Selasa, 28 Jun 2011

Saya tak ‘harap’ duit mereka- Johari Abdul


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengulangi ketegasannya bahawa beliau tidak pernah meminta wang daripada  Trio Datuk T, yang menayangkan rakaman video seks mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebuah blog pro Umno- Papagomo hari ini menyiarkan klip video ketika Johari dipertontonkan video seks itu di Hotel Carcosa Seri Negara, Mac lalu.
Blog itu mendakwa Johari meminta wang RM100 ribu sebagai wang pelincir dan RM1 juta lagi bagi setiap ahli parlimen yang berjaya dipujuknya menonton video berkenaan.
Namun rakaman itu tidak menunjukkan Johari berbuat demikian sebaliknya  hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video tersebut dengan tiga individu iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim.

“Kalau saya betul nak minta Rahim, saya mintak RM100 juta bukan RM1juta. Amatlah bodoh kalau saya nak mintak duit daripada mereka. Saya tak hadap duit mereka,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Sebaliknya kata Johari,  Rahim Tamby Chik ada menawarkannya untuk menyertai Umno, namun beliau menolaknya.
“Rahim pernah offer, masuk balik UMNO tapi saya tak nak sebab saya tahu semuanya menipu.
“(Dakwaan) Itu semua pembohongan, kenapa sekarang baru nak bangkitkan? Banyak sidang media yang telah saya buat untuk menafikan lelaki dalam video itu adalah anwar,” tegasnya.
Ketika ditanya mengapa beliau kelihatan ketawa sepanjang klip rakaman selama 2 minit itu, Johari berkata, ia kerana beliau yakin individu dalam video seks yang ditunjukkan bukan Anwar.
“Saya gelak tak semestinya kata itu Anwar. Tak kan saya nak bertumbuk dengan mereka sewaktu tengok video tu? Memanglah saya gelak kalau dah tengok video 23 minit orang bertelanjang,” katanya berseloroh.
Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang dibawa menonton video seks berkenaan pada 21 Mac lalu oleh trio berkenaan, namun menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video itu adalah Anwar.
Pada 24 Mac, beliau menafikan  meminta sogokan wang untuk melompat parti dan mengkhianati perjuangan KEADILAN seperti dakwaan salah seorang dalang video seks berkenaan, Shazryl Eskay.
Katanya, beliau langsung tidak pernah membincangkan soal wang sewaktu menonton video itu kerana maklum kemungkinan diperangkap dengan alat perakam dalam bilik hotel berkenaan.

Isnin, 27 Jun 2011

Polis Tengok Aje : Pemuda UMNO ugut bakar ibu pejabat jika PKR tetap sertai BERSIH 2.0


Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Noor Adam, AJK Pemuda UMNO, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.
Kira-kira 100 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11 malam tadi.  Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.
Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tadi.

EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Elizabeth Wong (gambar kiri) berkata Pemuda UMNO yang berada di situ mencemuh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan, menurut anggota PKR yang berada di situ, malah mereka mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR seandainya PKR tetap menyertai BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat, tapi PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.

Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai. Lokman Adam, bekas tahanan ISA yang melompat dari Parti Keadilan ke UMNO.

Khamis, 23 Jun 2011

Isa Samad: Pinjam duit KWSP satu 'penghormatan'..kalau pinjam bini hang satu penghormatan juga ka..!!!!



Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.
Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.
Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.
"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?
"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.
Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut.
FeldaDalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta.
Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.
Pernah rugi
Sementara itu, ditanya sekiranya beliau menyentuh mengenai kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa secara ringkas berkata beliau hanya menyentuh mengenai kerugian itu secara umum.
"(Felda) pernah juga rugi pada awal-awal, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kerugian itu supaya jadi baik," katanya lagi.
Dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa turut meminta wakil peneroka ke AGM berkenaan supaya "bersyukur" dan "tidak terpedaya" dengan golongan tertentu yang didakwa terus "mencucuk" masyarakat peneroka berhubung kerugian yang dialami Felda.
NONE"Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar.
"Ada orang mencucuk masyarakat Felda, tapi apa nak buat memang ada orang macam itu," katanya lagi yang dipercayai merujuk kepada tindakan berterusan oleh kumpulan peneroka yang memfailkan saman ke atas Felda.

Jumaat, 17 Jun 2011

UMNO sedang berada di puncak KETAKUTAN


Puas Umno melalui semua media mereka menjolok PAS berhubung isu negara Islam, namun tiada seorang pun pemimpin PAS dari atas hingga ke bawah yang melatah. Umno benar-benar kebingungan.

Tindakan PAS mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57 tidak membawa sebarang perubahan terhadap dasar parti. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang eksklusif antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi.

Negara berkebajikan adalah intipati negara Islam tetapi rakyat lebih mudah mentafsir negara berkebajikan dari mereka mentafsir mengenai negara Islam. Rakyat bebas memberi apa sahaja maksud mengenai negara berkebajikan kerana maksud ‘kebajikan’ tiada yang negatif. Sedangkan negara Islam, sekalipun Islam itu mulia tetapi tafsiran mengenainya bermacam-macam.

Dengan manipulasi oleh pihak Barat, dibantu oleh momokan jahat jentera propaganda BN dalam negara, istilah negara Islam menjadi fobia kepada sesetengah pihak. Hudud misalnya cuma satu aspek dalam negara Islam yang mewakili tidak sampai satu peratus dari keseluruhan Islam yang syumul tetapi hudud dimomokkan oleh jentera propaganda BN sebagai tunggak utama negara Islam yang mesti ditakuti terutama oleh bukan Islam.

BN menguasai media, justeru mereka boleh meyakinkan rakyat bahawa ‘ubat makjun itu taik kambing dan taik kambing itu sebagai makjun’. Ini dilakukan BN sudah separuh abad dalam negara yang majoriti rakyatnya Melayu Islam, tetapi keyakinan yang kental terhadap Islam tidak menjadi suara majoriti di kalangan Melayu Islam.

Isu PAS menolak negara Islam bukanlah baru. Pada pilihanraya umum 1990 sewaktu PAS bertahalluf dengan Parti Melayu Semangat 46, PAS menggunakan frasa ‘menjadikan Islam sebagai addin’ dalam manifesto Angkatan Perpaduan Ummah. Wartawan menjolok Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Subky Latiff mengapa dalam manifesto tidak disebut istilah negara Islam?

Subky menjelaskan bahawa sejak sekian lama pun, istilah negara Islam tidak pernah disebut dalam manifesto PAS. Besoknya semua media melaporkan bahawa PAS telah menggugurkan matlamat menegakkan negara Islam. Jika isu negara Islam dimainkan semula hari ini, maka ianya cuma ulang tayang filem lama untuk generasi baru. Bezanya dahulu filem hitam putih, sekarang warna.

Bezanya juga sekarang para pemimpin serta ahli-ahli PAS matang dan tidak melatah. 20 tahun lalu terdapat juga segelintir yang melatah sehingga mewujudkan kumpulan Islah. Peliknya sebahagian anggota Islah yang tertipu dengan manipulasi Umno itu akhirnya berada atas pentas UMNO menyerang PAS, walhal Umno bukan setakat pada istilah, dalam angan-angan pun hasrat untuk Islam didaulatkan.

Sekarang apabila konsep negara berkebajikan difokuskan oleh PAS, ia mendapat sokongan dari kalangan ulamak non partisan, NGO hinggalah masyarakat bukan Melayu. Semua maklum bahawa pengundi bukan Melayu berpihak kepada pembangkang atau Pakatan Rakyat bermula Mac 2008. Tetapi episod demi episod ledakan perkauman yang berlaku dalam negara, sama ada oleh Umno atau rakan kongsi mereka Perkasa, sekonyong-konyong muncul pula penegasan PAS terhadap negara berkebajikan, maka sokongan bukan Melayu menjadi bertambah-tambah. Ada yang menganggarkan sudah melebihi 70 peratus berbanding sekitar 60 peratus pada PRU ke 12.

Umno berhempas pulas mengacah PAS, melakukan provokasi kononnya PAS sudah meninggalkan perjuangan Islam demi mengikut telunjuk DAP tetapi yang termakan dakyah Umno itu hanyalah penganut Umno yang tanpa manipulasi isu negara Islam pun mereka tidak pernah mengundi PAS selama ini. Pemimpin PAS sedar, tujuan provokasi itu ialah supaya PAS mengeluarkan kenyataan yang boleh menjarakkan sokongan bukan Melayu.

Jika Umno benar-benar ikhlas untuk menegakkan negara Islam mengapa mereka tidak lakukan sekarang, sewaktu mereka di persada kuasa? Mengapa sibuk mencanang kononnya PAS tidak mahu buat, sedangkan mereka juga tidak buat? Dalam waktu yang sama Umno memberitahu bahawa mereka sendiri sudah pun mewujudkan negara Islam. Habis, kalau Umno dah tegakkan negara Islam nak tunggu PAS buat apa lagi? Umno kelu untuk menjawab. Semua serangan kembali membelit leher mereka.

Di saat Umno tenggelam punca menghadapi kebangkitan imej PAS, imej Anwar gagal dilenyapkan. Mereka melakukan apa sahaja, menayangkan video lucah kepada tok-tok imam, mengedarkan video lucah kepada kanak-kanak dan menggunakan cawangan Khas untuk memusnahkan imej Anwar dalam ceramah terbuka tetapi hasilnya setiap ceramah Anwar didatangi lautan manusia.

Himpunan 300 ribu rakyat untuk Bersih 2.0 jika berjaya diadakan menepati sasaran akan meletakkan Najib berada pada kedudukan Hosni Mubarak. Ia bukan mustahil. Kebangkitan rakyat akan berlarutan dan diterjemahkan hingga ke peti undi. Segala kekayaan mereka serta kroni akan runtuh dalam sekelip mata. Rakyat akan berpusu-pusu ke mahligai Perdana Menteri di Putrajaya untuk membilang beg tangan berjenama milik Rosmah Mansor. Igauan seperti ini membuatkan UMNO sekarang sedang berada di puncak ketakutan.

Secara kebetulan sewaktu PAS memberi penekanan terhadap negara berkebajikan, Parti Kebajikan (AK) di Turki mencatat kemenangan paling besar sepanjang tiga penggal pilihanraya. Pemimpin AK ialah Reccep Taib Erdogan yang namanya dijadikan simbol kumpulan Erdogan (kononnya) yang menguasai PAS sekarang. Semuanya memberi imej positif terhadap PAS.

Bila sampai masa Umno akan tumbang, segala yang mereka buat serba tak kena termasuk tuduhan buruk yang dicipta untuk pihak lain pun akan jadi positif.

Talam dua muka: Satu Malaysia, Dua UMNO


Desas-desus bahawa PRU-13 bakal diadakan pada pertengahan tahun ini agak kencang sebelum ini.  Tetapi, susulan daripada kenaikan harga minyak, gula, elektrik dan sebagainya, kemungkinan ini semakin menipis.  Ada yang mengatakan bahawa Najib dan Muhyiddin berbeza pandangan dalam hal ini - Muhyiddin berharap PRU diadakan secepat mungkin, Najib pula mahu menanti peluang dan masa yang lebih baik.
Hujah ini ada asasnya yang objektif pada tahap tertentu.  Sokongan pengundi Cina belum kembali ke BN, malah sokongan bumiputera bukan Islam di Malaysia Timur terhadap BN mulai goyah.  Seandainya PRU diadakan sekarang, amat sukar untuk BN memperolehi majoriti dua pertiga.  Sungguhpun majoriti dua pertiga dimenangi BN, besar kemungkinan ia ditunjangi kerusi UMNO - maka wujudlah sebuah kerajaan yang didominasi sepenuhnya Melayu, dengan bumiputera Malaysia Timur sebagai sampingannya.

Keputusan sebegini memperlihatkan kegagalan Najib dalam garis politik "1Malaysia"-nya, lantas beliau kehilangan modal untuk meneruskan program transformasi ekonominya.  Justeru itu, jikapun Najib tidak digulingkan sejurus selepas PRU-13, beliau juga akan menjadi PM yang tempang.
Maka adegan gandingan Mahathir-Muhyiddin untuk menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi akan berulang.  Perwatakan Mahathir tiada gantiannya, malah Muhyiddin pada ketika itu adalah orang rapat Abdullah pada asalnya.  Kini, siapa pula "Muhyiddin" yang baru?  Ada yang teka Naib Presiden dengan undi tertinggi, Ahmad Zahid Hamidi yang kini menyandang jawatan Menteri Pertahanan.
UMNO semakin berkocak.  Pada tahap tertentu, ia adalah persaingan antara dua garis politik.  Pertama, mahukah UMNO mengambil kedudukan pertengahan untuk mengembalikan undi bukan Melayu yang hilang secara mendadak pada tahun 2008?  Kedua, mahukah UMNO melaksanakan reformasi ekonomi, untuk mengurangkan defisit kerajaan dan meningkatkan persaingan di antarabangsa?  Kedua-dua pendekatan ini bersamaan dengan penafian terhadap dasar dan garis politik UMNO yang lalu - sebagaimana keterbukaan politik secara terhad oleh Abdullah Ahmad Badawi yang menyinggung sayap kanan dan mereka yang berkepentingan dalam UMNO, termasuk Mahathir Mohamad.
Sesiapa yang berada di kedudukan Najib terpaksa berbuat demikian.  Jikalau tidak, pemerintahan UMNO bakal berdepan dengan cabaran dari dalam dan luar, sehingga memberi laluan kepada Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat untuk menjadi pengganti.  Namun, siapa-siapa yang tidak berada pada kedudukan Najib tetapi berhasrat untuk memanjat tangga kuasa akan tergoda untuk menarik sokongan sayap kanan dalam UMNO.
Oleh yang demikian, gagasan "1Malaysia" Najib sering terhantuk dalam UMNO - bukan sahaja Muhyiddin secara terang-terang mendakwa dirinya mendahulukan identitinya sebagai Melayu daripada Malaysia, malah sepupu Najib, iaitu Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein juga membela sayap kanan ketika bangkitnya isu demonstrasi kepala lembu dan khabar angin penubuhan"Negara Kristian".
Talam dua muka: Strategi UMNO
Menurut wartawan yang dipecat dari Utusan Malaysia, Hata Wahari, Utusan dikawal secara terus oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan UMNO.  Oleh itu, pendekatan Utusan yang ektrem bukan kerana sabotaj Muhyiddin, tetapi adalah strategi "talam dua muka" UMNO.  Satu mukanya berdepan dengan golongan Melayu sayap kanan, sementara satu lagi ditujukan kepada bukan bumiputera, Melayu yang berada di pertengahan dan pengundi Malaysia Timur. 【Baca:Hata Wahari: Ruang kebebasan hilang selepas Najib memerintah
Slogan "1Bumi, 1Melayu" yang dilaungkan Utusan Malaysia, disahut PERKASA adalah wajah yang bertentangan dengan "1Malaysia".  Mungkin kita boleh menganggap ia dua wajah UMNO, satu berwajah hitam dan satu lagi berwajah putih.
Secara tradisionalnya, bukan Melayu kini cenderung untuk menyokong pembangkang.  Maka, KPI untuk "1 Malaysia" oleh Najib/ UMNO berwajah putih tidaklah setinggi mana.  Sokongan bukan Melayu tidak perlu melebihi 50%, tetapi hanya dengan pengembalian sokongan pada tahap tertentu, ditambah dengan persempadanan kawasan pengundian yang licik, cukup untuk mengembalikan majoriti dua pertiga BN - maka ia dikira prestasi yang unggul.  Seandainya satu atau dua negeri Pakatan Rakyat dirampas, terutamanya Selangor, maka ia dikira kemenangan besar-besaran.
UMNO yang berwajah hitam (Mahathir, Muhyiddin, Utusan Malaysia, PERKASA dsb) mempunyai pertimbangan dirinya.  Seandainya UMNO yang berwajah putih (1Malaysia) berjaya, maka jasanya dipahat dengan nama Najib.  Maka Najib mempunyai asasnya - dengan "amanah rakyat" yang diberikan - untuk menjalankan pembaharuan dalaman, yang bakal menyinggung mereka yang berkepentingan.
Pertimbangan UMNO yang berwajah hitam adalah bagaimana menambah dominasi UMNO terhadap kerajaan.  Maka serangan mereka terhadap "bukan Melayu" bukan sekadar cara mereka mendapat undi Melayu, tetapi juga matlamat mereka.
UMNO yang berwajah dua ini mempunyai perhitungan yang berbeza.  Walaupun kedua-duanya menyasarkan majoriti dua pertiga, tetapi "dua pertiga" mereka berbeza.  UMNO yang berwajah putih menyasarkan dua pertiga yang memiliki kerusi bukan Melayu yang mencukupi, untuk mengekalkan Najib pada kedudukan PM-nya.
Untuk UMNO yang berwajah hitam pula, dua pertiganya perlu dimenangi dengan kerusi UMNO yang terbanyak, meskipun terpaksa mengorbankan parti komponennya.  Pada hakikatnya, seandainya parti komponen mempunyai prestasi yang terlalu baik, ia mungkin mengimbangi UMNO berwajah hitam.
Apakah realitinya sekarang?  Biar kita asingkan dulu 57 kerusi dari Malaysia Timur.  BN mungkin hanya memenangi kira-kira 40 kerusi di Malaysia Timur, seandainya dikira mengikut pilihan raya negeri Sarawak.  Justeru itu, seandainya BN mahu mengembalikan majoriti dua pertiga (148 kerusi), maka BN perlu memenangi 108 kerusi di Semenanjung, iaitu 23 kerusi lebih banyak daripada 85 kerusi yang sedia ada (bilangan kerusi BN selepas PRU 12 dan PRK selepasnya).
UMNO berwajah hitam lebih mendominasi
Dari sudut UMNO berwajah hitam, memainkan isu perkauman dan agama membolehkan BN untuk menawan 37 kawasan hitam Pakatan Rakyat, walaupun pada masa yang sama mungkin kehilangan 25 kawasan hitam BN yang mempunyai satu pertiga pengundi Cina dalam kawasan.  Namun, untung bersihnya adalah 12 kerusi.
Paling penting, daripada 34 kawasan hitam Pakatan Rakyat, 25-nya ditanding UMNO.  Untuk kawasan hitam BN yang mempunyai satu pertiga pengundi Cina - UMNO hanya bertanding 10 kerusi.  Maksudnya, UMNO menang bersih 15 kerusi, maka kerusinya di Semenanjung akan bertambah dari 64 kepada 79.  Seandainya UMNO menang kesemua 14 kerusi di Sabah, maka UMNO memiliki 93 kerusi - hanya kekurangan 19 kerusi untuk memerintah dengan majoriti mudah.
Dengan 79 kerusi UMNO di Semenanjung, ditambah pula 18 kerusi yang dimenangi parti komponen seperti MCA, dan 40 kerusi dari Malaysia Timur, maka BN akan memenangi 137 kerusi.  Walaupun belum menjangkau dua pertiga, namun UMNO, khususnya UMNO berwajah hitam semestinya lebih dominan.  MCA gagal melakukan apa-apa walaupun bertebal muka untuk masuk ke dalam kabinet.
MCA menyedari bahawa nasib dirinya bergantung kepada UMNO yang berwajah putih, maka mengugut untuk tidak masuk ke dalam kabinet seandainya kalah dalam PRU.  Namun demikian, seandainya pengundi Cina menyokong UMNO berwajah putih semata-mata untuk mempertahankan perwakilan orang Cina/bukan Melayu, apa pula kesudahannya?  MCA akan menang 12 lagi kawasan bahaya, MIC dua dan MIC satu, ditambah dengan 18 sebelum ini - maka ketiga-tiga parti ini menyumbang 33 kerusi, dan BN akan memperolehi 152 kerusi - melebihi majoriti dua pertiga!
Selagi UMNO teruskan permainan talam dua muka, apakah yang boleh dilakukan komponen parti BN dalam parlimen yang mempunyai 93 kerusi UMNO (42%) , dan 70 kerusi pembangkang (32%)?  Apakah empat orang Menteri MCA boleh menandingi kuasa penafian yang ada pada satu pertiga kerusi Pakatan Rakyat?

Anak mahu suruhanjaya bebas siasat Felda


KUALA LUMPUR, 17 Jun: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat pengurusan kewangan Felda yang didakwa mengalami kerugian teruk.

Ia juga ekoran pinjaman sebanyak RM6 bilion yang dibuat Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang didakwa Anak sebelum ini.

Dakwaan itu kemudiaannya diakui sendiri oleh timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sewaktu menjawab soalan ahli parlimen Permatang pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.


Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, jawapan Ahmad bahawa sebahagian wang tersebut digunakan untuk tanam semula adalah sangat meragukan.

"Pengakuan Datuk Ahmad Maslan bahawa Felda buat pinjaman daripada KWSP mengesahkan dakwaan saya sebelum ini dan apa penjelasan beliau tentang jumlah RM6 bilion itu?

"Saya sangat ragu bila beliau kata sebahagian wang digunakan untuk tanam semula kerana jumlahnya begitu besar.

"Kalau beginilah amalan Felda yang sangat tidak telus saya fikir bukan satu yang mustahil zaman BN ini Felda akan jadi bankrap," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan turut menyifatkan kenyataan Ahmad bahawa Felda akan bankrap jika Pakatan Rakyat memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingg sebagai tidak masuk akal.

sebaliknya kata beliau, seramai 80 ribu anak peneroka akan mendapat faedah daripada program pemberian tanah itu dan kakitangan Felda tidak akan diberhentikan sebaliknya khidmat mereka akan terus digunakan untuk memajukan tanah generasi kedua dan ketiga.

"Apa justifikasi beliau berkata demikian sebab seharusnya beliau melihat perspektif jauh lebih besar.

"Bila Pakatan Rakyat berikan tanah kepada generasi kedua dan ketiga 10 ekar setiap pemilik, ia akan beri manfaat kepada 80 ribu anak peneroka dan itu akan mengangkat ekonomi mereka dan sebagai jaminan masa depan.

"Kalau beliau kata 23 ribu kakitangan Felda dan 60 ribu peneroka hilang pendapatan jika Felda Plantation, bukan bermakna kakitangan Felda diberhentikan kerja tapi mereka akan diserap masuk untuk kendalikan tanah yang diberikan kepada generasi kedua kerana tenaga mereka masih diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada peneroka baru.

Tambahnya, 43 anak syaraikat Felda sudah tentu mampu membayar gaji kepada kakitangan Felda.

Memorandum kepada Yang Dipertuan Agong

Selain itu, Anak juga sedang mengumpul semua bukti yang ada berkaitan kegagalan Felda dan dmasukkan ke dalam memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

"Kita akan nyatakan bagaimana perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang mengasaskan Felda dan  hari ini Felda telah dicemari dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan salah guna kuasa.

"Kita akan masukkan isu-isu Felda yang terkini dan kita akan kumpulkan dan hantar kepada Yang Dipertuan Agong supaya Tuanku campur tangan," katanya.

Peneroka Jengka saman Felda 

Sementara itu, seramai 711 peneroka tanah rancangan Jengka, Pahang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui Tetuan Daim & Gamany pagi tadi, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

Saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.

Peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.

Mereka sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

Peneroka Jengka pula saman Felda



Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berdepan dengan satu lagi saman - kali ini dari 711 peneroka rancangan Jengka, Pahang yang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah, di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Sebelum ini, Felda disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Saman tersebut difailkan melalui peguam M s Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.


Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja.

Mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu - purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit.

Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.

Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.

Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh defendan kedua.

Peguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang. 

Peneroka terbabit dibayar oleh Felda pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama.

Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008 sahaja.

Khamis, 16 Jun 2011

KOTOR AKAN TURUN SAMA

SELAMAT DATANG KOTOR





nota:
kotor akan turun bersama
pada 9 julai ini

persolan ?

mereka akan pakai baju apa?





PEMUDA UMNO JUGA MAHU BERHIMPUN PADA 9 JULAI - mkini

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri).

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…MEDIA CHINA KATA MENATU AYAH NAK BAWA 500 RIBU… kah kah kah..

kah kah kah…MEDIA MELAYU TAK BERANI LAPOR…. kah kah kah…

kah kah kah…TAKUT HANYA 50 ORANG YANG DATANG…. kah kah kah….

woit… SIAPA 50 ORANG ITU?...... kah kah kah…

41 mat indon
5 mat bangla
tak cukup lagi ke?
masukkan menantu ayah
masukkan 2 pemuda mic – reezal dan azeez
tak cukup lagi 50 orang ?
jangan lupa pemikir ulung lokaman adam
kah kah kah

Felda: Untung RM1bilion tapi hutang RM6 bilion

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan didapati memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah “membebankan” peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil oleh mereka.

NONEBagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen semalam bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad kemudian mengakui bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun katanya, kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

NONEPada ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh ketua pembangkang mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.

Tidak pernah tindas

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

palm oil plantation 111005“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

felda tenang calonAnwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Ahmad pada siadang Dewan Rakyat juga mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

NONERibuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Antaranya, Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.

NAJIB PILIHARA CUKONG BARU


SIAPA MALAON OMAR ONG?


16hb Jun 2011

Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.

Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby.

Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.

Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.

Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.

Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.
Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan.

Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kamipercaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.

Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Feldaitu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati IdayuOthman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu.

Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Najib Razak.

Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Najib atau tidak didedahkan kepada Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global danDato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.

Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Najib Razak, Mustapha Omar Ong, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untukmengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadap Felda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?

Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Selasa, 14 Jun 2011

BEBAL LAGI BOROI


BERSAMA DI JALAN RAYA





PAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN UMNO : MAT SABU – tiewnama

ALOR SETAR: PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

"Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah di sini malam tadi.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata PAS akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya. -TIEWNAMA 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK FAHAM FAHAM…. kah kah kah…

woit…PEKAK KE ?..... ATAU TULI?.... kah kah kah…

ksh kah kah….BANGANG ATAU BEBAL… kah kah kah

kah kah kah…INI ZAMAN ABANG MAT BUKAN ZAMAN MAT NASA… kah kah kah..

woit… ZAMAN BERPADU PADU DAH ABIS… kah kah kah…

kah kah kah… SEKARANG ZAMAN KE JALAN RAYA TELAH BERMULA…. kah kah kah…

Avatar Video Seks


“If they can make Avatar, they can make every thing”. ~ Dr Mahathir Mohamad.
Kata-kata itu tak kosong. Ia adalah sebuah keyakinan hati mantan perdana menteri ke-4. Samalah ketika ditanya apa yang beliau mahu selepas melepas jawatan Perdana Menteri, dengan nada seloroh dan jenaka katanya, “saya nak jadi Agong, mereka tak kasi”.
Dari kaca mata politik-kekuasaan, itu bukan jenaka—walaupun nadanya terdengar seperti mudah dan seloroh. Maka, “Avatar” yang dimaksudkan Dr Mahathir seolah-olah apa sahaja gambaran dapat dibuat—termasuk, tentu sahaja, video seks yang pelakonnya menyamai wajah sesiapa sahaja. Termasuk wajah Anwar Ibrahim.
Anwar tetap musuh nombor satu beliau. Sekali Dr Mahathir pernah coba menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri; tak ada alasan untuk beliau dengan mudah melepaskan Anwar pada mana-mana waktu. Meskipun selepas beliau berundur daripada jawatan PM, ia bukan sebab untuk tidak terus menyerang Anwar.
Kemarahan terbesar Mahathir kepada Abdullah Badawi, dalam pengamatan saya, bukanlah kerana Barisan Nasional (BN) hilang banyak kerusi di dalam Pilihanraya Umum ke-12. Di bawah kritikan mendesak Abdullah berundur, tentulah kerana Abdullah dilihat ‘membebaskan’ Anwar.
Apabila Anwar bebas, maka oposisi terpandu untuk kembali mengejar jejak ke Putrajaya. Inilah yang paling ditakuti Dr Mahathir. Beliau tanpa sedar atau tidak, pernah mengakui akan lari dan tinggal di luar negara kalau Anwar berjaya menjadi perdana menteri.
Ternyata, walaupun selepas Dr Mahathir berundur daripada jawatan PM, kerja politik beliau tidak terhentikan. Beliau masih coba aktif mengatur itu-ini. Orang-orangnya masih ramai. Kepentingan dan sumber ekonomi yang mahu beliau pertahan, tetap sahaja banyak. Sementara di dalam diam-diam, timbul nama Shazryl Eskay Abdullah—seorang yang pernah mempunyai kepentingan langsung terhadap projek Jambatan Bengkok.
Apakah kita lupa bagaimana projek Jambatan Bengkok adalah antara projek emas Dr Mahathir. Di sinilah hubungan antara Dr Mahathir-dengan-Eskay yang tak dapat disembunyikan. Watak-watak lain di dalam drama pendedahan video seks yang didedahkan Eskay juga punya hubungan terus dengan Dr Mahathir. Terutamanya Rahim Tamby Chik, mantan Ketua Menteri Melaka.
Rahim, malah di dalam satu kenyataannya menyebutkan bagaimana beliau percaya karier politiknya dahulu pernah dibinasakan oleh Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri. Rahim sendiri mengakui beliau bertanya kepada Dr Mahathir, apakah Dr Mahathir yang menyebabkan kes “rogol budak bawah umur” dibawa ke mahkamah? Khabarnya Dr Mahathir menafikan. Lalu menuduh ia disebabkan Anwar. Rahim konon-kononnya percaya sehingga ramai sekali orang percaya hal itu, langkah Rahim kali ini tak lebih hanya untuk membalas dendam terhadap Anwar.
Di dalam riuh-riuh kes video seks, terdengar pula nama Shuib Lazim. Beliau adalah orang kuat Perkasa. Jawatannya penting iaitu sebagai Bendahari Agung. Maka dengan mudah kita bisa faham bagaimana Perkasa tak lain adalah sebuah “kenderaan politik” Dr Mahathir. Tak hairan juga bagaimana Perkasa jadi antara pehak yang paling banyak membuat komen terhadap video seks berkenaan melalui presidennya, Ibrahim Ali.
Begini, konspirasi tetap konspirasi. Hal “perut boroi” jadi kantoi sehingga menimbulkan pertanyaan meluas apakah benar pelaku di dalam video berkenaan adalah tulen Anwar? Polis melalui Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hanya berani menyebutkan bahawa video itu tulen, tetapi tak berani menyatakan bahawa Anwar-lah pelaku di dalam video yang kemudiannya tersebar meluas di Youtube.
Alasannya ialah tak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkan lelaki pelakunya—sedangkan beliau terlupa, apakah ada peruntukan undang-undang untuk menyatakan video itu tulen atau tidak?
Keadaan ini hanya menimbulkan satu lagi keraguan. Melihat pengalaman dua kali fitnah yang dilempar ke atas Anwar, pehak polis sebelum ini begitu tangkas untuk bertindak—meskipun banyak tindakan polis bukan sesuatu yang mengikut lunas undang-undang.
Sebagai contoh, serbuan segera yang dibuat di rumah Anwar pada malam 20 September 1998; apakah sepenuhnya mengikut undang-undang? Begitu juga tangkapan kali kedua terhadap Anwar di hadapan simpang rumah beliau di Bukit Segambut—selepas Saiful Bukhari membuat aduan konon beliau diliwat—juga sangat jauh daripada mengikut undang-undang.
Lantaran itu, ‘kelembapan’ polis bertindak kali ini menunjukkan bagaimana sesungguhnya Polis juga tahu apakah pelaku di dalam video berkenaan bernar-benar Anwar atau tidak. Arakian langkah tidak mengumumkan pelakunya hanya meninggalkan persepsi negatif di dalam fikiran masyarakat (khususnya orang Melayu) terhadap Anwar.
Dalam kata mudah, orang Melayu khususnya di luar bandar yang susah mendapat maklumat barangkali telah menyakini bahawa pelaku seks itu adalah Anwar. Sebab itu kes ini adalah kes politik. Sebab itu tindakan pehak polis, khususnya Khalid sendiri boleh ditafsir juga sebagai “langkah politik” yang telah memenangkan sang konspirator dan pemerintah Umno-BN.
Gelanggang politik Malaysia bukanlah sebuah gelanggang yang terlalu besar dengan para pemain utama terlalu ramai. Balik-balik orang itu, orang itu jugalah. Lantas, adalah sesuatu yang sangat mustahil apabila seorang perdana menteri, seperti Najib Razak tidak mengetahui lebih awal mengenai sebuah rakaman video seks yang dikatakan melibatkan musuh politik nombor satu beliau sendiri.
Ya, seperti kata Dr Mahathir, “kalau Amerika boleh buat [filem] Avatar,” apa sahaja boleh dibuat secara visual dan filem. Untuk membentuk wajah Anwar sedang melakukan hubungan dengan seorang wanita (dikatakan pelacur) Cina, bukanlah terlalu sukar. Belanjanya juga bukanlah terlalu mahal, dan tak perlu dibuat sampai ke Hollywood.
Saya tak fikir Najib tak tahu semua ini—tapi untuk mudah-mudah lepas tangan kononnya beliau ‘bersih’ tak terlibat, dan kononnya Umno juga tak ada kena -mengena di dalam komplot kali ini adalah satu kenyataan hipokrit. Lebih-lebih lagi, hari pertama video itu mahu ditayang; ia ditayangkan kepada editor-editor kanan media perdana—orang yang tentu sahaja mempunyai hubungan terus dengan HP dan emel Najib.
Sejak era Dr Mahathir sebagai PM, Najib bukanlah seorang menteri yang bersarang idea yang lebih hebat daripada Dr Mahathir. Najib selalunya menurut sahaja apa kehendak Dr Mahathir. Lalu, tidak mustahil untuk Najib sekali ini memberi restu kepada sebuah rakaman video fitnah yang sudah siap dibuat untuk dipublikkan seraya apa yang beliau perlu katakan cukup mudah, iaitu “Umno tak terlibat”.
Namun kata-kata sedemikian tidak semestinya dapat membersihkan Umno daripada dosa yang maha besar. Dalam arti kata lain, kerosakan selepas lebih sedekad, dengan konspirasi demi konspirasi menjadikan orang Melayu dalam tak sedar telah belajar berbohong. Melihat pembohongan sebagai sesuatu yang seakan-akan diizinkan demi mencapai matlamat apapun. Termasuklah matlamat politik.
Media milik Umno, khususnya Utusan Malaysia juga dilihat tidak memainkan isu ini cukup kuat. Andailah memang pelakunya Anwar, kita yakin Utusan akan mencetak foto petikan video berkenaan saban hari di muka surat depan, di samping tak perlu bersusah payah mengalih isu kepada isu sumpah.
Belum pernah di dalam kehidupan budaya orang Melayu, sebegini bobrok dan hodohnya digambarkan wajah tamadun bangsa Melayu. Inilah dosa besar dua pimpinan Umno, iaitu Dr Mahathir dan Najib di mana mereka boleh dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Itu mereka punya pasal. Orang Melayu sendiri sesungguhnya harus menolak amalan politik ala Mahathir-Najib ini. Kita tidak boleh lagi mendiamkan diri dan menerima fitnah sebagai satu amalan biasa politik. Memang tak ada lagi alasan untuk menerima Umno yang ternyata telah merosakkan akal-budi bangsa sampai ke tahap ini.
Menolak Umno buat sekali ini berarti menyelamatkan bukan sahaja negeri, malah menyelamatkan bangsa daripada terus binasa; tenggelam dengan fitnah—sepertimana sebelum ini Tuhan menghancurkan bangsa-bangsa yang menjadi fitnah sebagai sebahagian daripada makanan harian mereka.
Saya percaya, Melayu tidaklah selemah itu.

Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri


Kepada;
YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan                              Dengan Tangan
62152 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,
PERANAN PEGUAM NEGARA DALAM SKANDAL MAS.
Assalamualaikum wbt.
1.         Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang “membersihkan” Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah,berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di-Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.
2.         Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada.Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.
3.         Untuk penekanan yang lebih jelas,saya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh  bidangkuasa mereka,yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.
4.         Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM,maka persoalannya ialah;darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail.Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.
5.         Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja,sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar peromohan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam.Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.
6.         Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan diatas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.
7.         Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke-Mekah itu,ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS.Hubungan erat  antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.
8.         Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorangproxy biasa kepada TRI.Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI.Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd.sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009.Untuk kemudahan rujukan,saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.
9.         Siapa Shahidan,apa hubungan beliau dengan TRI  dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan.Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama.Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan.Kerugian terkumpul RM 8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.
10.       Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif.Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan.Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.
11.       Persoalannya ialah adakah wajar,Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri.Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM 8 Billion wang Rakyat.
12.       Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula,Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di-Mekah ,walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan.Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan didalam akaun persendirian Gani Patail,maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba.Sama ada beliau sedar atau tidak,Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.
13.       Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail.Sama ada sebagai seorang Peguam Negara,sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat.Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat,maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan.Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg.Tun Salleh Abbas.
14.       Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempuyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan.Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu.Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengistiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri,maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.
15.       Walaubagaimanapun perkara yang ,menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; “modus operandi” (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, “membuat perjanjian/konrak jangka panjang yang berat sebelah”. M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM 8 Billion.
15.1.   Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.
15.2.   Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, dimana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM 4 Billion lesap.
16.       Secara kebetulan pula ketiga-tiga “skandal kewangan” ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996.Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari “common factor” yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti.Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama.Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri,perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.
16.1.   Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM 30 Billion.Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.
17.       Boleh dikatakan  tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana “skandal-skandal” dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula.Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS,TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan diatas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;
17.1.   Beberapa orang Menteri Kanan  dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.
17.2.   Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.
17.3.   Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke-Italy/Spain.
17.4.   Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di-gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994.Dalam kejadian ini kumpulan “Geng Mamak” terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar,Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM 10 juta.Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.
18.       Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu,peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan diatas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini.Mungkin kerana kerugian lebih RM 30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.
19.       Dalam tempuh 1994 hingga 1996 itu juga,Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.
20.       Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan,malahan Rakyat telah sampai ketahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikkan dan kejayaan yang dipamirkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.
21.       Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu,melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata.Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.
22.       Walaubagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka.Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka.Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.
Selamat sejahtera.Wassalam.
Terima kasih,
Yang benar,
(MAT ZAIN IBRAHIM)
10.6.2011.