(Bahagian kedua)
Oleh: Suhaimi Said
Sekembali saya berceramah di Kelantan dan diikuti di Besut Terengganu, saya dijemput untuk berceramah di Felda Chalok Barat, Terengganu.
Saya sampai ke tanah rancangan itu lebih kurang jam 8.00 malam. Pintu pagar di rancangan itu ditutup rapat dan ada lebih kurang 10 orang terdapat di tepi pintu utama itu.
Apabila kereta saya menghampiri pagar berkenaan seorang daripadanya menghampiri kereta saya dan mengenalkan dirinya sebagai pengurus rancangan dan beliau bertanya nama saya.
Apabila saya nyatakan nama saya beliau terus menyatakan, “minta maaf encik, encik tidak dibenarkan masuk ke rancangan ini.”
Saya bertanya kenapa, dan dia menyatakan bahawa itu adalah arahan dari Ibu Pejabat Felda. Saya nyatakan kepadanya bahawa saya dijadualkan berceramah di sebuah rumah ahli Pas di dalam Rancangan itu dan saya adalah tetamu kepada ahli PAS itu. Pengurus itu tetap tidak membenarkan saya masuk.
Kemudian, saya nyatakan kepadanya supaya membenarkan saya masuk sekejap untuk memberitahu tuan rumah bahawa ceramah itu terpaksa dibatalkan kerana saya tidak dibenarkan masuk ke dalam tanah rancangan.
Pengurus itu benarkan saya masuk untuk tujuan itu dan beliau mengekori kereta saya dari belakang.
Sesampai ke rumah tempat ceramah itu dan belum sempat saya berkata apa-apa, pengerusi majlis telah mengalu-alukan kedatangan saya. Memandangkan kehadiran saya sudah lewat, maka beliau terus meminta saya berceramah.
Saya pun terus memulakan ceramah saya. Pengurus yang berada di belakang saya itu terus menghampiri saya dan menyatakan bahawa beliau tidak benarkan saya berceramah dan menyatakan kepada saya bahawa saya sudah berjanji untuk tidak berceramah.
Ini adalah satu tekanan yang kiranya saya patuh akan melemahkan semangat penyokong-penyokong Pas dan peneroka-peneroka yang mahu mendengar ceramah saya khususnya mengenai kedudukan peneroka-peneroka Felda vis-a-vis Felda.
Saya terus memberikan sedikit taklimat kepada pengurus itu mengenai peruntukan undang-undang khususnya ceramah yang diadakan di dalam rumah yang tidak memerlukan permit polis dan tidak memerlukan kebenaran pengurus.
Pengurus itu naik berang! Dia terus meninggalkan tempat ceramah itu dan sekitar 30 minit, dia kembali semula dengan satu rombongan pasukan polis yang diketuai seorang inspektor.
Saya berbincang dengan inspektor itu berhubung hak rakyat mengadakan ceramah di tempat tertutup seperti di dalam rumah. Inspektor itu memahami undang-undang dan dia terus beredar dari situ.
Ini menyebabkan pengurus itu lagi naik berang dan dia seolah-olah menjerit memaki-hamun pihak Polis yang enggan bertindak terhadap ceramah itu.
Dari masa ke semasa semasa saya berceramah dia mengganggu ceramah saya itu dan minta saya berhenti.
Saya beritahunya bahawa Insya Allah saya akan berhenti, dan masanya sudah tidak lama lagi iaitu jam 12.00 tengah malam.
Tepat jam 12.00 tengah malam saya berhenti, dan selepas itu saya jemput pengurus itu untuk minum bersama-sama peneroka di dalam rumah tetapi dia tidak mahu dan beredar dari situ.Semasa saya mahu keluar dari rancangan itu, puluhan pemuda yang bermotor mengiringi saya hingga sampai ke pintu utama, mereka bimbang sekiranya pengurus itu melakukan tindakan-tindakan di luar jangkaan.
Dan kembalilah saya dengan selamatnya menuju ke Temerloh, Pahang, dan oleh kerana sudah terlalu mengantuk maka saya parkir kereta saya (sebuah van) di Dungun dekat dengan sebuah masjid.Oleh: Suhaimi Said

Saya tidur di situ sehinggalah terdengar azan Subuh dan saya solat Subuh berjemaah.
Apakah isu yang saya ceramahkan di Chalok Barat? Akan saya ceritakan di halaman lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan