Jumaat, 13 Januari 2012

Saya nampak Raja Petra dan Hasan Ali sama ja


Allah Maha Menyaksikan, saya bukan peminat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tapi kawan saya hantaq mesej: Mengapa 3 juta orang Umno gagal menamatkan (fail to finish off) hanya seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim?

Saya jawab: Tu dulu, Bro. La ni depa dah ada Raja Petra.

Bila minum dengan dia pulak, kawan saya tu kata, Umno tak malu sungguh sampai sanggup gunakan Raja Petra Kamarudin.

Saya kata, "Walaupun aku tak akan mempersoalkan langsung (motif dia), tetapi aku sikit pun tak akan glorify Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali).

"Umno mana ada maruah. Raja Petra pun depa kuda semacam ja".

Memang, mungkin saya quote kata-kata dia selain menyiarkan berita dia debik Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, tapi sikit pun saya tak glorify Cik Gu Pa dalam usaha menyedarkan rakyat yang benci Umno tentang Dr Hasan.

Lepas tu kami pakat-pakat gelak bila kawan saya kata, kalaulah Pakatan Rakyat (PR) menang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, Raja Petra mungkin kata, apa yang dia buat sekarang adalah part of the strategy untuk menghasilkan kemenangan tersebut.

Berdekah-dekah kami gelak. Tapi kami percaya, Raja Petra ada thick skin untuk buat semua tu. Saya teringat kat kampung saya masa kecik-kecik dulu - kalau orang muka tak malu kami akan kata "muka dia dan tampai (tampal) kulit babi".

Kalau tak silap, rasanya saya ada beritahu kawan saya tu bahawa saya tidak melihat sebarang perbezaan antara Dr Hassan dan Raja Petra.

Kepada yang sudi berkongsi pandangan, izinkan saya berpesan, sebelum pilihan raya umum akan datang, jika anda melihat Umno adalah mudharat dan bahaya terbesar dalam negara ini, tahanlah dulu keinginan nak debik musuh-musuh Umno. Sabaq la sat. Lepas pilihan raya kita kira lain la pulak.

Sebelum pilihan raya umum akan datang, kita tumpu lawan Umno serta mereka yang bersyubhat dengan parti itu sama ada dalam terang atau dalam gelap, sama ada secara terbuka atau tersembunyi, proud accomplice atau nervous accomplice. Saya petik semula doa saya yang pernah saya siarkan sebelum ini:
Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad. Di pagi Jumaat ini, saya memohon Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada semua yang menentang kezaliman Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap.

Saya juga memohon Allah menimpakan kekalahan kepada semua yang mendokong Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap, wittingly or unwittingly.

Saya juga memohon Allah menyelamatkan saya dan orang-orang Islam dari bersikap 'asabiyyah dan mentaqdis para pemimpin mereka sehingga asalkan pemimpin mereka yang cakap atau buat, semuanya betul dan kebenaran tidak lagi menjadi perkiraan.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan