MUNGKIN Najib Razak bersama sepupunya Hishamuddin Hussein akan beralasan, rakyat Malaysia yang menanti kedatangannya di London dengan sepanduk berwarna kuning mengecam tindakan mereka terhadap para himpunan Bersih hanya beberapa orang saja dan perbuatan itu tidak pun dapat memecahkan butir gatal di bekalang mereka.
Itulah ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.
Sebenarnya bagi mereka yang mementingkan maruah dan integriti tidak berbangkit sama ada jumlah yang membuat protes itu ramai atau tidak, tetapi yang penting ianya terjadi dan berlaku. Hatta kalau pun seorang saja yang mengangkat sepanduk mengecam Najib dan Hishamuddin sudah mencukupi. Kalau Najib dan Hishmuddin dan rombongannya bermaruah mereka wajar merasakan malu dengan apa yang berlaku.
Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.
Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.
Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.
Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.
Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Saya tidak tonton tv atau baca akhbar penjilat buntut UBN dua tiga hari lepas maka tidak tahu apakah ada berita penentangan warga kita di London itu ke atas Najib.
Kalau mengikut makrifat saya, mungkin tidak ada. Baik tv3 atau Utusan tidak akan tergamak untuk menyiarkan berita berkenaan kerana ia amat-amat memalukan Najib dan Hishamuddin. Kalau mereka menyiarkan aksi berkenaan ibarat seperti meludah ke langit akan terkena batang hidung mereka sendiri.
Inilah sikap media massa kita yang sering di perkatakan. Mereka tidak akan menyiarkan apa-apa berita atau peristiwa yang boleh menjatuhkan imej orang yang mereka sayangi.
Sebaliknya media akan jadi gila dan mabuk memperbesarkan berita-berita kecil untuk memburukkan pihak pembangkang. Sikap inilah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada media masa kita.
Apa pun peristiwa buruk yang berlaku di London itu tidak boleh disembunyikan lagi waktu ini. Mungkin Utusan dan tv3 boleh menutup pena mereka daripada mencatat kebenaran itu tetapi dunia yang tanpa sempadan hari ini dan maklumat yang tidak boleh dibatas
Dengan kemajuan dunia IT yang bebas melaporkan apa saja peristiwa, orang boleh mengetahui apa juga yang cuba diselindungi oleh media massa penjilat buntut UBN dan para pemimpinnya. Hari ini orang atau rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi, kerana kalau mereka cuba berbuat demikian media massa akan dilihat sebagai bodoh.
Misalnya saya terselak satu blog orang Umno sendiri yang menyiarkan beberapa keping gambar protes rakyat Malaysia kepada Najib di London. Mulanya saya terkejut juga kerana apa yang dilakukan oleh bloger ini sudah menyalahi adat. Selalunya orang Umno akan melindungi pemimpin mereka.
Apa yang boleh saya tafsirkan di sini bahawa kebebasan media massa dan kecanggihan saluran maklumat menyebabkan bloger berkenaan tidak boleh menafikan apa yang berlaku sebaliknya beliau bertanggungjawab mengecerkannya sebagai menunjukkan dia seorang yang terbuka.
Adalah elok kalau Najib dan Hishamuddin tidak menyembunyikan protes ke atas kunjungannya ke London itu. Mereka berdua harus mengambil kira walaupun angka yang berhimpun dan mengenakan baju kuning itu tidak ramai. Cara paling baik Najib tidak mencemuh mereka sebaliknya panggil dan berdepan dengan mereka.
Mungkin pandangan dari dalam negeri berhubung beberapa tuntutan Bersih itu berbau politik yang tidak boleh dilayan. Tetapi tidak begitu kalau yang memproteskan itu rakyat kita di luar. Mereka tidak ada kepentingan tetapi lebih bersikap patriotik untuk membaikikan negara sendiri.
Sekiranya Najib mengabaikan ini dan masih terus syok dengan pemujaan oleh para kroni ia tidak membawa banyak kebaikan sebaliknya akan makin merobekkan lagi ketohohan Najib sebagai perdana menteri. Diharap sekembali ke Malaysia nanti nanti akan duduk bersama para pemimpin UBN dan bersedia untuk melunasi beberapa tuntutan rakyat khasnya mengenai pilihan raya yang bersih.
Kalau Najib masih terus membuat pekak badak dalam hal ini, ia pasti akan mempercepatkan detik (timing) bom jangka yang kini sudah berada dalam pokeknya.[wm.kl.7:30 16/07/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan