pembantu dan sebagai salah seorang pimpinan pada peringkat negeri telah membantu saya menghubungi mereka yang pernah terlibat dalam gerakan sebelumnya. Saya selalu pergi ke rumah Zahid dan kadang-kadang bermalam di sana. Isterinya keturunan Tionghua yang memeluk agama Islam, adalah aktivis gerakan anti-Jepun, peramah dan kasih mesra. Dia dengan penuh semangat menyokong gerakan kemerdekaan dan memberikan kemudahan-kemudahan kepada Zahid dan saya dalam menjalankan tugas perjuangan. Oleh itu, rumahnya menjadi tumpuan untuk kerja-kerja Jabatan Kerja Melayu dan PKMM. 

Zahid agak luas pergaulannya dengan orang ramai daripada pelbagai kaum. Beliau rapat dengan Pak Sutan Djenain sejak masa Jepun lagi. Dia memperkenalkan dua orang tokoh veteran kesatuan buruh dan membantu saya bertemu dengan mereka. Dua orang ahli kesatuan buruh itu menerangkan bahawa mereka berasal dari Jawa, tetapi menetap di Sumatera dan ikut serta dalam revolusi Indonesia tahun 1926 di bawah pimpinan Parti Komunis Indonesia. Apabila revolusi itu gagal, mereka terpaksa merantau ke Malaya dan menetap di Kuala Pilah, bekerja sebagai penoreh getah. Mereka memberitahu bahawa mereka adalah anggota Kesatuan Buruh Merah iaitu MGLU. Ketika saya menemuinya, mereka masih menjadi anggota kesatuan itu dan membayar yuran tiap-tiap bulan. Mereka menjelaskan bahawa Kesatuan Buruh Merah itu mempunyai hubungan antarabangsa yang luas termasuk dengan Soviet Union.

Saya bertanya tentang peranan mereka dalam kesatuan tersebut. Mereka menjelaskan bahawa mereka hanya anggota biasa saja. Mereka dipimpin oleh seorang kader kesatuan buruh orang Tionghua keturunan Hailam. Kader itu bekerja sebagai orang gaji di rumah seorang pegawai kerajaan di Kuala Pilah dan tinggal di sebuah bilik di belakang rumah pegawai itu. Mengikut orang Jawa itu, mereka berhubung dengan kader itu secara sulit.
Bercakap berkenaan pengalamannya yang lepas, orang Jawa itu menceritakan bahawa menjelang hari buruh antarabangsa pada penghujung April 1930, kader orang Hailam itu menjemput orang ramai dari kesatuan buruh menghadiri satu perhimpunan di dalam sebuah kebun getah di kawasan antara Kuala Pilah dan Batu Kikir. Ramai buruh yang hadir, kebanyakannya adalah buruh penoreh getah Tionghua dan sejumlah buruh penoreh getah Melayu. Kedua-dua orang Jawa itu ikut serta dalam perhimpunan itu.

Mereka menceritakan bahawa di tempat perhimpunan pada hujung bulan April 1930 itu dipasang bendera merah. Pada hari tersebut para pemimpin kesatuan buruh dari berbagai-bagai tempat hadir untuk mesyuarat penting. Tetapi sebelah petangnya, regu berkawal yang memerhatikan keadaan sekeliling tempat perhimpunan itu memberitahu bahawa ada dua orang yang dicurigai melakukan penyiasatan tentang perhimpunan itu. Disebabkan keadaan itu, perhimpunan ditutup secara darurat, dan para pemimpin kesatuan buruh bergegas berpindah ke Johor.

Orang Jawa itu menjelaskan, selepas itu barulah mereka mengetahui bahawa perhimpunan itu adalah kongres untuk menubuhkan PKM. Saya mengemukakan pertanyaan untuk mengetahui di manakah pemimpin-pemimpin itu melangsungkan kongres itu. Mereka menjawab bahawa mereka hanya mengetahui di Johor. Tetapi ada berita yang mengatakan kongres itu dilangsungkan di Buluh Kasap, Johor. Ho Chi Minh selaku wakil gerakan komunis antarabangsa (Comintern) membuat ucapan dan merasmikan penubuhan PKM. Beberapa organisasi bersifat internasional yang menjadi tulang belakang penubuhan itu antaranya ialah Nanyang Provisional Committee, Nanyang General Labour Union dan Nanyang General Seamen’s Union (NGSU). Dalam NGSU terdapat beberapa kader Melayu dari Indonesia. Mereka sering datang ke Malaya menyusun kesatuan buruh dan tani di sini.

Pak Sutan Djenain pernah menceritakan kepada saya bahawa setahun sebelum penubuhan PKM iaitu pada tahun 1929, kaum tani di Tampin, Negeri Sembilan pernah mendirikan Soviet Tani yang bersifat pelbagai kaum. Mengikut Sutan Djenain organisasi itu disusun oleh NGSU melalui orang Tionghua Hailam dan merupakan barisan bersatu buruh tani yang pertama wujud di Malaya bawah pimpinan proletariat.

Saya bertanya kepada orang Jawa itu apakah maksud bendera merah masa itu, apakah bermaksud parti komunis. Dia menjelaskan bahawa bagi kesatuan itu, bendera merah bererti buruh dan tani Soviet.

Rabu, 10 Ogos 2011

Najib, Rosmah Dan Musa Tidak Akan Bertentangan Mata Dengan Anwar?

Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan tidak mungkin akan bertentangan mata dengan Anwar Ibrahim di mahkamah. Walaupun mereka disenaraikan 15 saksi yang boleh digunakan untuk Anwar dalam membela dirinya namun ketiga individu ini tidak akan hadir.

Mereka akan menggunakan apa saja helah untuk tidak bertentangan dengan Anwar. Pertemuan di mahkamah bukan sama dengan pertemuan di lain-lain tempat termasuk di Parlimen atau pun di kediaman di antara mereka.

Musa Hasan pula yang akan berbuat tindakan yang sama. Walaupun pihak Anwar boleh mengemukakan spina tetapi mereka boleh untuk tidak akur kepada spina itu. Kuasa eksekutif sebagai PM yang dianggap sebagai tidak berlaku dalam mahkamah tetap akan berlaku.

Rosmah pula kalau suaminya tidak hadir beliau juga tidak akan hadir.

Hadir atau tidak itu urusan mereka bertiga. Tetapi Anwar sudah mendapat seidkit modal dengan ketidakanhadiran itu pihaknya akan menganggap perbicaraan itu tidak lengkap kerana mereka gagal mengemukakan saksi yang dipohon dari pihak penakwa. Jadi kalau Anwar didapati bersalah alasan antaranya kerana ketidakhadiran mereka bertiga.

Semalam soal jawab terhadap seorang saksi bekas Ketua Polis Melaka Ridhuan terganggu apabila pendakwa membantah kehadiran Anwar didalam sessi soal jawab berkenaan. Pihak pendakwa tidak mahu Anwar ada sama semasa soaljawab itu diadakan. Ridhuan adalah pegawai polis yang menjadi ketua penyiasatan dalam kes Anwar sebelum ini.

Bantahan itu menyebabkan soal jawab itu dibatalkan.

Bantahan oleh pihak pendakwa itu menyebabkan perbicaraan terganggu. Hari ini peguam pembela mendapat kebenaran Hakim yang membenarkan Anwar hadir dalam sessi soal jawab terhadap saksi-saksi yang disenaraikan.

Gangguan atau bantahan oleh pendakwa itu anihnya tidak pula dikritik oleh para pemakai loceng dileher dari pihak sebelah sana. Hari ini sudah masuk puasa hari ke-10. [ttdi.11:50 am 10/09/11]