Isnin, 13 Jun 2011

Perhimpunan BERSIH, kita alu-alukan kumpulan Raja Katak

"
SELAMAT datang kita ucapkan kepada PERKASA di bawah `Panglima Perang Salib' nya iaitu Ibrahim Alkataki ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Bukan sahaja PERKASA, malahan sesiapa pun boleh datang berhimpun asalkan menjaga keamanan dan ketenteraman awam, itu pokoknya.

Jika PERKASA berhajat untuk datang bagi mencetuskan provokasi, lebih baik lupakan sahaja niat buruk itu. Jika sekadar hadir untuk mengangkat sepanduk yang tertera `KAMI MENYOKONG PENGUNDI HANTU DAN UNDI POS' itu lebih baik daripada puak-puak PERKASA melompat-lompat macam `katak' walaupun pemimpin mereka dikenali sebagai `raja katak'. Baca sini.


Helah PERKASA yang menyebut akan turut serta berhimpun tidak lain tidak bukan hanyalah satu taktik agar pihak berkuasa melarang perhimpunan BERSIH yang telah dirancang. Atas alasan, jika PERKASA berhimpun akan berlaku provokasi dan berlaku pergaduhan. Ertinya, jika PERKASA tidak hadir perhimpunan berjalan dengan aman dan teratur. Maka, apa pihak berkuasa perlu buat? Jika mereka bijak, sudah tentu sekumpulan yang datang ke program orang lain perlu dihalang. Demontrasi PERKASA yang diadakan serentak diseluruh negeri meminta DNA Anwar dahulu pun kita tidak ganggu. Mengapa mereka ingin menganggu program kita?

Terserlah sekarang bahawa PERKASA adalah alat Umno. Kita tidak harus peduli dengan ugutan PERKASA yang sentiasa berhati busuk itu. Adakah kerana ingin mengikut kehendak PERKASA yang tidak berapa kerat ahlinya itu, kita sanggup mengecewakan majoriti rakyat yang mahukan negara ini melaksanakan sistem, pilihanraya yang adil? Alasan PERKASA kununnya akan berlaku pecah bangunan, bakar kereta dan sebagainya adalah alasan dari mereka yang tidak bertamaddun. Perhimpunan sebelum ini berlakukah seperti itu? Berapa biji kereta dibakar? Yang ada cuma air dari Water Canon.

Kesimpulannya, pedulikan PERKASA beserta dengan `katak-katak'nya./wfauzdin.blogspot.com"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan