Selasa, 14 Jun 2011

Umno Hulur Tangan,Kita Tampar Mereka !


Oleh: WFAUZDIN NS
SEMEMANGNYA PAS tidak silap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti tersebut. Dan, memang wajar Umno amat bimbang sebelum ini jika Mat Sabu memenangi jawatan nombor dua itu kerana Umno tahu tipu helah mereka untuk bersama PAS kununnya demi perpaduan Melayu pasti akan ditentang sehebat-hebatnya oleh `ayam sabung' PAS berkenaan. 
"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu. "Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar malam tadi(Malaysiakini).

Mengapa begitu sekali anggapan Mat Sabu terhadap Umno? Bukankah Umno terdiri daripada orang-orang Melayu sebangsa dengan beliau dan mereka juga berugama Islam? Mengapa Mat Sabu lebih selesa bersama DAP dan PKR? Sebenarnya bukan Mat Sabu saja yang merasa demikian, bahkan kita juga begitu. Umno sebenarnya tahu dan maklum mengapa PAS tidak lagi berselera dengan parti sekutu Apco tersebut.PKR dan DAP sebenarnya sudah lama memancing PAS kerana mereka tahu banyak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS bersamaan dengan apa yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti ini. 

Soal membasmi rasuah, menuntut demokrasi dan keadilan, menentang akta zalim ISA, memperkasakan institusi kehakiman, Polis, SPR, SPRM, menuntut hak royalti, membasmi masalah sosial, meningkatkan mutu pendidikan dan banyak lagi yang dituntut di dalam Islam bersamaan dengan yang diperjuangkan oleh rakan sekutu PAS di dalam PR.Jika ditanya pada Umno, mereka juga akan berkata perjuangan mereka pun begitu. Tetapi, bagaimana dengan perlaksanaannya selama 50 tahun lebih Umno berkuasa? Adakah mereka berupaya melaksanakannya atau bertambah buruk? Usah disebut tentang rasuah di dalam Umno, sehingga kini pemimpin rasuah ada yang masih menjadi Ketua Menteri. menjadi Wakil Rakyat dan menjadi pemimpin parti. Hak royalti minyak masih dirampas sedangkan negeri-negeri yang patut mendapat hak tersebut adalah negeri-negeri majoritinya Melayu Islam.Tidak perlu kita bicara soal yang lain, apatah lagi soal agama. Umno jelas gagal sejak dulu lagi untuk memartabatkan Islam. Tidakkah malu Umno dengan kepimpinan DAP di P.Pinang yang sanggup menaikkan peruntukan untuk perkembangan Islam di negeri tersebut dua kali ganda daripada sebelumnya? Terlalu banyak peruntukan dan elaun diberi kepada perkembangan Islam di negeri tersebut termasuk elaun para Imam dan Hafiz. Bantuan kepada SAR juga lebih jauh baik daripada sebelum ini.Soal-soal berkaitan institusi kehakiman, Polis, SPRM dan SPR tidak perlu kita panjangkan.

Terlalu banyak kontroversi dan persoalan yang tidak terjawab. Isu seks juga sudah sinonim bagi mereka sehingga ke tahap menggunakan media untuk menyebarkannya. Budaya fitnah disuburkan siang dan malam. Justeru itu, tepat, wajar dan wajib PAS menjauhi Umno selagi Umno tidak berubah. Tahniah atas ketegasan Mat Sabu.

Bagaimana UMNO Menyelesaikan Masalah Rakyat

Oleh: umnopenipu

Malaysia adalah negara yang kaya raya tetapi rakyatnya miskin dan ada yang papa kedana. Ramai yang percaya dengan teori bahawa jika kerajaan kaya maka rakyatnya juga kaya.Tetapi ini hanyalah bersifat teoritikal. UMNO telah memanipulasikan teori ini dan mempandirkan pemikiran orang Melayu sejak sekian lama.

UMNO komited melaksanakan teori Yahudi iaitu pembohongan, apabila diulang-ulang akhirnya akan diterima sebagai kebenaran.  Dalam usaha untuk memastikan rakyat (Melayu khususnya) terus terbelenggu dengan kepandiran, UMNO akan menentang sebarang usaha untuk mendedahlan penipuan mereka.


 Mereka telah membebani rakyat dengan ribuan masalah. Terdapat rakyat hidup dalam senang tetapi berhutang sampai mati. Terlalu ramai yang miskin tetapi pasrah dengan takdir kerana UMNO telah merosakkan minda mereka kononnya kemiskinan mereka adalah kerana takdir dan akibat sikap mereka sendiri.Oleh itu mereka perlu bersabar, menerima hakikat dan redha seadanya. Adapun yang kaya adalah terdiri daripada Menteri, atau pembesar-pembesar UMNO, kroni-kroni dan saudara mara mereka. Kekayaan mereka ini dijadikan hujah kepada Melayu yang sudah terpandir bahawa UMNO telah berjaya melahirkan ramai jutawan Melayu.

Malaysia telah dijadikan oleh Tun Mahathir sebagai “Negara Boleh atau Boleh Land”. Segala-galanya (kononnya) boleh dilaksanakan oleh Malaysia. Iklan-iklan di kaca televisyen memaparkan kononnya rakyat pelbagai kaum bersatu, Malaysia sebagai negara yang maju dan rakyatnya hidup dalam kemewahan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka ada siaran “Bersama Mu” dan lain-lain rancangan terbitan TV  milik mereka sendiri. Semuanya memaparkan kesempitan dan kepedihan hidup rakyat marhaen di negara yang kaya raya ini.  Along, buang bayi, dadah, pesundalan,arak, kemiskinan, rasuah, rempit, lepak, bohsia, bohjan, judi, fitnah, kemalangan jalanraya, salahguna kuasa.. dan apa lagi??? Sebut apa saja kejahatan di dunia ini, semuanya ada di Malaysia Boleh ciptaan UMNO durjana ini. Jangan kata tiada pembunuhan.  Ibrahim Libya,Zulkifli Mohamed, Mohamad Sarbani, Teoh Beng Hock dan Anwar Ibrahm (yang hampir nak mati dikerjakan oleh mereka). Semua ini angkara siapa??  Semua rakyat yang berfikiran waras dan yang gagal diperbahalolkan oleh UMNO durjana ini tahu jawapan kepada soalan mudah ini.
Setelah lebih dari setengah abad memerintah Malaysia, UMNO tidak faham atau pura-pura tidak faham masalah rakyat.  Oleh kerana pada UMNO, segalanya adalah politik, maka mereka melakukan sesuatu dengan maksud dan kepentingan politik. Di bawah ini kita senaraikan masalah-masalah masyarakat yang sudah menjadi masalah nasional dan bagaimana UMNO mengatasi masalah-masalah ini.

BilMasalahCara Penyelesaian UMNOPenyelesaian Sewajarnya
1Rakyat dibelenggu hutangTubuh AKPKNaikkan gaji
2Kemalangan JalanrayaSaman ekor, salahkan pemandu, bina tolPerkasakan pengangkutan awam seperti perluaskan penggunaan keretapi, hapuskan tol, saman ekor dan besarkan serta perelokkan  jalanraya.
3Penyalahgunaan DadahBagi ‘syringe’ dan ubat dadah percumaDidikan agama dan tangkap pengedar besar.
,4PersundalanBeri lesen rumah urut, pandang sebelah mata.Didikan agama dan tukar system pendidikan negara.
5Buang BayiBina rumah ibu tunggal              -sda-
6RasuahTangkap dan fitnah parti pembangkang. Tetapi jika mereka rasuah, tutup fail.Bagi kuasa pendakwaan dan tangkapan pada Pakatan Rakyat. Maka ramai menteri termasuk PM akan kantoi.
7Mat RempitSaman, bina litar lumbaUbah system pendidikan
8ArakBagi lesen  biarkan dan kutip cukaiHaamkan dan wujudkan kawasan tertentu sahaja untuk jual arak.
9JudiBagi lesen,  biarkan  dan kutip cukai              -sda-
10Salahguna kuasaCipta saja fitnah bahawa parti pembangkang juga salahguna kuasa dan kelirukan minda  rakyatDakwa PM dan menteri-menteri lain sebagaimana kamu buat pada Datuk Seri Anwar dahulu.
11Barang NaikGunakan semula duit satu sen, rakyat mesti dipersalahkan.Tukar Kerajaan BN kepada kerajaan PR
12Rakyat tiada rumahSkim rumah pertama ku mampu milik berharga RM220,000.00Buat rumah asas dan murah yang boleh diperbesarkan. Guna konsep sewa beli.
13KemiskinanSalahkan rakyat dan beri RM150 sebulan melalui JKM kepada beberapa kerat rakyat sahaja.Turunkan harga barang, sediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang kompetitif. Haramkan kemasukan orang luar sebagai pekerja.

Senarai di atas bukanlah lengkap. Tedapat banyak lagi masalah rakyat yang tidak pernah selesai seperti masalah tanah, air, pencemaran, kesihatan dan lain-lain. Kita yakin dan percaya, UMNO tidak akan berupaya menyelesaikan masalah rakyat selama-lamanya kerana antara faktornya ialah kebebalan otak pemimpin UMNO/BN, kezaliman, kerakusan kepada kuasa, tamak haloba dalam merompak hasil negara dan sikap busuk hati mereka lebih-lebih lagi kepada bangsa merekasendiri yang tidak menyokong mereka. Sudah tiba masanya semua rakyat perlu memikirkan soal reformasi menyeluruh kepada system politik negara. Jika tidak, Malaysia akan rosak musnah dalam dekad yang terdekat ini angkara UMNO/BN durjana. Percayalah.

Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta


KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.
Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka  di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok  peneroka termasuk caruman  yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.
Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.
Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.
"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.
"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.
Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.
"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.
Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung  kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.
"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.
Sekretariat Task Force Felda
Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.
"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.
Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang  terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.
Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

Isnin, 13 Jun 2011

Perhimpunan BERSIH, kita alu-alukan kumpulan Raja Katak

"
SELAMAT datang kita ucapkan kepada PERKASA di bawah `Panglima Perang Salib' nya iaitu Ibrahim Alkataki ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Bukan sahaja PERKASA, malahan sesiapa pun boleh datang berhimpun asalkan menjaga keamanan dan ketenteraman awam, itu pokoknya.

Jika PERKASA berhajat untuk datang bagi mencetuskan provokasi, lebih baik lupakan sahaja niat buruk itu. Jika sekadar hadir untuk mengangkat sepanduk yang tertera `KAMI MENYOKONG PENGUNDI HANTU DAN UNDI POS' itu lebih baik daripada puak-puak PERKASA melompat-lompat macam `katak' walaupun pemimpin mereka dikenali sebagai `raja katak'. Baca sini.


Helah PERKASA yang menyebut akan turut serta berhimpun tidak lain tidak bukan hanyalah satu taktik agar pihak berkuasa melarang perhimpunan BERSIH yang telah dirancang. Atas alasan, jika PERKASA berhimpun akan berlaku provokasi dan berlaku pergaduhan. Ertinya, jika PERKASA tidak hadir perhimpunan berjalan dengan aman dan teratur. Maka, apa pihak berkuasa perlu buat? Jika mereka bijak, sudah tentu sekumpulan yang datang ke program orang lain perlu dihalang. Demontrasi PERKASA yang diadakan serentak diseluruh negeri meminta DNA Anwar dahulu pun kita tidak ganggu. Mengapa mereka ingin menganggu program kita?

Terserlah sekarang bahawa PERKASA adalah alat Umno. Kita tidak harus peduli dengan ugutan PERKASA yang sentiasa berhati busuk itu. Adakah kerana ingin mengikut kehendak PERKASA yang tidak berapa kerat ahlinya itu, kita sanggup mengecewakan majoriti rakyat yang mahukan negara ini melaksanakan sistem, pilihanraya yang adil? Alasan PERKASA kununnya akan berlaku pecah bangunan, bakar kereta dan sebagainya adalah alasan dari mereka yang tidak bertamaddun. Perhimpunan sebelum ini berlakukah seperti itu? Berapa biji kereta dibakar? Yang ada cuma air dari Water Canon.

Kesimpulannya, pedulikan PERKASA beserta dengan `katak-katak'nya./wfauzdin.blogspot.com"

Adakah Benar Kita Mahu Dataran Merdeka Menjadi Tahrir?



Salam BERSIHkan 1Malaysia,

Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung. 
Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil.

Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia.

Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo.

Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam.

Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli.

Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja.

Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH.

Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !!


Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.


Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?

Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai!

Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH !

Jadilah sebahagian dari sejarah!!



EDYES @ edyesdotcom
Mohon rakan share dan sebar artikel ini

Rabu, 8 Jun 2011

Anwar Ibrahim di Port Dickson 10 Jun 2011


CERAMAH PERDANA
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 10 Jun 2011, JUMAAT
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Si Rusa (belakang Petronas), Bt 4, Port Dickson, N.Sembilan

Peneroka Felda N.Sembilan menang kes mahkamah lagi


Keadilan Daily 8 Jun 2011, JEMPOL: Seramai 36 peneroka dari Felda Palong 9 dekat sini berjaya menghalang permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk kerja penebangan dan membeli pokok getah di tanah mereka. Peneroka tersebut memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban Januari lalu untuk mencabar permohonan injunksi berkenaan.

 

 
Menurut Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Berham, keputusan oleh Hakim Datuk Zulkifli Bakar itu semalam sangat bermakna dan bersejarah bagi semua peneroka di seluruh negara yang berjuang menuntut keadilan dan hak mereka yang ditindas selama ini. 
“Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak melalui felda). 
“Sikap felda yang tidak membenarkan peneroka berurusniaga atau menjual kayu sendiri menunjukkan tindakan yang tidak profesional dan menafikan hak asasi  peneroka. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang GSA (Akta Penempatan Berkelompok) 1960,” katanya dalam satu kenyataan. 
Rebin yang juga Penyelaras Warga Felda Prihatin berkata, sebelum ini Felda menjual kayu getah peneroka Felda Palong 9 hanya pada kadar RM33,000 sedangkan peneroka boleh menjual dengan harga RM46,000 setiap sepuluh ekar. “Kerugian RM13,000 setiap peneroka adalah perbezaan yang amat besar dan oleh itu mereka berhak untuk menentukan kepada siapa kayu hendak dijual. 
“Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi di dalam perjuangan dan medan pertempuran menuntut hak peneroka di dalam PRU (pilihan raya umum) ke 13 nanti,” kata Exco Angkatan Muda KEADILAN itu lagi. http://www.keadilandaily.com/?p=14961  Felda settlers win again
Zefry Dahalan | June 8, 2011