Khamis, 26 Mei 2011


PM Najib kikis wang FELDA, Rezab wang FELDA tiada

Oleh: mohdnoorawang

"PM Najib Razak mengambil alih FELDA TERUS DIBAWAH KUASA PERDANA MENTERI, wang rezab FELDA dikisis habis dan berlaku ketirisan yang cukup serius. Simpanan rezab wang FELDA kehabisan. Memang cakap Najib dan Ahmad Mazlan sibadot yang jaga felda tidak mengaku dan wang felda masih banyak. Tepat sekali felda bakal dibankrap oleh Najib dan Ahmad Mazlan. Untuk rekod pengerusi Felda ialah TS Isa Samad.

Tahun 2004 rezab yang Felda RM4 Billion. Tahun 2009 rezab yang felda menjadi susut RM1.35 billion.  Tahun 2010 dan tahun 2011 rezab wang Felda dianggarkan sekitar RM200 juta hingga RM500 juta, mungkin kurang dari RM200 juta. 



Pelaburan yang dibuat oleh kumpulan Felda tidak membawa keuntungan jelas. Kesilapan Felda melabur diluar negara dan pembelian berbillion ringgit wang malaysia daripada taikon gula atau raja gula Malaysia.Sepatutnya Felda untung puluhan juta setahun memandangkan harga kelapa sawit dan kenaikan harga gula sehingga 30 sen sekilo. Untuk rekod harga gula dan pembekalan gula yang utama di Malaysia dibawah pentabiran Felda.
Terkini Felda dibawah Najib Razak dikatakan oleh media tempatan meminjam wamg dari KWSP sebanyak RM ENAM BILLION (RM6 BILLION). Jelas dan benar Felda kehabisan wang simpanan rezabnya.
Kemana perginya wang yang berbillion ringgit?. Warga Felda hanya dapat ratusan ringgit seorang menjelang hari rayaa dan waktu penggal pertama buka sekolah atau sesi awal tahun persekolahan.
Diminta Najib Razak dan Ahmad Mazlan yang menjadi badot upahan menyalak seluruh ceruk rantau bumi Malaysia mengambarkan kewangan Felda telus dan tiada ketirisan malah Felda tidak akan bankrap.
Jika benar tidak berlaku penyelewengan dan tidak berlaku salahguna kuasa di felda tatar urus kewangan Felda, kami rakyat Malaysia dan warga Felda yang perihatin meminta Najib dan Ahmad Mazlan membuat audit terbuka dan dibentang dalam sesi parlimen bersidang dengan segera.
Hakikatnya wang rezab Felda sudah susut dan hancur di makan oleh anai anai berkaki dua, bermata dua, bertelinga dua dan dihancur musnahkan oleh dua tangan yang bernama manusia. Siapa dia agaknya.?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan