Ahad, 10 Julai 2011

Cerita Lawak Pencacai KERAjaan Bee eNd ...


"

Hari ini akhbar pencacai najis KOSMO melaporkan cuma 6000 sahaja peserta hadir untuk BERSIH sedangkan yang dicanangkan 300 000. Dengan anggaran tersebut maka BERSIH dikatakan gagal mendapat sokongan rakyat.

Wahai pencacai-pencacai KERAjaan Bee eNd terutamanya para wartawan yang kaki pembodek dan pemutar belit, sia-sialah titik peluh mak bapak kalian semua menyekolahkan anda, perabis duit beribu-ribu untuk belajar menjadi pandai dan orang yang berguna tetapi akhirnya menjadi pencacai yang hina dan keji malah lebih keji dan hina dari pengemis jalanan.

Adakah kalian semua tidak pandai menghitung atau mata hati kalian semua sudah kelam dan hitam dek kerana terlalu kuat mengampu, membodek dan menjadi pencacai selama ini atau kalian hanya sekadar pandai menghitung duit-duit haram yang kalian dapat akibat dari melaporkan berita-berita palsu serta penuh fitnah di dada-dada akhbar yang KERAjaan yang sekadar layak menjadi pembungkus belacan? Tidak pernah terfikirkah kalian dengan hasil laporan yang penuh dusta dan fitnah tersebut, maka haramlah juga hasil upah yang kalian terima. Dengan duit haram itulah kalian akan memberi makan dan membesarkan anak-anak serta keluarga kalian? Alangkah hinanya manusia-manusia penabur dusta dan fitnah seperti kalian ini .....
BERSIH telah berjaya membuka mata dunia tentang kepincangan yang berlaku dalam KERAjaan hari ini. BERSIH juga telah berjaya membuat orang-orang UMNOngok dan segala tali barutnya kecut telor terutamanya bapak katak dari PAsir Mas yang kononnya begitu bersemangat untuk berjihad, untuk berperang demi mempertahankan KERAjaan yang tidak teringin pun untuk menternak anak-anak katak baka PAsir Mas ini. Agaknya si bapak katak ni takut basah disimbah meriam polis. Maklumlah katak pondan ..... hanya berbunyi kuat waktu hujan turun tapi menyakitkan telinga yang mendengar.
Wahai pencacai-pencacai sekalian, walaupun sasaran 300 000 tidak tercapai tetapi jumlah yang hadir cukup mengerunkan KERAjaan yang dah nak mampus. Walaupun berbagai halangan dilakukan oleh segala pencacai dan balaci-balaci KERAjaan tetapi puluhan ribu berani tampil ke hadapan untuk menuntut keadilan dan menyuarakan rasa benci dan meluatnya dengan segala ketidakadilan yang telah dilakukan oleh KERAjaan hari ini.
Walaupun tidak mencapai sasaran 300 000 tetapi bilangan yang hadir berkali-kali ganda jumlah jika dibandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia Putrajaya yang dialu-alukan kehadiran peserta di Putrajaya ..... alangkah malunya KERAjaan yang menganjur....
Oleh itu, renung-renung, fikir-fikirlah sebelum terus menjadi pencacai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan