Selasa, 31 Mei 2011

Soooo... bangang!!


"Tetapi kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Jika kita kekalkan harga rendahdan membiarkannya memberi kesan kepada perbelanjaan persekutuan hanya untuk menggembirakan orang ramai, pada jangka panjang rakyat akan merana dan ini tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan.”

[Lagi di sini]

Malas nak ulas pepanjang. Ulasan pendek jer....

Kenyataan bangang from:
The Greatest Bangang of all Bangangs!!

Pinjam KWSP RM6 bilion: Kerajaan dicabar jelas kewangan Felda

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicabar memberi penjelasan berhubung status kewangan Felda apabila agensi itu dikatakan bertindak membuat pinjaman berjumlah RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong berkata, sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan enggan menjelaskan itu itu.
Menurutnya, sekiranya kerajaan enggan menjawab dakwaan tersebut, ia mengesahkan bahawa Felda mengalami masalah kewangan yang teruk.

“Persoalannya, sampai sekarang tak ada jawapan. Berikan penjelasan secara rasmi. Jika tidak, penyusutan simpanan tunai Felda dianggap sebagai benar,” kata nya dalam sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.
Dr Tan berkata, semasa menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi pada 2002, aset Felda berjumlah RM 7 bilion, manakala tunai dalam simpanan sekitar RM4.5 bilion.
“Dengan jumlah sebesar itu, tidak sepatutnya Felda meminjam, bahkan memberi pinjaman,” jelasnya yang bertanggungjawab ke atas agensi itu bagi tempoh 1999 hingga 2004.
Menurutnya, status kewangan Felda menjadi buruk selepas Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri mengambil alih Felda pada 2005.
“Pada 2005 Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri mengambil alih dan Felda semakin hancur di bawah pentadbirannya.
“10 tahun dahulu, Felda mendapat keuntungan berjumlah RM2 bilion setiap tahun.  Ditambah aset yang berjumlah RM 20 bilion dan tunai RM 4.5 bilion, ia berjumlah sekitar RM 25 bilion.
Dr Tan menjelaskan, sewaktu bertanggung jawab ke atas Felda, tumpuan perniagaan agensi itu hanya melibatkan pelaburan di bidang perladangan kelapa sawit dan getah.
Tindakan kerajaan yang melabur kepada sektor selainnya dianggap melupakan perniagaan asas Felda.
“Lihat IOI, KL-Kepong dan Tradewind. Mereka kekal dengan perladangan sawit kerana keperluan minyak melalui peningkatan penduduk dunia.
“Tetapi, adakah tindakan Felda ini merupakan model urusniaga yang baik?,” soalnya.
Pada 24 Mei lalu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mendedahkan bahawa Felda membuat pinjaman daripada KWSP sebanyak RM6 bilion.
Ia berdasarkan satu salinan minit mesyuarat di Felda Nitar 2, Mersing yang diperolehinya.
Tindakan tersebut dipersoalkan memandangkan kerajaan sebelum ini menyatakan Felda memiliki kedudukan kewangan yang kukuh.
Kerajaan juga dikecam kerana membenarkan penggunaan dana awam iaitu wang pencarum KWSP bagi menyelamatkan kewangan Felda.

PANAS!! Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa bertemu Ketua Hakim Negara baru-baru ini, yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara.

Pertemuan itu tulis sayuti, berlaku selama enam jam dan mempunyai kaitan dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam, yang memutuskan supaya Anwar membela diri dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.

MSO menulis..

Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam

BOHONG dia bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredebiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar. Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebhi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir.

Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesuatu peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri.. mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja.

Bahawa menurut tokoh berusia lebih 70 itu, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamrin telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam.

"Enam jam itu lama sebenarnya, Sayuti," katanya terhangguk-hangguk. "Biasalah kalau perdana menteri hendak ke luar negeri beberapa hari ia akan bertanya beberapa hal mengenai negara kepada ketua-ketua pemerintah dan pentadbir, termasuk ketua hakim negara, ketua polis negara dan juga ketua asar..tetapi enam jam itu lama," sambungnya.

"Apa yang saya diberi tahu oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini," katanya.

Katanya lagi, dalam pertemuan itu Najib ada berbincang atau menerima pandangan ketua hakim negara. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Anwar Ibrahim diminta membela diri atas pertuduhan liwat ke atasnya.

Selain itu katanya, si pemberitahu kepada orang yang memberi tahu tokoh itu, Najib juga turut berbincang mengenai Raja Petra. Dan selebihnya hal-hal lain. Ada kemungkinan perbincangan terhadap Raja Petra untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang ke atas blogger yang kini sudah berpaling tadah menjilat segala ludahnya yang melata di longkang Chow Kit itu.

Kerana 'Datuk T' Najib akan tersungkur?

Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.

Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .
“YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.

“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.

Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak,” tambahnya.

Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.

“Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah,” tambahnya.

Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa “Datuk T” — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.

Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.

Seksyen 295 menyatakan bahawa “sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama” boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.

Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.

“Dua kes itu adalah berlainan,” tambahnya.

Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.

“Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.

“Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah,” katanya.

Isnin, 30 Mei 2011

PASTIKAN KISAH MEREKA INI BERADA DI DALAM SEJARAH NEGARA JIKA PR MEMERINTAH

Pada 21 Mei 2011 yang lalu maka genaplah ulang tahun ke-62 berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Pada hari yang bersejarah ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT senantiasa melindungi para pahlawan serta pejuang bangsa dan tanah air kita yang sudah lanjut usia. Kami juga mengajak semua mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh putera-puteri terbaik tanah air yang telah pergi demi perjuangan kemerdekaan ibu pertiwi – Alfatihah! Rejimen Ke-10 didirikan di Kerdau, Temerloh, Pahang pada 21 Mei 1949. Abdullah C.D (foto)., Pengasas Rejimen Ke-10 telah menulis, antara lain, begini: “Rejimen Ke-10 adalah sebuah tentera anak rakyat yang dari komander hingga ke perajuritnya terdiri dari putera-puteri terpuji bangsa Melayu yang berteraskan anggota PKM, PKMM, PETA, BTM dan lain-lain yang telah diharamkan oleh penjajah British.” Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.

Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO) diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-Undang Darurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah. Justeru itu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan. Dalam tempoh 40 tahun, tidak sedikit para pemimpin dan perajurit Rejimen Ke-10 telah menjadi mangsa tangkapan, penjara, buang negeri bahkan hukuman gantung sampai mati. Antara mereka yang telah mengharumkan nama termasuklah: Kamarulzaman Teh, Mat Amin, Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Manap, Cikgu Taha, Mat Kerinau, Maimun, Asiah, Johan (dari Indonesia), Hidzir, Ali Boyok, Yasin, Jidin, Alias, Bakri, Zahura dan ramai lagi. Mengikut catatan Abdullah C.D.,
seorang bernama Manan (Adnan) dari Kajang merupakan “kawan Melayu pertama yang dihukum gantung, bahkan yang pertama digantung semasa darurat. Lepas beliau digantung, kawan-kawan yang lain juga turut digantung. Kadang-kadang 3 orang, kadang-kadang 6 orang sehari”. Begitulah harga yang terpaksa dibayar – dengan darah dan nyawa – oleh putera-puteri terbaik kita demi kemerdekaan tanah air!


(Foto: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chin Peng. Dari kiri: Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin (Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)

(Foto: Perarakan angkatan tentera yang diadakan di Rejimen Ke-10 TPNM)

Di sini, timbul beberapa pertanyaan: Apakah sumbangan Rejimen Ke-10 dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya? Mengapakah fakta-fakta tentang Rejimen Ke-10 tidak terdapat dalam buku-buku teks sejarah? Apakah penulisan sejarah negara kita telah diputarbelitkan? Siapa yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan sejarah ini, dan mengapa? Justeru itu, bersempena hari yang bersejarah ini, kami ingin menyeru kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebenaran sejarah supaya memikirkan masalah ini.

[Persoalannya sekarang, kenapa sejarah mereka ini dipinggirkan?. Apakah motif yang menyebabkan terjadi begitu sebenarnya. Apa yang mahu dirahsiakan oleh pihak kerajaan hingga sejarah mereka dilupakan begitu sahaja. Apakah dek kerana mahu menunjukkan yang hanya UMNO sahaja yang menuntut kemerdekaan negara?. Rupanya ramai lagi pejuang kemerdekaan yang terus dilupakan untuk tatapan generasi akan datang. Sama-samalah kita fikirkan.

MELAYU MESTI DI PECAH PECAHKAN.




Melayu jenis kaki kencing macam umnoapco mesti di pecah pecahkan..., jenis melayu keparat yang memalukan kaum melayu sendiri, perosak bangsa dan agama kerana perangai masing2 macam Iblis....

woit...MELAYU MESTI DI PECAH PECAHKAN...kah kah kah..

kah kah kah... KERANA ADA MELAYU ENTOT BUDAK KECIK... kah kah kah..

kah kah kah... ADA MELAYU BOM MODEL MONGOLIA.... kah kah kah...

kah kah kah... ADA MELAYU ROGOL AMAH.... kah kah kah...

kah kah kah.... ADA JANDA MELAYU GILA NAK JADI PEMAISURI AGUNG... kah kah kah...

kah kah kah.... ADA MELAYU NAK TUJUK LEBIH ISLAM DARI KAPAL SELAM... kah kah kah...

kah kah kah... ADA MELAYU NAK BUAT KERAJAANGN PETPADUANG... kah kah kah..

kah kah kah... ADA EEE MENGAKU MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah.. ADA MELAYU BELI* IJAZAH... kah kah kah...

kah kah kah... ADA MELAYU KAKI BODEK... kah kah kah..

kah kah kah... ADA MELAYU MENTERI PELAJARAN... TAPI BODOH...kah kah kah..

kah kah kah.... KERANA BODOH JAWATAN MENTERI PELAJARAN DIAMBIL MAK JANDA... kah kah kah..

kah kah kah... KENA PECAH PECAH KAN MELAYU JENIS INI.... akh kah kah

kah kah kah... PECAH DAN HUMBAN KAN MELAYU JENIS INI... kah kah kah


nota:
ada melayu minat gadis 12 tahun tak mungkin tambi tak tahu kah kah kah

tanya isteri tambi mesti dia tahu kah kah kah


TT

Risiko berganda menanti rakyat selepas PRU-13 jika BN terus perintah negara.


KOTA BHARU, 30 Mei: Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang.
Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.
”Ini kerana keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG hanya sebagai taktik memenangi hati rakyat semata-mata.
”Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menafikan tindakan kerajaan tidak menaikkan harga RON95 ada kaitan dengan pilihanraya umum.
Azihan juga berkata, keputusan kerajaan BN menangguhkan kenaikan harga bahan api dan LPG sebagai menandakan pilihanraya imum ke-13 semakin hampir sekarang.
Oleh itu, AMK berhujah kenaikan harga barang pastinya tidak lagi terkawal selepas pilihan raya umum nanti apabila BN masih memiliki kuasa politik.
”Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda kenaikan harga RON95, diesel dan LPG sekarang. BN perlu dihalang daripada terus menindas rakyat,” ujarnya.
Menurutnya juga bebanan kehidupan rakyat semakin berat sekarang berikutan keputusan kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan harian termasuk gula dan memperkenalkan tarif baru elektrik.
”AMK mencabar Perdana Menteri supaya subsidi kepada syarikat besar penjana bebas elektrik (IPP) dimansuhkan bagi membolehkan subsidi itu digunakan untuk rakyat,” katanya.
Sekarang hampir 34 peratus warga pekerja di Malaysia yang berjumlah 4 juta dibayar gaji kurang RM700 sebulan, manakala 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1500 sebulan.
Azihan juga berharap rakyat perlu bersatu-padu berjuang memastikan kuasa yang dimiliki kerajaan BN sekarang tidak lagi disambung hayatnya selepas pilihan raya umum ke-13.
”Rakyatlah yang akan menjadi tuan yang sebenar dalam menentukan situasi negara pada masa depan. Silap percaturan mereka akan menerima padah,” tambahnya.

PRU13: Slogan tawan Putrajaya merimaskan?


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Terbaru, ramai menyebut Julai ini, hanya sekitar dua bulan lagi. Nampak macam begitu tergesa-gesa. Saya sendiri agak payah mencari rasionalnya. Tidak mudah BN menghadapi pilihan raya dalam suasana sekarang. PRU13 adalah hidup-mati buat Najib dan BN.

Juga sama penting kepada Pakatan Rakyat. Pertarungan ini perlu persiapan rapi dari segi taktik, strategi dan logistik. Di samping faktor kekuatan, kecenderungan mengundi juga dipengaruhi oleh "siapa yang paling sedikit melakukan kesilapan"?
Apakah Najib Razak, yang pertama kali bakal memimpin BN dalam pilihan raya paling sengit pernah disaksikan di negara ini, yakin bahawa momentum Mac 2008 sudah dimatikan? Mampukah dia mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menebus maruah di negeri-negeri Pakatan? Sukar dipastikan apakah petunjuk yang dipegang Najib? Selain itu, dan ini di antara yang terpenting buat jentera BN, bagaimana dengan kantung dana politiknya, yang akan digunakan untuk membeli undi nanti?
Umno juga sering dihantui perpecahan dalaman apabila calon-calon pilihan rayanya dipilih. Begitu juga dengan prestasi merudum komponen BN, yang belum dapat dipulihkan lagi, khususnya parti-parti berasaskan kaum Cina. Pakatan wajar meneliti apakah benar amarah pengundi India terhadap BN sudah diubati?
Selain itu, "peperangan" merebut hati pengundi Melayu  tidak seharusnya dibebankan kepada PAS semata-mata. Imej Pakatan di kalangan Melayu -- jika terdapat "gangguan" -- mesti dijernihkan secara bersepadu. Persepsi pengundi jangan diremehkan. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala  pengundi (sebahagiannya nampak seperti mudah ditepis) harus ditangani dan diperbetulkan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, selain membayangkan kemungkinan tarikh PRU13 berlegar di antara hujung Ogos sehingga Oktober, turut menekankan soal "pertarungan sebenar adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu".
"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar apabila diwawancara Malaysiakini.
Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' Anwar daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.
"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.
Lebih merimaskan adalah manipulasi BN terhadap senarai daftar pemilih. Melalui kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pihak polis, komplot terancang menjatuhkan Pakatan terlaksana lebih awal sebelum hari mengundi. Berulang kali Harakah membongkar taktik kotor ini, terutama di Selangor dan dipercayai ia juga mensasarkan Kedah. Kelantan turut dimasukkan dalam agenda.
Soalnya, apakah dengan siri pendedahan itu membuatkan konspirasi ini terbantut, ataupun mereka "hanya memekakkan telinga dan buat bodoh sahaja" serta meneruskan tipu-muslihat tanpa segan-silu? Cukupkah satu dua bantahan dibuat kepada SPR, apatah lagi kos hangus yang terpaksa ditanggung cukup besar?
Atau, apa yang kita harapkan dengan perhimpunan raksasa Bersih, 9 Julai depan? Sejauh mana empat tuntutan asas pilihan raya bersih dan adil itu, yang ditambah dua lagi, akan dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan?
Sebagai warga media, saya lebih terdorong untuk memikir dan merencanakan persiapan terbaik Harakah berdepan kempen PRU13 ini. Selain membekalkan maklumat semasa, menjelaskan kekeliruan, mempamerkan perubahan kerajaan negeri Pakatan atau mendedahkan kebobrokan elit penguasa BN, bagi pembaca tertentu, Harakah harus lebih "beremosi" dan mampu "menginspirasikan" transformasi.
Begitu juga dengan tugas sukar membetulkan persepsi, terutama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung, yang berada di luar wilayah tradisi PAS. Harakah dituntut untuk membongkar komplot jahat BN, memerangi penyakit korupsi yang bertambah kompleks dan sukar dikesan undang-undang, tanpa melupai tawaran formula penyelesaian, mengubati krisis sosial, merawati keluh-kesah kenaikan kos sara hidup dan menguruskan secara berhemah khazanah negara; tentunya tidak sekadar membutirkan kembali dokumen Buku Jingga.
Berbanding PRU Mac 2008, kekerapan Harakah hanya dua kali sebulan. Apabila Parlimen dibubarkan, kami terpaksa menerbitkan akhbar tidak berkala, Kempen dan menambahkan halaman Harakah bagi menampung bahan-bahan yang melimpah, termasuk manifesto dan senarai calon. Peningkatan muka surat bermakna penambahan kos cetak.
Agak beruntung waktu itu, tempoh berkempen agak lama, lebih kurang dua minggu. Kuasa siber juga cukup dominan, terutama YouTube, blog dan laman-laman web, menjadikan pengundi selesa mendapatkan informasi daripada dalam bilik tidur sahaja!
Kini, cabaran terbesar Harakah -- selain mempertingkatkan kandungan dan persembahannya bagi menambat hati pembaca -- jumlah edarannya juga mesti dilipatgandakan sebelum tarikh pilihan raya ditentukan. Alhamdulillah, kekerapannya telah dikembalikan kepada dua kali seminggu. Mungkin target 350,000 naskhah seperti dicatatkan menjelang pilihan raya umum 1999 cukup tinggi untuk digapai, tetapi sekurang-kurangnya setiap pelosok dan ceruk rantau harus ditembusi Harakah.
Berdasarkan respons pembaca dan tinjauan rambang, edaran Harakah masih terbatas. Malah terdapat rungutan bahawa pimpinan dan aktivis PAS sendiri seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Harakah. Lidah rasmi parti itu hanya berkembang atas kehendak pasaran, tidak didokong oleh pelan pemasaran yang lebih agresif. Harus diingat sekatan KDN tetap membelenggunya.
Justeru, ada pihak mencadangkan agar kempen meningkatkan pengedaran Harakah disegerakan. Beberapa syor untuk "memasyarakatkan" Harakah telah dikemukakan, termasuk dalam kolum Wacana Budaya Dinsman, dengan mencari dermawan bagi mengagihkannya secara percuma, selain sokongan terbuka pimpinan tertinggi PAS sendiri. Jika Utusan Malaysia (yang kerap menyiarkan "bahan lucah") itu pun diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah melalui penajaan khas, mengapa Harakah harus bersikap apolegetik.
Sebagai permulaan saya menggagahkan diri mengunjungi pimpinan PAS di peringkat negeri, sekurang-kurangnya mendengar sendiri harapan dan mungkin kekecewaan mereka terhadap Harakah. Berbanding KeADILan dan DAP, tumpuan PAS mungkin lebih difokuskan di peringkat Dun. Berdasarkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya Mac 2008, hampir di semua negeri, PAS diberi kepercayaaan untuk bertanding paling kerusi negeri.
Di samping mengharapkan ada inisiatif segera mempergiatkan rangkaian jualan Harakah, seterusnya memastikan setiap pengundi mendapat maklumat dan penjelasan, sama ada melalui akhbar bercetak atau versi online, kami di bahagian editorial bertekad untuk memastikan satu lagi sejarah baru politik Malaysia bakal terbentuk dalam PRU13, insya-Allah.
Namun begitu, ingatan seorang pembaca Harakah melalui emel kepada saya elok untuk direnung: "Saya kira, Pakatan Rakyat jangan ghairah sangat sebut hendak tawan Putrajaya atau lantang bercakap menambah bilangan negeri untuk dikuasainya, atau terlalu asyik membincangkan hal pilihan raya. Bukan semua rakyat suka dengan teka-teki tarikh PRU13 ini. Mereka lebih prihatin dengan masalah seharian yang bertindan-tindih, dan mahu segera diselesaikan, termasuk di negeri-negeri Pakatan."

Mat Sabu: Memerintah Yang Paling Penting Ialah Amanah


TQ UMporNO : Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan..lagi mahal lagi baik..!!!



Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sebelum ini, Bernama melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

TVSelangor09 30052011 Mat Sabu Semakin Cepat PRU, Semakin Dekat Perubahan


Ahad, 29 Mei 2011

Anwar mahu usaha bela peneroka diteruskan oleh Anak


KERDAU, 29 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha yang dibuat Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang bertungkus-lumus membawa perubahan ke dalam Felda.

"Saya salute dengan Mazlan yang pakar dalam hal generasi kedua Felda ini.

"Yang dicadangkan Universiti Felda dalam buku Jingga ini memang cadangan yang cukup baik," katanya katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.


Tambahnya sudah sampai masanya Felda mempunyai universiti yang diuruskan tenaga mahir dari warga Felda sendiri.

"Tenaga dalaman dari Felda, hartanya tanahnya, tenaga fikirannya, profesornya semua dari Felda  untuk urus sendiri biar bebas merdeka anak Felda," katanya.

Tegas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga, anak muda harus bangkit membawa suara perubahan dalam negara ini dan tidak harus membiarkan Umno BN mendidik mereka menjadi lesu.

"Sudah sampai masanya anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan.

"Orang muda dikaitkan dengan idealisma, cita-cita murni benci dengan penyelewengan, rasuah dan kemungkaran," katanya.

Beliau turut memberi suntikan semangat kepada warga Felda untuk menawan Pahang pada pilihan raya umum akan datang.

Kena susun gerak kerja dari sekarang, cari dan daftarkan ahli.

"Kita kena tawan Pahang. Siapa kata Pahang kubu kuat Umno? Kita boleh tawan Pahang kalau semua buat kerja," katanya.

Selain memansuhkan Felda Plantation, kandungan Buku Jingga juga termasuk mewujudkan Universiti Felda bagi membolehkan anak-anak peneroka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan.

Andai Sultan Melaka memerintah


Menyingkap kembali sejarah saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat dibawah pemerintahan seorang raja yang mulia lagi beriman dan budiman?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?
Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta? Bagaimana pula dengan perbelanjaan lain negara, adakah ia secara berhemah dan bijaksana atau boros membazir tanpa penghujung? Adakah jalan keretapi akan dibina dengan harga berlipat ganda dari biasa ibarat landasan bersalut emas?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah hulubalang dan pahlawan penjaga keamanan akan mempertahankan rakyat atau menangkap lalu dikurung dan dipukul rakyat jelata tanpa sebab dan bicara kerana memelihara kepentingan puak tertentu. Janganlah penjaga aman cepat menahan reman rakyat yang mungkin di’Kugankan’ atau di’Aminulrasyidkan’ atau di’Beng Hockan’ atau di’Sarbanikan’ tanpa saksi, warna kulit, umur dan hayat. Adakah begitu murah dijual janji ikrar sumpah pahlawan untuk beberapa keping emas atau kepingan timah tanda gelaran disemat di dada baju?
Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah rakyat dibiarkan menanggung beban hidup melampau tanpa subsidi hasil khazanah negara yang sememangnya mencukupi jika tidak diboroskan atau dikalihkan untuk projek-projek mewah maha membazir? Harga barang naik termasuk gula melaka tetapi subsidi korporat besar dikurangkan dengan begitu perlahan sehinggakan sang siput dinobatkan juara pertandingan lari merentas desa?
Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah tanah jajahan Pulau Batu Putih, Blok L dan M atau sumber air mentah diserahkan tanpa sebarang suara pahlawan berteriak marah atau keris keramat dihunus berani melainkan di perhimpunan agung para lanun buat tontonan dicermin sendiri?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah tata susila bangsa dan agama yang mencerminkan nilai-nilai murni sejagat menjadi pencorak budaya dan amalan rakyat?
Adakah baginda sanggup melihat martabat qazaf direndahkan dengan hanya lafaz sumpah buat selindung fitnah mengorbankan syariah akibat kerenah tiga sekawan yang buta hukum tetapi celik konspirasi berbayar demi mengaut untung sementara duniawai tetapi mengecap kerugian kekal ukhrawi?
Adakah baginda akan berjuang memperkasakan perlembagaan mensejahterakan rakyat atau berdiam saja apabila lanun politik memperkosakan janji kemerdekaan hak rakyat? Di manakah Sultan Melaka atau pemerintah Melayu yang akan membela rakyat secara jujur?
Itulah dia seribu kemungkinan perjalanan sejarah yang menjadi tanda tanya kerana tidak lama lagi kita rakyat semua dapat membuat pilihan menentukan masa depan negara dan mencorak sejarah kita sendiri yang lebih baik, lebih makmur dan lebih saksama di peti undi, itupun kalau tidak dirompak lanun politik.
Marilah kita belajar dari sejarah untuk mencipta sejarah lebih gemilang kerana sudah tiba masanya kita laksanakan reformasi politik secara berkesan dan menyeluruh.

MALIKUL SEMBAB TAK NGAM DENGAN MAT MONGGOL


Sabtu, 28 Mei 2011

Mat Sabu Kerdau

Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

tenaga nasional and electricity 031208Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDemikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan olehHarakahdaily hari ini.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

azlanHadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

NONE“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).
Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

NONESobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.

Ceramah Anwar Di Kerdau



UMNO KINI `KERA SUMBANG', DAP DAN PAS INGIN DIJADIKAN MANGSA


SAYA ingin mengulas sedikit apa yang diperkatakan oleh Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim diMalaysiakini yang mengulas tentang cabaran Zahid Hamidi agar DAP keluar dari PR. Saya menyokong 110% kenyataan YB Idham Lim tersebut dan beliau menampakkan lebih bijaksana dari seorang Menteri Kabinet Najib iaitu Zahid Hamidi. Jelas pada ketika betapa takutnya Umno kepada pengaruh DAP yang telah mula mengambil alih tugas MCA dan Gerakan di dalam mengambil hati serta sokongan masyarakat Cina. Lebih menakutkan lagi Umno adalah apabila DAP kini lebih terbuka kepada semua kaum termasuk kaum Melayu yang besar kemungkinan ada yang terpilih menjadi calon DAP di dalam PRU ke 13 nanti. Cabaran balas YB Idham Lim yang mencabar Umno agar keluar dari Bn sudah pasti membuatkan Zahid Hamidi terkedu malu.

Umno sebenarnya sudah hilang maruah dan taringnya. Ini jelas apabila Umno dengan kerjasama akhbar pencacai Utusan Meloya sedang berusaha keras untuk mempengaruhi DAP dan PAS agar keluar dari PR. Pada Umno, tentulah lebih elok jika kedua-dua parti ini menyertai Bn, tetapi kerana segan untuk menyuarakan hasrat menjemput kedua-dua parti berkenaan menyertai Umno, maka dicadangkan agar kedua-dua parti tersebut keluar sahaja dari PR. Apa asasnya untuk mereka keluar dari PR? Tiada hujah yang munasabah yang diberikan oleh Zahid.

Lojiknya, tentulah Umno yang patut keluar dari Bn dan kita ada hujah iaitu jelas MCA dan Gerakan tidak lagi `mesra' dengan parti sekular Melayu tersebut. Umno kini boleh dikatakan umpama `kera sumbang' tiada lagi teman yang sudi untuk berkongsi kesusahan. Di masa Umno kuat dan senang, memang ramai yang mahu berkawan kerana mereka berkawan dengan Umno disebabkan ada `sesuatu' yang boleh `mengenyangkan' mereka. Kini, Umno semakin tersepit dan dalam diam-diam Umno cuma boleh bergantung di `helaian bulu ketiak' Perkasa.

Karektor DS Anwar Ibrahim iaitu musuh utama Umno gagal sama sekali untuk dimusnahkan sepertimana `musnah'nya Altantuya dengan C4. Apa jua yang ditampilkan untuk memburukkan imej DS Anwar nampaknya semakin memakan diri Umno. Buktinya, semakin banyak fitnah yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang ini, beliau semakin didekati rakyat hatta kini di tanah rancangan (Felda) sendiri. Di bandar-bandar elit, di mana penduduknya rata-rata berpendidikan, Umno sudah tidak boleh cari makan.

Apabila pemimpin Umno semakin tertekan dan semakin lemah, maka arah pemikiran pemimpin Umno pun sudah tidak stabil lagi. Sebab itu kita lihat berbagai-bagai gelagat aneh yang telah dilakukan oleh mereka disaat-saat akhir nyawa mereka ditampuk kuasa. Krisis kenaikan harga barang serta dasar yang tungang langgang, menunjukkan pemimpin Umno kini sudah hilang arah untuk mentadbir negara.

Umno tiada pilihan lain lagi untuk terus berkuasa, maka sekarang ini kita lihat terlalu banyak jentera kerajaan atau agensi kerajaan yang menjadi pening dengan berbagai karenah dan kehendak pemimpin Umno untuk terus berkuasa. PKR cuba untuk diharamkan, Pejabat Pendaftaran pula tidak cukup mulut untuk menjawab tentang pemberian Kad Pengenalan kepada wara asing. Pihak Polis pula sampai sekarang gagal mendakwa `tokeh' yang menayangkan vedeo lucah, tetapi sibuk bercakap pasal vedeo itu tulin atau tidak.

Rakyat tiada pilihan lagi melainkan mesti berani untuk mencuba kerajaan yang baru. Lihat sahaja negeri-negeri yang telah ditadbir oleh PR, tentulah ada sedikit sebanyak kelemahan tetapi kebaikannya lebih banyak dari kerajaan terdahulu. Jika negeri seperti ini PR boleh tadbir dengan baik tanpa bantuan sewajarnya dari Kerajaan Pusat, sudah tentu jika PR mentadbir Putrajaya kita akan merasai betapa nikmatnya berada di dalam negara tercinta ini.

Anwar: Umno bukan pembela Melayu

Umno kini tidak mampu mengekalkan prinsip-prinsip Melayu seperti yang ditonjolkan pada era Tun Sri Lanang dan juga Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pendeta Za'ba, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu tidak korup seperti pemimpin Umno hari ini yang hanya bersandarkan kepada amalan politik jijik yang menjengkelkan sehingga sanggup menjatuhkan martabat sesama umatnya. 

ceramah Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor, anwar ibrahim"Pejuang-pejuang asal seperti Tun Sri Lanang yang hebat, apa hebatnya? Hebatnya kerana ilmu, prinsip, hebatnya kerana Melayunya tebal mengikut syarak maknanya ikut hukum, jangan rasuah, jangan rompak, jangan hina, jangan aib kaum sendiri, itu dia Tun Sri Lanang.

"Za'ba, pendeta Za'ba, pemikir Melayu, sasterawan ahli bahasa ulung, apa pandangan dia? Bila bicara soal Melayu, miskin apa Melayu? 

“Miskin harta benda tapi dia bimbang yang miskin akhlak, miskin budi pekerti, miskin semangat tewas tak sanggup berjuang menolak sistem penjajah Inggeris," kata Anwar pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.

NONEBeliau merujuk dirinya yang dihujani pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh Umno sejak 13 tahun lalu. Selepas meninggalkan Umno. Anwar mendakwa dirinya dihambat dengan kes liwat I dan II. Paling terbaru ketua pembangkang itu dikaitkan pula dengan video seks yang disebarkan oleh trio Datuk T.

Bukan itu sahaja, malah, katanya yang dipetik TV Selangor, isteri, anak dan cucu beliau juga terkena tempias gelora politik kotor Umno itu.

Pada ceramahnya ini, Anwar turut menyeru supaya semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tun Seri Lanang dan Pendekta Za'ba diteladani oleh pemimpin hari ini.

Katanya, pemimpin Umno hari ini lebih mementingkan isteri dan juga anak-anak serta kroni semata-mata dan membiarkan rakyat terus dihimpit kesusahan akibat sikap tamak haloba mereka.

azlan"Bukan perkayakan keluarga dia, ini orang pimpinan Umno bercakap soal Melayu tapi akhirnya mereka yang kaya-raya, bagi kontrak kat bini dia, bila bagi IPP bagi kat siapa? Kroni-kroni.”

Baru-baru ini kerajaan menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat-suarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Fitnah Pemimpin Umno Hanya Membuka Pekong Diri


PETALING JAYA 21 MEI : Tindakan pemimpin Umno melancarkan serangan peribadi lagi mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bertubi-tubi hanya mendedahkan perwatakan “jelek” diri mereka, kata Ketua Pembangkang itu.
“Pemimpin yang memilih untuk menjurus ke arah taktik lucah pornografi, dan mengaibkan orang, itu sudah semestinya orang yang terdesak. Apa lagi moral orang itu sendiri dipertikai,” kata Anwar.
“Kalau orang itu moralnya baik, (ini tidak akan berlaku.) Belum  pernah kita dengar orang seperti ulama, sanggup dan mampu untuk mengaibkan orang. Orang yang selalu mengaibkan orang itu adalah mereka yang peribadinya jelek,” kata Anwar.
Pemimpin-pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Najib Razak menjadikan isu video lucah Datuk T sebagai modal politik di ceramah-ceramah termasuk semasa pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.
Datuk T merangkumi Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzyl Eskay yang mempunyai kaitan rapat dengan pimpinan Umno. Mereka mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video itu.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan tuduhan itu dan  membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan terhadap Datuk T.
Pada masa sama beliau juga mahukan undang-undang Qazaf digunapakai untuk menangani fitnah yang dibawa oleh Rahim yang juga Pengerusi Felda dan dua rakannya itu.  
Selain mencanang video itu di ceramah-ceramah untuk mengaibkan  Anwar, Umno juga menggunakan taktik-taktik lain termasuk mengitar semula Umni Hafilda untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kesat terhadap Anwar.
Anwar menghabiskan enam tahun dipenjara atas tuduhan liwat yang kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tidak berasas kerana bersandarkan bukti rapuh dan keterangan yang palsu.
Kini mantan Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menghadapi pertuduhan liwat selepas pengadunya Saiful Bukhari Azlan menemui Perdana Menteri Najib Razak secara sulit sebelum membuat dakwaan-dakwaan yang mencurigakan.
Dalam wawancara dengan TvSelangor, Anwar percaya sesebuah kerajaan yang  telus dan adil tidak perlu menggunakan taktik-taktik jijik untuk menumpaskan pembangkang.  
Sekatan dan serangan menggunakan taktik kotor dan lucah yang diamalkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan sebuah sistem pemerintahan yang rosak, pincang dan terdesak, kata beliau.
“Apabila sistem pemerintahan itu zalim atau mengkongkong, maka tindakan akan diambil untuk menyekat kebebasan. Jika sistem itu baik, harga barang tidak meningkat, kehidupan rakyat terbela  maka pemerintah tidak akan gentar. Datanglah idealogi apa sekalipun,  dia(pemerintah) mampu jawab,” kata Anwar.
“Tetapi bila kerosakan terlalu banyak, maka dia terpaksa reka-reka fitnah untuk tutup kelemahan,” Tambah beliau.
Sejarah, menurut Anwar, penuh dengan contoh-contoh diktator yang menjerut hak rakyat demi melebarkan jangka hayat politik  mereka.
Anwar yakin pemerintahan yang menindas rakyat akan mempunyai kesudahan yang sama, tidak kira sama ada di Malaysia atau di negara lain.  
“Tengok masa Hitler di German. Starlin di Rusia, Mubarak di Mesir. Tengok cara dia menekan dan menyekat pembangkang, ulama dan golongan pengkritik. Itu paternnya agak sama. Cara penyekatan dia sama. Saya yakin kerana setelah lebih setengah abad merdeka,  rakyat negara ini tidak boleh dan tidak mudah diperbodohkan,” katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan Barisan Nasional supaya tidak terlampau leka dengan menganggap rakyat akan sentiasa mempercayai segala pembohongan dan fitnah yang disajikan menerusi media arus perdana.
“ Umno, Utusan atau Tv3 anggap orang Melayu bodoh. Tetapi orang Melayu ini mempunyai  budaya besar. Bila orang sebut pasal budaya Melayu selalunya ia berakar kepada agama,” kata Anwar

Konspirasi Dato T


Lagu umprono


Macam betul aje.......


Hadi: PAS bela peneroka dari jadi hamba Felda

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.

Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetapi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Hadi Awang"Namun semua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," katanya dipetikHarakahdailysempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang.

Menurut beliau, peneroka Felda hari ini berhadapan dengan penindasan sama ada secara disedari atau tidak akibat daripada dasar kerajaan BN yang meniagakan keperluan asas rakyat.

Abdul Hadi berkata penubuhan Felda pada asalnya bertujuan memberi tanah kepada rakyat yang miskin dan memerlukan kini bertukar kepada Felda yang berniaga dalam semua urusan.

"Kita menjanjikan pembelaan kepada peneroka Felda dengan mengembalikan hak-hak mereka, ketelusan dan pengurusan ladang, bukan hamba kepada pengurusan Felda selama-lamanya," katanya.

NONEMenurut Abdul Hadi, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan di dalam Buku Jingga untuk menghapuskan Felda Plantation dan dibahagi-bahagikan tanah kepada anak-anak peneroka dan mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.

Pakatan juga katanya, berikrak akan mengembalikan hasrat penubuhan asal Felda.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang turut melancarkan borang permohonan tanah Felda Plantation sempena himpunan itu yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, malam semalam.

6,000 borang habis

Turut menyampaikan ceramah ialah naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman dan Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman.

NONEBercakap pada sidang media selepas majlis ceramah, beliau berkata PAS melalui Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah akan memberi perhatian khusus berhubung dengan tanah yang melibatkan peneroka Felda.

"PAS memberi kesedaran dan kefahaman kepada mereka untuk menyelamatkan mereka dari segi politik dan pengurusan. Dari segi politik, mereka hendaklah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Mazlan pula memberitahu sebanyak 6,000 borang permohonan tanah yang diedarkan pada malam tadi hampir habis diambil dan diisi oleh warga Felda yang hadir pada majlis itu.

NONE"Borang 6,000 hampir habis pada malam ini, ini mencapai sasaran kita," ujarnya.

Jelasnya, PAS menerusi lajnah yang dipengerusikan beliau akan melancarkan borang itu di peringkat negeri-negeri dengan menawarkan kepada lebih 100,000 mereka yang layak memohonnya.
PAS parti berani

Sementara itu, mengulas pemilihan pucuk pimpinan utama parti itu yang akan diadakan pada muktamar tahunan PAS ke-57 minggu depan, Abdul Hadi berkata tindakan berkenaan membuktikan keberanian parti Islam tersebut.

Ini, katanya kerana PAS tidak gusar akan berlaku perpecahan di kalangan parti meskipun pemilihan diadakan dalam tempoh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa.

NONEMenurut Abdul Hadi, ini berbeza dengan tindakan beberapa parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan pilihan raya.

"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," katanya.

Abdul Hadi yang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PAS bagi sesi 2011-2013 menyatakan demikian ketika diminta mengulas jumlah calon yang ramai bertanding.

Kata beliau perkembangan itu menunjukkan wujudnya demokrasi di dalam PAS.

Jelasnya, PAS memberi hak kepada calon untuk bertanding dan perwakilan untuk membuat pilihan.

azlanBaginya, pemilihan pucuk pimpinan di dalam PAS tidak mendatangkan masalah kerana ia mempunyai kawalan moral.

Mengenai kemungkinan pilihan raya umum ke-13 diadakan secara mengejut, beliau berkata ia adalah urusan BN.

Namun, katanya amalan pilihan raya di negara ini adalah luar biasa berbanding dengan negara maju.

Menurutnya, rakyat di negara-negara maju yang melaksanakan proses demokrasi mengetahui tarikh pilihan raya akan diadakan tiga atau empat tahun sebelum itu.