Khamis, 26 Mei 2011

Siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Sebenarnya?



Marah memang cukup marah dengan apa yang berlaku baru baru ni. Seorang Blogger yang menggelar dirinya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara [edisi cache : xx makcikhajjahsittalwuzara xx  atau link asal : makcikhajjahsittalwuzara] dan jugak aktif di twitter [Twitter Sitt Alwuzara] dengan terbuka menghina Islam. Walaupun ramai yang bertindak balas pada entry dia ni, tapi dia masih tegar menghina hina. Memang kurang ajar!. Salam...

Dalam penulisan si blogger ni telah menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Selain tu, Si kurang ajar ni jugak telah mengaitkan islam dengan illuminati dan turut mengubah ubah gambar kaabah dengan meletakkkan gambar perempuan seksi dan binatang dengan niat menghina. Kalau agama lain dihina pun Lanun tak sanggah inikan pula agama yang Lanun anuti sendiri.

Siapa dia? Siapa dia sebenarnya? Malaysia ke Luar Malaysia? Adakah Melayu atau Non Muslim? Muda ke tua? pada Lanun dari segi penulisan seperti ia seorang melayu dan orang muda, (kalau salah tolong betulkan) sekiranya dia memang seorang Islam, ketahuilah dia sudah pun Murtad!!. Mohon kerajaan siasat siapa kah dia disebalik blogger Makcik Hajjah nih. Jangan SKMM kata tak boleh nak cari sapa. Jangan biarkan!!.

Terbaru dalam artikel terbarunya di Wordpress, dia telah sekali lagi mengutuk Allah dan Nabi serta SKMM dan Najib sebab block kan websitenya. Harap jangan tangguh untuk siasat dan berkas.. Takkan nak tunggu dia kutuk orang politik baru nak berkas? ada double standard ke? antara kutuk Allah dan kutuk orang korporat?

Lanun tak setuju kita hanya block blog Si malang ni. Kenapa perlu berkas dia nih? Selain diberi hukuman yang setimpal, Si Malang ini perlu beri kaunseling dan tarbiah semula sekiranya dia memang islam. Kalau kita hanya block penulisannya, dia akan terus marah dan terus meracuni fikiran orang lain dan menyebabkan kekecohan. Blogger ni adalah seorang yang malang sebenarnya.. kerana duduk di bawah tempurung yang gelap.. Gelap hidupnya..

Kerajaan tolong jangan diam sahaja!!! bertindak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan