Selasa, 21 Disember 2010

Kenape Gen 2 Tolak UMNO BN

Sejarah yang berlaku didepan mata mengajar kita erti perjuangan. Bapak kita dulu masuk Felda bukan dengan Free, semuanya hutang. Kalau nak kira susah jangan cakap le...Emak aku cerete dia mengandung adik aku pergi noreh jalan kaki, kebun aku sikit punya le jauh. kalau sekarang upah RM 100 suruh aku jalan kaki pegi kekebun pun aku tak nak. Abang aku terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tak mampu dan abang aku kena tolong ayah aku noreh getah. Masa tu aku masih kecik lagi. Kalau nak cerete susah ni tak habis satu hari satu malam. Jadi sekarang ni kalau ade orang bercakap orang Felda tak bersyukur, gen 2 tak bersyukur dengan kerajaan, orang tu sebenarnya buta sejarah Felda. Dia tak faham tapi nak bercakap tentang Felda....
Sebab tu sekarang ramai Gen 2 dah mula berjinak dengan pembangkang, kerana Felda ni pun satu hal....banyak dia punya cenkadaknya. Manakan tidak perahan minyak pun dia boleh manipulasikan. Bertahun- tahun orang chemplak teranayia dengan 16% perahan minyak. Apa yang boleh buat hanya bercakap kat warong aje, tak sampai kemana pun. Lagi satu benih sawit peringkat 1 dan 2, dengo benih reject. Ade ke patut.......sebab tu kebun lapan ekar nak dapat 3 tan pun sakit. Sebenonya dia ade berkaitan dengan pemimpin Chemplak juge. Bila sebut pemimpin tu sudah barang tentu mereka juga orang kuat UMNO. Mereka dipilih oleh bapak-bapak kita yang tak sekolah tinggi sebab mereka ni nampak macam boleh baca punya orang. Boleh buat surat, boleh bercakap agaknya. Tetapi ape yang kite bengang mereka ni telah menggunakan jawatan mereka untuk mengenakan peneroka. Contoh macam tadi tu, benih yang dah reject dia amik. Boleh sebut pemimpin Chemplak semua ade kepentingan sendiri. Kenape kebun 2 ekar kita lebih jauh daripada orang Chemplak Barat, sedangkan kebun tu sama masa kita dapat. Ade sebabnya, kalau nak tahu kat sini aku bagi tau. Pemimpin-pemimpin ni mintak kebun 2 ekar tu jauh supaya mereka boleh buat mini estet. Maknanya kebun 2 ekar tu kita serah kat dia orang, dia orang akan uruskan. Peneroka nanti akan di bagila sikit dari keuntungan...Porah . nasib baik bapak kita sepakat tak nak serah kat dia orang kalau tidak sesen pun kita tak dapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan