KUALA LUMPUR: Kerajaan dicabar memberi penjelasan berhubung status kewangan Felda apabila agensi itu dikatakan bertindak membuat pinjaman berjumlah RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong berkata, sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan enggan menjelaskan itu itu.
Menurutnya, sekiranya kerajaan enggan menjawab dakwaan tersebut, ia mengesahkan bahawa Felda mengalami masalah kewangan yang teruk.
“Persoalannya, sampai sekarang tak ada jawapan. Berikan penjelasan secara rasmi. Jika tidak, penyusutan simpanan tunai Felda dianggap sebagai benar,” kata nya dalam sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.
Dr Tan berkata, semasa menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi pada 2002, aset Felda berjumlah RM 7 bilion, manakala tunai dalam simpanan sekitar RM4.5 bilion.
“Dengan jumlah sebesar itu, tidak sepatutnya Felda meminjam, bahkan memberi pinjaman,” jelasnya yang bertanggungjawab ke atas agensi itu bagi tempoh 1999 hingga 2004.
Menurutnya, status kewangan Felda menjadi buruk selepas Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri mengambil alih Felda pada 2005.
“Pada 2005 Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri mengambil alih dan Felda semakin hancur di bawah pentadbirannya.
“10 tahun dahulu, Felda mendapat keuntungan berjumlah RM2 bilion setiap tahun. Ditambah aset yang berjumlah RM 20 bilion dan tunai RM 4.5 bilion, ia berjumlah sekitar RM 25 bilion.
Dr Tan menjelaskan, sewaktu bertanggung jawab ke atas Felda, tumpuan perniagaan agensi itu hanya melibatkan pelaburan di bidang perladangan kelapa sawit dan getah.
Tindakan kerajaan yang melabur kepada sektor selainnya dianggap melupakan perniagaan asas Felda.
“Lihat IOI, KL-Kepong dan Tradewind. Mereka kekal dengan perladangan sawit kerana keperluan minyak melalui peningkatan penduduk dunia.
“Tetapi, adakah tindakan Felda ini merupakan model urusniaga yang baik?,” soalnya.
Pada 24 Mei lalu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mendedahkan bahawa Felda membuat pinjaman daripada KWSP sebanyak RM6 bilion.
Ia berdasarkan satu salinan minit mesyuarat di Felda Nitar 2, Mersing yang diperolehinya.
Tindakan tersebut dipersoalkan memandangkan kerajaan sebelum ini menyatakan Felda memiliki kedudukan kewangan yang kukuh.
Kerajaan juga dikecam kerana membenarkan penggunaan dana awam iaitu wang pencarum KWSP bagi menyelamatkan kewangan Felda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan