Sabtu, 14 Januari 2012

Mat Sabu BN Takut Bebaskan Media


ORANG JAHAT JANGAN BERI PELUANG








PAKATAN AKAN BATALKAN PENYENARIAN FELDA GLOBAL SEBAIK TAWAN PUTRAJAYA
 – minsider

ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan penyenaraian kontroversi Felda Global Ventures Holdings (FGVH) jika mereka menguasai persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ketua biro PKR Felda and Orang Asal Suhaimi Said memberitahu konvensyen PR di sini penyenaraian tersebut bertentangan dengan semangat asal skim pembangunan tanah persekutuan Felda yang bermaksud peneroka-peneroka tidak lagi akan mempunyai tanah mereka.

“(Felda) yang dibangunkan atas kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham,” tambahnya.

FGVH, bahagian komersial Felda, dijadualkan untuk disenaraikan kepada umum pada pertengahan tahun ini sebagai entiti perladangan dunia yang terbesar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian tersebut dalam ucapan Bajet 2012 tahun lepas.

Tetapi cadangan telah ditentang pembangkang daripada Persatuan Anak-anak peneroka Felda (Anak), yang mendakwa penyenaraian tersebut merupakan penipuan terhadap 200,000 peneroka Felda di seluruh negara.

Di bawah cadangan penyenaraian itu, peneroka-peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka dalam Felda Holdings — yang memperoleh keuntungan sebanyak RM760 juta tahun lepas — kepada kepentingan 61 peratus dalam FGVH, yang menyaksikan subsidiar antarabangsanya itu kerugian RM500 juta sehingga 2010.

KAH KAH KAH
KAH AKH KAH
KAH KAH KAH

woit.... INI DASAR YANG TEPAT.... kah kah kah,...

kah kah kah..BUKAN PERJANJIAN FELDA SAHAJA YANG WAJIB DI MANSUHKAN ...kah kah kah..

kah kah kah... BANYAK LAGI .... SILA LIHAT SENARAI.... kah kah kah..



WAJIB DI BATAL:

1 – batalkan rompakan tanah lapangan terbang tudm - sungai besi
2 - batalkan rompakan tanah hospital kusta - sungai buluh
3 – batalkan rompakan tanah rri - sungai bulu
4 – batalkan projek bangunan 100 tingkat di stadium merdeka
5 – batalkan projek mrt
6 - batalkan rompakan tanah jalan cochrane dan jalan peel
7 – rampas semua harta projek lembu di gemas


NOTA:
jika 7 projek ini dibatalkan
maka pakatan rakyat akan selamat
kerana projek projek ini dibuat khusus untuk kroni
para kroni ini kemudian akan
memberi dana kepada gerombolan

bila projek ini dibatalkan
kroni akan lingkup
dan gerombolan akan kering duit

bila gerombolan kering duit
maka mereka akan gaduh sesama sendiri
ini yang kita mahu kah kah kah




Anwar cabar Najib debat lagi....


ALOR SETAR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi cabarannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya.


Beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan Barisan Nasional serta Pakatan Rakyat (PR).

Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan liwat Isnin lalu.

"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali.

"Najib kena pastikan media Malaysia tidak menjadi seperti media di Mesir pada zaman Hosni Mubarak dengan memberi ruang yang cukup kepada pembangkang.

"Kerajaan juga mesti memastikan institusi pemerintahan seperti badan kehakiman, badan penguatkuasaan, polis, pecegahan rasuah dan jentera kerajaan lain telus dan profesional ketika menjalankan tugas," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum PR mempelawa Najib berdebat dengan beliau Oktober lalu.

SATU GERAKAN RAKYAT

Tinggi Kinabalu, tinggi lagi harapan Hasan !!!



PADA DIRI DR HASAN ALI SEMUANYA KELIHATAN TINGGI,!!….

BAHASA DAN TUTURKATANYA TINGGI,
HUJJAH DAN PEMAHAMANNYA TINGGI
GAYA DAN PENAMPILANNYA JUGA TINGGI
JIWA DAN PEMIKIRANNYA TINGGI,

HARAPAN DAN CITA-CITANYA JUGA AMAT TINGGI,….. TERMASUK MEMPERJUANGKAN ISLAM,.. LEBIH-LEBIH LAGI  TENTANG AKIDAH !!,  YA, AKIDAH UMAT ISLAM,.. SEPERTI YANG DISEBUT-SEBUTNYA BARU-BARU INI.  KONONNYA ORANG LAIN TAK PEDULI, MELAINKAN DIA SEORANG YANG AMBIL PEDULI  TENTANG AKIDAH !!  PAS JUGA TIDAK PEDULI KERANA SIBUK DENGAN NEGARA KEBAJIKAN,… katanya.       (Dia juga dalam senyap-senyap menentang Negara kebajikan PAS kerana citarasa Negara Islamnya  jauh lebih tinggi)

BERCAKAP BAB TINGGI  ATAU KETINGGIAN YANG ADA DALAM DIRI HASAN ALI INI,  RUPA-RUPANYA IA HANYA KOSMETIK.  BUNGA YANG DISANGKA CANTIK RUPA-RUPANYA BUNGA TAIK AYAM !!! (maaf, saya tak pasti bunga taik ayam busuk ke tidak?)  KETINGGIAN DAN KEHEBATAN HASAN ALI   HANYA NAMPAK PADA ZAHIR,  KERANA APA?

KERANA HARI INI KITA DIKEJUTKAN OLEH BEBERAPA KENYATAANNYA YANG SANGAT LUAR BIASA!  SANGAT BERTENTANGAN DENGAN ARUS PERJUANGAN PARTINYA,  IA SUDAH TERBALIK 180 DARJAH !!

SELEPAS KITA DITERJAH RASA PELIK LAGI  HAIRAN,…… MAKA INILAH PERSOALAN YANG BERMAIN DI KEPALA KITA,…   “KENAPA HASAN ALI YANG KITA KENAL KUAT PEGANGAN ISLAMNYA  SANGGUP MENUDUH  DS ANWAR IBRAHIM YANG SEBANGSA DENGANNYA SEBAGAI MANUSIA YANG KOTOR? (merujuk kes video seks dan Liwat ) WALHAL SEGALA TUDUHAN TERHADAP ANWAR ADALAH FITNAH DAN PALSU !! DAN MAHKAMAH BELUM LAGI MEMBUAT KEPUTUSAN ATAU MENJATUH HUKUM !!! ?
Mungkin dia mahu menggunakan ketinggian firasatnya sebelum hakim membuat keputusan !!

SEHARI SELEPAS HASAN MEMBUAT TUDUHAN MEMBURUK-BURUKKAN ANWAR DENGAN KES LIWAT,  BESUKNYA  MAHKAMAH  MENGISTIHARKAN  ANWAR TIDAK BERSALAH !  ANWAR DIBEBAS DAN DILEPASKAN !!  SEKARANG APA MACAM ?  DR. HASAN TAK MALU KE?,  DIMANA NAK SOROK MUKA ?

WAHAI DR HASAN ALI YANG SEBELUM INI SAYA KAGUMI  !! SEKARANG TIDAK LAGI !  TOLONG KOMEN PANJANG LEBAR TENTANG KEPUTUSAN HAKIM.  APAKAH ANDA BERANI BERKATA HAKIM TELAH BUAT SILAP?  Atau ANDA SEKEPALA DENGAN ORANG UMNO YANG MENGATAKAN ANWAR KAKI LIWAT ??
Apa-apa pun anda berpeluang sekali lagi menggunakan firasat anda apabila  Saiful pelakun tersohor drama LIWAT 2  mahu membawa kesnya kemahkamah Rayuan !

Sebab Apa Najib Tak Berani Buat PRU-13 Pada Mac Ini ?


Takut jadi PM terakhir dari Umno !

Ramai yang dok sibuk buat ramalan yang Najib akan panggil PRU-13 pada bulan March 2012 ini. Tapi aku rasa susah sikit nak ambil percaya ramalan ini atas beberapa faktor di bawah:

  1. Raya Cina nak mai hujung bulan Januari ni. Baru sangat habis cuti sekolah dah mai pulak cuti raya cina. Aku rasa keadaan kelam kambut macam tu BN tak sempat buat persediaan. Maklumlah BN kan harap 90% jentara pilihanraya dia daripada pegawai-pegawai kerajaan, puak-puak ni makan gaji mana depa nak kerja masa cuti...depalah yang tak sempat buat persiapan.
  2. Masalah dalam UMNO masih berserabut. Najib umum nak bubuh calon winnable. Depa nak pastikan semua calon depa boleh menang. Maknanya ramai deng-geng veteran kena lepas kerusi depa bagi kat geng yang lebih muda dan lebih digemari oleh penyokong depa. Kononnya nak buat transformasi. Tapi masalahnya majoriti puak-puak veteren ni tak mau lepas kerusi depa, mampuihpun takpa janji jangan senang-senang nak terajang depa. Yang jadi dilemannya adalah Najib. Macam mana nak selesai benda ni dalam masa terdekat.
  3. Najib juga nak terajang keluar sebahagian daripada pemegang kerusi menteri besar yang dok ada sekarng ni atas nama transformasi. Tapi akar umbi terutamanya penyokong MB yang ada mana mau kasi lepas. Nak pujuk puak-puak ni makan masa, mana nak sempat buat sebelum March.
  4. Isu panas rasuah, kronisme, nepotisme dan lain-lain yang buat Najib atau BN atau lebih tepat lagi Umno masih tak berkesudahan. Contohnya isu Lembu Shahrizat masih berkeliaran makan rumput serta anak pokok orang kampung. Orang UMNO sendiri dah naik lemas dengan skandal macam tu. Selagi isu ni tak selesai kalau Najib bubarkan parlimen alamat dia sengaja cari mampuih. Mana nak sempat bersih semua tu sebelum March.
  5. Sabah dan Sarawak yang jadi simpanan tetap kemenangan BN banyak hadapi masalah. Umno tak dapat selesaikan semua masalah tersebut sebelum March ni. Kalau depa tak ambil pot dengan Sabah dan Sarawak, alamat Putrajaya boleh kat PR.
  6. Pakatan Rakyat semakin lama semakin kuat. Mereka sekarang ni aku rasa dalam keadaan yang paling kuat sepanjang sejarah Pakatan Rakyat. Ramai puak-puak bermasalah telah kena tendang atau lari keluaq parti. Last sekali Hasan Ali kena terajang baru-baru ini. Tak ada apa yang boleh halang PR untuk maju ke depan sekarang ini, ini menakutkan lagi BN.
  7. Najib baik sikit saja daripada Pak Lah, tapi dalam masa yang sama dia memang jenis yang terlalu berhati-hati mungkin lebih teruk daripada Pak Lah, maklumlah dia tertekan takut jadi PM yang terakhir daripada Umno. Dalam keadaan macam tu tobat dia tak berani buat keputusan bubar Parlimen dan adakan PRU-13 March ni.
Rancangan Umno terakhir dalam keadaan terdesak adalah dengan membuat rayuan terhadap kes tutuh pungkoq Anwar Ibrahim. Depa kena pastikan Anwar terbelenggu dengan kes macam tu supaya dia tak boleh fokus PRU kalau Najib terpaksa juga membubarkan parlimen. Tinggal itu saja peluang depa nak cuba menang jugak.

Jumaat, 13 Januari 2012

Saya nampak Raja Petra dan Hasan Ali sama ja


Allah Maha Menyaksikan, saya bukan peminat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tapi kawan saya hantaq mesej: Mengapa 3 juta orang Umno gagal menamatkan (fail to finish off) hanya seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim?

Saya jawab: Tu dulu, Bro. La ni depa dah ada Raja Petra.

Bila minum dengan dia pulak, kawan saya tu kata, Umno tak malu sungguh sampai sanggup gunakan Raja Petra Kamarudin.

Saya kata, "Walaupun aku tak akan mempersoalkan langsung (motif dia), tetapi aku sikit pun tak akan glorify Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali).

"Umno mana ada maruah. Raja Petra pun depa kuda semacam ja".

Memang, mungkin saya quote kata-kata dia selain menyiarkan berita dia debik Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, tapi sikit pun saya tak glorify Cik Gu Pa dalam usaha menyedarkan rakyat yang benci Umno tentang Dr Hasan.

Lepas tu kami pakat-pakat gelak bila kawan saya kata, kalaulah Pakatan Rakyat (PR) menang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, Raja Petra mungkin kata, apa yang dia buat sekarang adalah part of the strategy untuk menghasilkan kemenangan tersebut.

Berdekah-dekah kami gelak. Tapi kami percaya, Raja Petra ada thick skin untuk buat semua tu. Saya teringat kat kampung saya masa kecik-kecik dulu - kalau orang muka tak malu kami akan kata "muka dia dan tampai (tampal) kulit babi".

Kalau tak silap, rasanya saya ada beritahu kawan saya tu bahawa saya tidak melihat sebarang perbezaan antara Dr Hassan dan Raja Petra.

Kepada yang sudi berkongsi pandangan, izinkan saya berpesan, sebelum pilihan raya umum akan datang, jika anda melihat Umno adalah mudharat dan bahaya terbesar dalam negara ini, tahanlah dulu keinginan nak debik musuh-musuh Umno. Sabaq la sat. Lepas pilihan raya kita kira lain la pulak.

Sebelum pilihan raya umum akan datang, kita tumpu lawan Umno serta mereka yang bersyubhat dengan parti itu sama ada dalam terang atau dalam gelap, sama ada secara terbuka atau tersembunyi, proud accomplice atau nervous accomplice. Saya petik semula doa saya yang pernah saya siarkan sebelum ini:
Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad. Di pagi Jumaat ini, saya memohon Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada semua yang menentang kezaliman Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap.

Saya juga memohon Allah menimpakan kekalahan kepada semua yang mendokong Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap, wittingly or unwittingly.

Saya juga memohon Allah menyelamatkan saya dan orang-orang Islam dari bersikap 'asabiyyah dan mentaqdis para pemimpin mereka sehingga asalkan pemimpin mereka yang cakap atau buat, semuanya betul dan kebenaran tidak lagi menjadi perkiraan.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.